Sunday, December 29, 2013

Google

Encik G
Mr. G
Pakcik G

Itu antara nama pena untuk Google...
Kebelakangan ini satu fenomena dalam bual bicara santai sering wujud, terkadang ada pihak yang membuka topik atau menggunakan jargon word bagi sesetengah pihak... bila disoal balas akan maksudnya, nanti dijawab "sila google"

Hilang kemanisan komunikasi, terencat bicara mungkin. Untuk apa berkomunikasi jika masuk dalam kategori tertentu tidak telus. Andai diri tidak mahu berkongsi ilmu, adalah lebih baik jika tidak dibuka langsung topik itu. Nah, mudah bukan. Tidak perlu menimbulkan tanda tanya pada pihak lain.

Maklumat di hujung jari, memang sangat tepat dalam kehidupan serba moden. Namun jangan sampai teknologi membatasi komunikasi pengikat keukuhan silaturrahim. Melalui perbincangan ilmiah adalah cara terbaik dalam membina hubungan. Ini tidak direalisasi bilamana komunikasi whatsapp, wheechat hanya untuk sembang kosong. Pabila ditanya tentang sesuatu, "tanya la mr.G"

Jangan teman, jangan rakan....suatu saat masa kamu bertanya pada anak2 nanti dibalas begitu juga.. Sukar benarkah sekadar menjawab kemusykilan dan berkongsi sekadar apa yang tahu...

Teknologi adalah simbol kemajuan ummah, namun jangan sampai menjarakkan kemanisan silaturrahim..

#ilmusedikitakanbercambahmenghijaubumijikaseringdikongsi


Kad Jemputan - apa dan bagaimana?

"yu, buat la kad jemputan... senang nak menjemput orang, takde tertinggal"
usul mak dua minggu sudah yang masih dalam tangguhan...harap2 sempat la siap untuk diedarkan...

Kad jemputan mungkin pada sesetengah orang dah kurang relevan, masakan tidak...teknologi terkini sudah mampu mengambil alih peranan kad jemputan. Kini undangan ke majlis2 hanya dilakukan melalui laman facebook, twitter, whatsapp, text messaging... ya, its a fast communication and really works to those selected gen..

Well, berbalik cerita kad jemputan kitorang ni tadi, alkisah walaupun teknologi dah canggih tapi tujuan kad ni adalah bagi memudahkan proses menjemput seisi warga kampung, bimbang jika tidak dihantar kad ada rumah2 yang terlepas jemputan... Sensitiviti kejiranan perlu diutama, ini kan dituntut dalam hubungan sesama manusia...hihi

Tak perlu mahal cukup ada maklumat yang ingin disampaikan InsyaAllah muga lancar perjalanan nanti...
Hurmmmmmmm
tapi kan, baru hari ni nak mencari si pembuat kad... sibuk, sibuk dan sibuk mengekang perjalanan... adakah ini masuk kategori alasan??? huarghhhhhh :p

Nampak macam mudah je kan nak buat kad...hakikatnya, proses nak mencari, menempah, memikirkan intipati ayat atas kad tu perlu masa dan proses memikior, huhu 

Jadinya, mari kita buat ringkasan sedikit persediaan membuatnya, hihi...
1. Majlis apa
2. Itinerari/program majlis
3. Kuantiti kad
4. Design kad
5. Info: tarikh, masa, tempat, pelan lokasi, nama untuk dihubungi, nama tuan rumah dan yang dirai...

Haa rasanya cukup dah senarai semak di atas ni, kot nak tambah pantun dan doa pun ok jugak...
Selamat menempah kad! (^^,)

#sayamasihtakjumpasipembuatkad#

Sunday, December 1, 2013

Year End...... 2013










Hey, its December already meh.. 
hola hola hola.....

so fast so furious....

recap recap recap.... what i have achieved through out this year???

 

wohoooooooooo

changes, improvements, things to figure out and move ON..

aja-aja fighting!!! Chaiyok!!

oh ya, today is my beloved sister's birthday... the one who was always slept beside me, hold my hand when i was a little girl... miss that moments, much!!



Saturday, November 30, 2013

Kanak-kanak kecil

"mak tam, mak tam...adik nak cakap"
hikhik, geli hati dgr...mana la si adik tu pandai bercakap lagi nye...aduyai....
keletah kakak syirah yang petah bercakap...
macam2 idea dia...kalau berbual, macam2 ditanya..

"mak tam nak bagi apa pun xkisah, mimi oke je"
ah haiiiii ckp mcm org beso :p

kanak-kanak kecil....
keletah kamu...memang selalu menghiburkan...
sering buat aku rindu..huhu



bicara dengan kakak syirah mlm td tiba2 buat teringat pada dua org anak buah temanku yang masih di ICU, akibat kemalangan yang menimpa mereka 27 November yang lalu (berita akhbar)

seusia dengan kakak fifi dan mimi... bagai dapat digambar reaksi mereka saat terjaga... apakan daya, jika dirasa berat ujian menimpa kita, berat lagi perjalanan mereka...tanpa ibu disisi, hilang kasih tiada ganti... patah kedua kaki.... 

