Thursday, January 3, 2013

Tips sihat dan cantik


Mahu Sihat? Atau mahu Cantik?

Yang sihat pastikah cantik?
Yang cantik pastikah sihat?

Jika ditanya pada kaum hawa…kedua-dua aspek ini memang tidak boleh dipisahkan.. umpama aur dengan tebing… irama dan lagu… kurang salah satu, maka pincang lah tunjang nya…chewahh!!! He he

Kebelakangan ini semakin banyak produk2 kecantikan dan kesihatan di pasaran bak cendawan tumbuh selepas hujan… Ada kalanya produk yang disebut belum berdaftar di kotak fikiranku. Adakah saya yang ketinggalan atau sebab timbunan produk yang terlalu banyak untuk diambil tahu? Hu hu…

S&F…Tabita…Miracle Tab adalah antara produk yang sedang menjadi perhatian… selain dari produk seperti pure marine collagen…


Terbaru produk Gluta 20000.
Percaya atau tidak…. Pertama kali tahu mengenai produk ini daripada seorang teman…teruna yang gagah. Kelllllllassssss kau bang!!  
Beliau ni memang saya kenali seorang yang maskulin, jadi tiadalah daku terbesarkan bebola mata kala mendengar beliau bercerita kan.. he he


Haaaaaaaaaaaaaa bukan kaum hawa je yg prihatin soal kecantikan…kaum adam pun sama… Pendek kata, sama2 la mahu cantik…

Kata orang, bila orang tu rasa cantik..keyakinan diri dia pun bertambah bila nak berhadapan dengan orang ramai…

Cantik sahaja tetapi tak sihat tak boleh juga kan…huhu

Saya sendiri pernah dicadangkan mengambil supplement EPO (Evening Primrose Oil) oleh seorang teman.. dikabarkan elok untuk awet muda.. dapat melancarkan peredaran darah, elok untuk melegakan eczema.. Hah!?? Sapa tak suka kan bab2 nak muda sentiasa ni….hihi

Setelah mendapat sedikit maklumat dari En.Google, saya turut mendapat khidmat nasihat/pandangan dari Puan Doktor.. Well, asking from the expert is better I think…

Soalan pertama yang diaju oleh Pn.Doc “makan EPO untuk apa?”…. “ada tindak balas yang positif tak pada diri”…. Akhir sekali, jika tiada keperluan maka pengambilan EPO itu jatuh pada kategori TIDAK PERLU…. Hu hu

Apapun sebelum makan/amalkan sesuatu produk, pastikan produk tersebut berdaftar dengan badan2