Astagfirrullahhalazim.... Astagfirrullahhalazim... Astagfirrullahhalazim...

al-fatihah doa dikirim, muga Allah bagi kekuatan buat mereka...

#insyaAllahsabtuinikitasemuabertemuyakanak2kecil :)

Friday, November 29, 2013

Lari

Kelmarin...
entah apa yang mengganggu kotak fikiran..
tiba2 bawa diri mengimbas coretan e-mail....
tertanya2 kenapa seakan diri dibiar sepi mengemudi segala tugasan...
lambakan kerja yang seharus digalas bersama.. 
empat bulan berlalu namun bayang rakan setugas masih tidak kelihatan... 
ura-ura proses pengambilan juga tidak kedengaran...
rencana apa yang sedang diwayangkan?
Hurmmmmmm tak mengapalah, usah dipikirkan sangat, iu bisik suara kecil...

Namun semalam merungkai semua...gerak hati pemberian Ilahi... satu persatu dipertonton... 
Walau banyak mata yang prihatin turut cuba menariknya untuk berlaku adil..
tapi jelas dia punya rencana sendiri... 
dan watak kecil ini tak punya upaya membidas...

Ikut hati amarah, kecewa...mahu saja berhenti dari semua...bawa diri...lari...
tapi Lari...pasti bukan jalan penyelesaian... 
Tekad dan semangat itu kunci jaya - Pak Majid
teringat saat menonton wawancara beliau, kuat semangat dia...
berusia namun utuh menunai misi...
Jadi kenapa aku yang muda ini harus tewas pada sikap manusia...
ini semua titipan dalam menongkah hari-hari muka yang entah bagaimana kelak rentak dan ragamnya...


Kenapa aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah berima," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang dusta." ~ Al-ankabut ayat 2-3


Aku ingin sekuat kamu...

Aku ingin seperti dia…
Teguh mencengkam bumi…
Walau badai laut menerpa…berdiri kukuh dia di situ…
Tak tercalar dek air yang memukul…
Tersentak namun tak goyah…
Bagaimana aku bisa jadi seperti kamu…
Hati ini terkadang rapuh mengharung hidup…
Kerna nyata, sekeping hati kecil ini…terkadang bisa juga berkecil hati…
Tangis sendiri bila mana terasa harga diri bagai dipersenda…sedang tiada siapa yang sedari…
Tewas aku lewat malam hari…
kelopak mata basah lagi…memujuk detik hati agar kembali menyeri…
Andai ini takdirNya, aku redha…
namun Tuhan, berilah aku kekuatan agar ku tidak dibiar sendiri…
Jelas, aku tidak sekuat dia si pohon bakau…
Indah ciptaanMu buat aku terpana pada kelemahan sendiri…




Tuesday, November 12, 2013

Kejamnya kamu...

Jumaat yang lalu... 
tanda-tanda telah diberi...namun tidak jua memberi erti..

Hari kian berlalu...rutin hidup berjalan seperti biasa...
Seperti hari-hari yang lalu...
Memikirkan tugasan yang tak jemu berkunjung...
24/7... memang takkan habis! even if you are not there anymore... 
Kejam kamu biar diri begitu...badan...perlu rehat juga..
gluppp!!! terkesima...ngeee
Tempelak rakan bukan tidak senang...sekadar mengingatkan...
keprihatinanmu teman, sungguh buatku terharu..
Namun, tanggugjawab menuntut untuk terus di situ...

Menjengah lewat petang semalam...
Seakan tidak mampu dikawal lagi..
benar katamu teman, aku seakan kejam pada diri...
sibuk buat kadang terlupa tentang diri..
keperluan sekeliling harus terdahulu dipenuhi..

NAH!!! rasakan...
Seluruh anggota tubuh tak bermaya...
jadi, kipas...fungsimu berhari lama tidak diperlu
Lenaku dipenuhi bantal-bantal dan berhelai selimut...

Sejenak berfikir..
mencari hikmah..
DIA tahu bila rehat itu tersangat perlu buat kamu...
meniti seharian cuti rehat..kesempatan memikirkan tentang diri...
Sabar itu ubat bagi segala ujian...
Redha itu sukar, namun usaha ke arahnya juga jihad...
jadi pujuk hati, muga sentiasa damai dalam setiap rencanaNYA..
Muga diri masih kekal dalam perhatian dan lembayung KasihNYA..
(^___^)

#ingatkanku.sebelum.kuterleka




Saturday, November 9, 2013

Siapa kita bukan pada apa adanya...tapi bagaimana caranya tingkah kita...

Semalam....
Berfikiran negatif bisa buat diri terbuang jauh...
penat bukan hanya di badan, namun bakal merebak ke seluruh anggota tubuh..
kian parah andai ia menyentuh sudut hati...

Imbasan....
Sekitar waktu permulaan mesyuarat yang berlangsung sehari sebelum berhujung minggu...Pegawai atasan diam tidak berbicara saat diaju persoalan bertalu dek pengurusan tertinggi...saya yang cuma watak picisan tidak sepatutnya berbicara dalam kumpulan itu...tidak! memang tidak, bagi menghormati dan mengangkat status pengetahuan pegawai atasan agar mereka tidak dipandang kurang ilmu atas apa yang dibentangkan... seakan usaha untuk sama-sama menutup kelemahan/menjaga aib pegawai atasan kita... tindakan itu juga murni bukan?

Accountability...
Itu buat otak menghantar pesanan mulut untuk berbicara, saat semua hanya terdiam "who did the research?"... mesyuarat adalah sesi musyawarah...diskusi mencapai kata sepakat bagi tindakan selanjutnya untuk penambahbaikan mahupun penyelesaian masalah.. DIAM pasti bukan jawapan bagi suatu persoalan. Lantas jawapan diberi...disambut reaksi kurang berpuashati..pantas masing-masing menekan ipad/tab dan pelbagai macam gadget canggih mencari fakta yang dicabar tadi, namun tidak berhasil...

Sekali lagi...
Saat menghampiri konklusi mesyuarat, situasi tadi terjadi pada fakta berbeza.. dan sekali lagi menjelaskan...kali ini rasa lebih yakin.. atas apa semangat yang datang pun tidak pasti...dan syukur, ianya jelas difahami...

Merungkai keadaan...
Walau dalam situasi bagaimanapun, terkadang seseorang lebih rela diam samada cuba melepaskan diri dari dipersoal lagi atau cuba menyembunyi ilmu yang diketahui atau sememangnya dia tidak jelas tentang sesuatu itu.... tetapi apa pun keadaan, moga rasa tanggungjawab akan buat kita berfikir untuk tidak mengelak diri...tambahan apabila arahan terus kepada kita, bukan kakitangan bawahan kita..

Pemimpin....
Ramai mungkin bercita mahu menjadi ketua...tapi berapa ramai yang tahu maksud dan peranan ketua..mahu diPIMPIN siapa dan untuk apa? Jelas sikap segelintir mereka...acuh, barang tak acuh....

Pemerhatian....Pelajaran...
Beri ruang untuk menilai sikap dan kepimpinan...yang baik dijadikan teladan...yang buruk, nauzubillah...muga Allah pelihara sikap kita agar tidak jadi sedemikian rupa... Hari ini kita melihat pantulan wajah peribadi para ketua...
siapa tahu suatu hari kelak kita juga akan berada di suatu tahap yang lebih tinggi, 
HATI muga sentiasa dibersih, kenal siapa Pencipta...
muga fahami makna tanggungjawab dalam menggalas amanah...

#hatiinikurniaNYAjanganbiardicemar

Monday, September 9, 2013

Bicara...sikap sesetengah kita...

Entah bagaimana bermula bicara dia...mengisi waktu senggang rehat tengahari... corat-coret kehidupan sekitar pengalamannya dari kaca mata si adam, sekadar berkongsi pada perkiraan saya buat tauladan bersama...

Sukar bicara dengan saya pada cerita kisah hidup orang lain..paling2 yang lain hanya picisan cerita... senang berbicara dalam liputan kehidupan secara umum, menyentuh aspek hidup...lagi tertarik jika yang berbicara pandai membuka topik ekonomi, sosial, politik atau apa sahaja yang boleh saya ambil inputnya... almaklum diri ini tidak seberapa pengetahuannya..jadi, tatkala bual dengan teman, rakan taulan atau siapa jua...mungkin boleh dicedok segala ilmu milik mereka yang tidak lokek berkongsi... :)

Berkisar sikap...attitude seseorang dalam soal cinta dan pilihan hati... 

Dia tanyakan pada saya, akan masihkah hati pada sidia yang sedia ada atau mahu memilih dia? Iskhh mestilah dengan sidia yang sedia ada...memangla kami ada kala berantakan, tapi itu bukan alasan untuk beralih arah hati. Silap saya sebab pernah mengadu pada dia yang kami pernah selisih faham..pandai dia guna peluang mengambil hati, tambahan sering bersua-muka dan berhubung bicara..masakan tidak tercuit rasa di hati...(senyum2 dia). Saya terangkan pada dia, andai saya pilih dia...belum tentu kami tidak akan berselisih pendapat, pasti akan ada.. tiap kita ada buruk lakunya. Jadi mengapa harus guna itu sebagai ruang untuk menukar haluan hati. Buruk baik antara saya dengan sidia masing2 tahu dan terima..Kalau masa bergaduh, teruk betul. Kalau masa baik tu, haishh indahnya rasa (kelakar pulak tgk reaksi dia bercerita, tapi nampak bunga2 di raut wajahnya).
Namun ada juga teman2 teruna dan dara yang menambah perisa, tinggalkan yang lama..ambil yang baru..itu sogokan mereka (menggeleng kepala dia).
Orang lelaki ada yang begitu..dilayan semua perempuan..beri rasa pada semua..biasanya lelaki begitu tidak suka ada kekosongan di hati (saya pandang dia, untuk cuba memahami apa yang hendak disampaikan)..misalnya kalau dia berselisih dgn di sini, dia akan pergi pada yang di sana dan begitulah putarannya, kerana dia sentiasa ingin ada yang menghiburkan hatinya...tidak sedar dia melukakan hati banyak pihak dalam pada dia hanya fikir keseronokan diri semata..(panjang bicara dia menyambung)
Semua ni..hati kena kuat...hidup kena ada matlamat..

Bicara dia terhenti sekitar itu memandang jam lewat 1.40 petang. Makanan yang sudah dipesan perlu diambil, cik peyot ku nanti riang menyanyi, hihi


Allah ciptakan adam dan hawa dengan karektor yang berbeza untuk dilengkapi dan melengkapi..toleransi, sabar dan saling menghormati akan meletakkan keutuhan sebuah hubungan bila berpaksi pada mencari redhaNYA.. 

Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah (^_^)

~ya Allah,jgn Kau biarkan aku sendiri..tunjuki aku dalam tiap gerak naluri dan langkah kaki...susuri perjalanan penuh onak ranjau berduri~

Tuesday, July 30, 2013

Langkawi.....................aku datang!!!! #4

Sekitar pemandangan pagi di pantai Chenang....pukul 11 pagi macam pukul 3 petang rasa panasnya...












Berbuka puasa

seoul garden... flaming... johnny...
steamboat!! itu misi utama
"bape hengget?" haa... yg ni pun jatuh dalam kategori misi gak nih
"kat mana? jammed tak?"
"kat KL ni ada ke jalan tak jammed?"
"ada, kat umah i" owhhh dari mana dtg keyakinan ituh, hihi

berpuluh...atau ratusan mungkin, conversation through whatsapp (sib bek la free kan, hihi) bg memilih lokasi berbuka puasa..

nak makan je pun, tapi nak buat keputusan punyalah susah..(kurang tepat ni)
emm bukan susah tapi ambil masa untuk kesepakatan bersama...(ni positif kit)

ketiga2 pilihan di atas memerlukan anda untuk membuat tempahan awal ya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku yakni fully booked! heh!
tapi takde la awal sgt pun, on the day itself pun still can make the booking...tapi better before tengahari...

started with seoulgarden...net RM50 per person, followed by flamming RM29.90 per person and then johnny's RM69.90 (for 4 person)..

main concern is to reach the location before the break fasting... if sampai dah berbuka, idak le namanya berbuka..kan kan...hihi

tak tahu macammana, ke penghujung komunikasi kami memilih antara flamming dan johny's....walhal sebenarnya nak ke seoulgarden.. fokus semakin jelas, dan akhirnya tempahan dibuat:

flamming, setapak (03-41423144) - buffet
- waktu makan untuk sesi berbuka puasa bermula pukul 6ptg - 8.30mlm SAHAJA.
- 6ptg: seat in, 6.30ptg: boleh mula ambil makanan, 8.30mlm: finish. (hagak2 korang sempat ke nak pulun makan dlm tempoh sejam je?)
- surau ada
- nak parking senang masuk kat KLFestival city, jalan sikit je keluar nak ke restoran ni..tak rasa pun penat sbb leh leka tgk kedai2, hihi

johnny's, alpha angle wangsamaju (03-41499820) - ala'carte
- 6ptg: kena seat in and make the order (takut tak sempat nanti nak prepare lauk2 kata mereka)..kena buat deposit 50%.
- surau leh guna yg AEON punye..
- parking pun AEON punye..

berfikiran tika itu satu jam adalah sangat terkejar2 untuk menikmati juadah hidangan buffet, makanya tempahan dibatalkan dan beralih ke johnny's....alkesahnya taknak terkejar2 nt nak makan and solat...
saat menunggu waktu berbuka...."nak gi makan kat seoul..." "i pun.." "kenapa tak gi kat situ eh?" "entah..." ---> well3, tiada rezeki mungkin...tak tahu di mana silap...tapi apa2pun, alhamdulillah majlis berbuka puasa group whatsapp "bujang terhot" sukses jua..hihi..siap lagi pas solat mentong mcflurry pulak.. sambil borak2 bertukar cerita..sesekala bertemu teman2, bual bicara berkongsi buah pandangan/nasihat..itu jua tanda kasih dalam bersaudara (^_^)...

~syukur, bila masih ada yang sudi menasihati~









Friday, July 26, 2013

Ramadhan 1434H

Bulan penuh Rahmat....keberkatan...di dalamnya tersembunyi seribu satu kenikmatan bagi yang mencari dan mahu memilikinya..

Dari seawal Ramadhan berpuasa...tak dikira pula dah berapa hari melaksana ibadah wajib rukun Islam ke-4 ni..seingatnya hari pertama berpuasa...puasa dan puasa....tahun ini sedikit berbeza...lantaran peristiswa berpindah rumah, peti ais dah dijual makanya tahun ni juadah berbuka puasa samada beli di bazar Ramadhan ataupun dengan keluarga dan teman2...rotate je la aktiviti tu...huhu
"tahun ni 1st time ayu tak masak kan" spontan bicara teman serumahku..he he.... rezeki si penjual bazar mungkin... (*^,) 
nak tunggu masak, tunggu hari minggu la...beli dan masak terus, tak buleh simpan2 barang basah, huhu

Kesempatan melayari muka buku pagi ni, terpandang foto update dari seorang teman, gambar al-Quran dan tertera tarikh 17 Ramadhan 1434H.. Ya Allah, sebak tiba2 datang menerpa... cepatnya masa berlalu..sedikit waktu lagi yang entah sempat entahkan tidak untuk terus bersama ke akhir 30 Ramadhan...

Ramadhan 1434H....pernah suatu Ramadhan dulu diuji....dan kini juga dalam Ramadhan...satu2nya bulan yang di setiap sudut waktu menjanjikan keberkatan dan ganjaran... 
jadi ayu, guna peluang meminta dari hanya DIA sebaiknya (monologku sendiri)... 
ujian buleh jadi dalam bentuk rezeki... rezeki juga buleh jadi ujian... di situ letaknya kebijaksaan penilaian...

Kesibukan, duniawi...jika tidak diseimbangtara boleh melalaikan jiwa...masa diperuntuk sebaiknya buat memenuhi segala tuntutan yang datang...

Muga dalam sibuk leka dengan bermacam perkara..
tidak sampai lupa padaNYA yang memberi... 
keluarga tidak lepas dihubungi... 
teman2 tidak disisih tepi..



Tuesday, June 25, 2013

kun fayakun...

walau kuat genggam tanganmu...
walau tajam pandang matamu...
walau gagah kudratmu..

Bila DIA telah menetapkan sesuatu..maka terbatal segala rancangmu..

usah dipaksa mahumu..
kerna rencana DIA terdahulu baik untukmu..

di setiap sudut degup jantungmu..
di setiap hembusan nafasmu..
walau harapan tinggi menggunung..
walau langkah penuh rapi..

DIA rencanakan yang terindah buatmu..
melakar warna pelangi dalam hari-harimu..
untuk kamu jadi setenang-tenang insan..bak tenangnya sungai mengalir
untuk kamu jadi tabah dan utuh..bak teguhnya gunung-gunung berdiri
untuk kamu jadi kuat..umpama pohon menghijau menghiasi alam...memberi bahagia buat insan lain...

SUNGGUH!!! berusaha yang terbaik, mengharapkan yang terbaik.. tawakal hanya padaNYA yang SEBAIK-BAIK perancang..
muga damai meredah mimpi yang tak pasti..

~kun fayakun~

..YaRab,DamaikanHatiKuDalamSetiapKetentuanMU..



Tuesday, June 18, 2013

preview RAMADHAN buffet

a lucky day....got treated by meal..when u not even asked for it....alhamdulillah.... itu rejeki..... :)
dah awak ni memang kuat makan kan...

emmm rugi pulak rasanya tak puasa tadi, itu yang terlintas saat mula menerima pelawaan dari teman untuk turut serta menikmati juadah ala2 sesi berbuka puasa di Hotel Vistana...

Ahad yang berlalu menikmati makan malam yang enak, walau lauk pauk ala kadar tapi suasana dan rasa juadah masakan di rumah terkadang nikmat dinikmati, tambah2 jika makan berteman...langsung kenyang memasang niat untuk berpuasa...

Isnin...seawal pagi tekak dan badan rasa tidak selesa..efek tidur yang terganggu mungkin...tidak biasa berpuasa tanpa sahur...makanya pukul 9.30 pagi dah berbuka walau tiada azan bergemersik, hihi... hamboih la kannnn..separuh hari pun tak sampai... ;p

Keluar opis menaiki beluncas Putra dan Star menuju destinasi makan2... Sesi dijadual bermula pukul 7.30 malam... kami tiba awal setengah jam...mencari lokasi majlis, tandas dan surau...check-in di surau, menanti maghrib, selesai janjitemu dgnNYA, senang hati nt nak mengisi perut... yeaaaahhhhhh misi bermula... lets eat!!!!! (^^,)/

preview Ramadhan ini dilakukan oleh pihak hotel sebagai salah satu teknik pemasaran dan juga kaji selidik mengenal pasti kehendak dan permintaan pelanggan...

memandangkan makan pun dah free, apalah kiranya kita jawab la kaji selidik tu bagi membantu objektif majlis tersebut kan...

"it would be nice if there is a condiments for the ice-cream"
komen penambaikan yang tak seberapa sebelum gambar smiley lambang kemesraan dari saya dicoretkan... hihi

Sebelum menikmati ice-cream tu tadi, saya bayangkan ada melt chocolate, badam hancur.... kekacang... coco ball ke... serpihan coco crunch ke.. kismis ke... 
eh, cop! ini bukan keinginan mengada2 dan macam2 ye... udah namanya makan kat hotel kan... takat scoop the ice-cream and put it in the bowl, tidak la perlu sampai makan di hotel, ye dak?! hehe

Kesimpulan kisah ice-cream ni tadi adalah salah satu contoh situasi di mana pihak terbabit gagal menyediakan perkhidmatan sebagaimana yang diharapkan oleh pelanggan... ianya jatuh dalam kategori "below expectation".

Overall menu average and got some with nice taste...satey ayam + daging...kambing salai... rojak buah..teh tarik... kuew tiao...roti jala..mushroom soup...a lots to write here, hihi...masakan kampung, western pun ada... ikan bakar...tapi seafood takde, kerang je yang ada...huhu

Lokasi majlis tadi di tingkat 3... guess room and surau juga di level yg sama dan sgt dekat yang mana sangat memudahkan pengunjung.. Kakitangan hotel juga mesra pelanggan..nice!

Semoga usaha pihak hotel membuat majlis makan2 preview Ramadhan berserta kajiselidik ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka pada hari2 mendatang... please la baca komen ice-cream saya tu kan...hihihi...


Sunday, June 16, 2013

ceritera chenta..kisah suka duka lara..
menyingkap perjalanan...suatu destini...

coretan bahagia..kisah keluarga...
mengukir bahagia..insan yang dikasih..

lukisan alam....flora tersenyum manis...fauna memecah sunyi
saujana memandang...tenang...memukau jiwa...
hilang resah...gundah bertukar cerah...

suara...degup rasa...deria....memandang...terpandang...
langkah dalam samar..mencari arah...
tingkah bersusun...kata dialun...
dengar diperdengar...peka muga tak leka..

pengalaman..pelajaran kehidupan....
garapan pelbagai cerita dan rasa...suka-suka atau bersahaja...di setiapnya ada cerita..tidak sengaja mungkin kisah itu sama...pada yang membaca..kadang cerita direka dari pemerhatian tak semena...kadang itu jua dari dalam rasa...

cerita aku...cerita kamu...tiap kita ada sesuatu...yang tak semua perlu tahu...tapi berkongsi bagi tujuan ilmu... itu perlu...

leka aku dalam arah tuju...hati terkadang jitu..terkadang bercelaru...merintih hanya pada Yang Satu..
tatkala bibir mengungkap kata...bukan simpati atau ehsan dipinta...sekadar berkongsi rasa ceritera di hati, tanda kamu dihargai... kesian jangan sekali...kerna ku tak sanggup dimarah Ilahi, mengharap pada manusia jgn pernah sekali... langsung nanti suram sendiri...jadi tatkala runsing menyapa benak fikiran dan hati..mengharap padaNYA itu pasti...pasti dan pasti... (^__^)








Friday, June 14, 2013

Raya

Puasa pun belum...sibuk kan nak cakap pasal raya...hihi

Tetibe lak terlintas pasal ni...dan rasa ingin menulis..

Corat-coret sms dengan sahabat berkongsi rasa..selera nak makan macam2 katanya...Dia yang masih dalam proses berpantang...sudah menyebut mahu "spaghetti" bila bertandang ke rumah raya nanti...Seingatku..itu juga menu sama yang di"request" saat mengandungkan baby keduanya yg kini punca dirinya berpantang tu, hihi 
Alhamdulillah selamat dia lahir hadir ke dunia... penyeri hidup mereka..sedikit jelez ye, bukan jelez kerna dia bahagia..tapi geram sbb suka la sama kanak2 ribena, rasa nak cubit pipi dia..cium2 byk kali, baby kan bau dia wangi..hehe
Masa ngandung nak spaghetti, lepas ngandung pun sama jugak?? kebetulan menu yang sama????
makan spaghetti masa raya? ha ha...saya layan kan saja...
macam kebiasaan (sebab saya bukan master chef hokey:p) cari2 resepi di Internet, olah2 apa yang patut, then wat le ikut suka cita rasa kita kan...nasib le si tukang makan...hihi

Bual bicara dengan emak juga timbul cerita raya...macam biasa dari perkara besar ke sekecil2 perkara emak memang suka ceritakan pada saya, kdg2 tak sumbang apa2 pun, cuma mendengar atau mengiya saje, hihi...
Kata emak, tahun ni raya kita sambut biasa2 sahaja ya...kuih/biskut beli la sikit2 je...
Itu juga kurang lebih dialog emak hampir setiap tahun, mesej dia supaya sentiasa bersederhana...berbelanja pada apa yang perlu...
Well, hasrat emak memang saya turuti, kadang tidak langsung membeli kuih/biskut raya.....tapi...nah!!! 7-8 jenis biskut saya buat sendiri....so, hasrat emak saya penuhi..tak beli pun...aci la kan? kihkihkih....

Tersentuh bila mak bertanya, "tak penat ke yu keje lagi..buat kuih lagi"..nampak sgt mak kesiankan saya..risau saya penat...hihi..risaunye dia.....
its a joyful in cooking..i juz do not know how to express it in words...huhu

So, tahun ini InsyaAllah jika punya kesempatan drNYA, biskut2 yang dahulu akan di"repeat" penghasilannya....
menu baru?????? bergantung pada apa jua yg di"request"...
nasi+ayam mandy pun macam best jek nak try kan..tgk nanti sape mandikan sape, ngeh3
 
eh, cop!!!! i'm feeling good lah talking about food..ha ha
 
gendang gendut tali kecapi.
kenyang perut senang hati..
(^___^)/

~yaAllah.izinkan.diri.untuk.terus.bawa.bahagia.pada.semua~

Thursday, June 6, 2013

Tips Tambahkan berat badan... Gemuk @ gumuks @ demuk!! :p

Pelik je kan entry kali ni.....hihi

Rasanya rata2 orang cari tips nak kurus...saya bagi yang vice versa lak kan..hehe

Teringat bicara dengan teman-teman kala santai...
"dah makan banyak...tapi tak gemuk pun..."

Ha.....sama lah dengan yang bercakap ni....tapi itu dulu la....

Sekarang ni dah bam-bam...la la la...

Senang hati???
hurmmm.....senang atau tidak...haruslah cuba menyenangkan.. tak gitu?? hihi

OK, back to the topic... pada pendapat dan pengalaman yang mengeksperimenkan diri sendiri secara tidak sengaja... almaklum dulu berat maintain je around 40+.., makan lah banyak mana pun...macam tu la jugak...
la ni...cecah la angka 5 kat depan tu, hihi...(mmg sy sengaja tau bagi cecah angka 5 tu...)
Macam mana nak naik tu??

*MAKAN BANYAK!!!!!????????
Yes, tepat sekali!!!! he he

Banyak yang bagaimana?
Breakfast like a king...
Lunch like a queen...
Dinner like a princess la (yang ni mcm poyos kit ek.. :p)

Betul....tak tipu punye....
Tapi bergantung juga pada individu...
Kalau yang metabolisme tinggi macam saya, dah buat perkara * di atas, kena pula extra food...sampai kena tegur la dengan teman2 dan bos..."u ni asyik makan je....tapi tak gemuk2 jugak" ha ha...geli hati mendengar...
Sebenarnya berat badan naik, tapi secara fizikal tak nampak ketara...sebab? banyak berjalan dan exercise (sekarang dah maleh :p)...sebab tu la bam bam...

Btw, xsedar pun dah demuk sampai la satu masa tu kakak opis tegur...dek, kaki kau dah gemuk! erk!!! keliru di situ... ha ha
owh patut ar pakai kasut rasa macam sendat semacam jek...ngeh3..

oke lah, banyak sgt lak celoteh ni...tapi kekdahnya pada yang selalu dikata kurus kering la...macam lidi la..mcm papan la...macam tiang la yang klo angin kuat leh tumbang la...jemput2 la amal petua (eh! petua kah? :p) di atas ya... 

Banyakkan pengambilan karbohidrat...BANYAK DAN KERAP... selamat maju jaya!!! hihi

Tuesday, June 4, 2013

bila hati kamu tak utuh... tegak kamu tak teguh..
kata-katamu pasti rapuh..

mencari benar dalam kata...ibarat menyelak air pada terjunan batu sungai...
sejuk terasa..tapi tak tergapai...

Monday, June 3, 2013

Langkawi.....................aku datang!!!! #3

checklist item: flight tickets, accommodation, transportation, luggage, meals, place to visit, item to buy.

Since my budget is ciput, however always dream to fly..so one-year ahead plan is always a right choice, he he...
flight tic RM45  is real cheap isn't ;)
Done my check in via AirAsia two days before fly, thus simplified the process and save time. Domestic travelling does not require thorough checking compared to International. Present your IC and boarding pass and you can continue your walk to the screening area....take off all the steel item from your body (owh suddenly thought of "man of steel" :p) to avoid the machine from screaming, hihi... passed!! walking ahead to the waiting area...alert to the announcement for departure :) and you can fly.. hoyeahhhhhhhh!!!!!

Alhamdulillah we're safely landed in "bumi lagenda".. Langkawi... for the first time on 29 April 2013.. A bless from Him for allowing this to happen. :)

1st thing to do, get the transportation..a new nissan almera just nice for us..since our vacation was during a normal day so we're able to closed the deal for only RM100 per day for that new car, just a week on road..fresh from the oven, hihi
Seems excited to start your drive right? :p but never forget to take a yellow map (details map on Langkawi and list of places to visit) from one of the counter before you walked away the airport...and its FREE!! (^^,)

....to be cont....

Langkawi...aku dtg!!!! #2





Sunday, May 26, 2013

Puas hati

orang kalau tak puas hati dengan kita...kita buat benda betul pun jadi salah di mata dia...
ada juga kes kita rasa tak puas hati bila kita buat sesuatu tak mencapai sasaran, rasa dah sehabis daya dah usaha kan, jika camtu...xde rezeki la namanye..huhu

well ini kali punya entry bukan nak cakap pasal tak puas hati..tak besh kan bunyi tak puas hati tu macam negatif je, he he

so, kita cakap yang positif2 je supaya minda dan badan kita pun sepositif apa yang kita katakan..
PUAS HATI bila mana orang lain berpuas hati, alhamdulillah lega sangat2 lepas dengar komen tu...alhamdulillah DIA pinjamkan pancaindera mata untuk melihat kecantikan hasil kerja insan lain...menilai sebaiknya muga tak tersalah dalam menilai...seronok tak terkata, hanya senyum mampu dipamer bila tengok orang gembira terutama yang sangat dekat dengan kita..

Jumaat yang lalu, permulaan bahagia buat angah... (^^,) ..situasi yang hampir sama masa my bff noga minta bantuan carikan fotografer... simple je permintaan dia..u can just petik je mana2 nama and suggest to them right? haaa tapi i sgt cerewet bab ituh, he he... permintaan sebegitu pada perkiraan saya juga amanah.. who knows itu mungkin sumbangan terakhir saya...so, always think d best for others ya frens outside, insyaAllah you will never regret for being gud to others... yang sampai ke cuping telinga saya..dia professional...lawa la dia buat..alhamdulillah jelas.., we had choose d right person to capture all the sweet moments dat day... Thanks a lot to d great photographer mr udy for all the memories that have been visualized into a very nice picture..and make it all the families happy. Perhaps this could inspire him to continue..berkarya..in his owned way..and also for others.. 

Semoga perjalanan angah dalam menuju perlaksanaan sunnah Nabi junjungan akan dipermudahkan semuanya..ameen2yaRabbala'lamin...
~yaAllah,LindungiMerekaDanLimpahkanRahmatKasihSayangMu~

Wednesday, May 22, 2013

To love you more


Take me back in the arms I love
Need me like you did before
Touch me once again
And remember when
There was no one that you wanted more

Don't go you know you will break my heart
She won't love you like I will
I'm the one who'll stay
When she walks away
And you know I'll be standing here still

I'll be waiting for you
Here inside my heart
I'm the one who wants to love you more
Can't you see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

See me as if you never knew
Hold me so you can't let go
Just believe in me
I will make you see
All the things that your heart needs to know

I'll be waiting for you
Here inside my heart
I'm the one who wants to love you more
Can't you see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

And some way all the love that we had can be saved
Whatever it takes we'll find a way

I'll be waiting for you
Here inside my heart
I'm the one who wants to love you more
Can't you see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

~celine dion~

Monday, May 20, 2013

Bahagia... (bola mata dan segumpal hati)

Bahagia perlu dicari, tidak hanya dinanti...
"itu hipokrit" respon seorang teman saat mengangkat suapan makan tengahari...
"kita tidak boleh mengharap orang memberi bahagia pada kita"...jawapan...

..............................................................................................................................................
Andai senyum kita boleh buat orang lain merasa bahagia...teruslah pinta padaNYA agar senyum takkan lekang dari seraut wajah 

Cuma... terkadang segumpal hati tidak berdaya menahan bola mata dari dibasahi....walau bibir mampu mengukir senyum...

Hey Hati!! mengapa begitu?
Kenapa dibiar Rasa mencemar wajah nan ayu? (erk!! ayu le sgt konon nye :p)

Bait kata dan rentetan berita menyentuh naluri, alhamdulillah...serentak rasa syukur ke hadrat Ilahi diiring sebak mendengar perkabaran bahagia...gembira tidak terperi.. :)
Namun hati tetap jua tercuit suatu rasa....bukan cemburu, iri jauh sekali. 
Tidak!! tidak akan pernah begitu di hati ini...

Minggu depan...sebelum puasa...selepas raya...cuti sekolah hujung tahun...awal tahun depan...angah, lan, cik bff (nama takleh bgtau sbb dia xbgtau sesape lg, eh! baget ramai jek baca blog awak ni kan, he he :p)...all my closed related one...semuga perjalanan mereka menuju bahagia melaksana syariat dipermudah Ilahi...ameen2 ya Rabbal a'lamin...



Kadang-kadang bahagia juga diperoleh dengan melihat insan sekeliling mengecapi bahagia...
(✿◠‿◠)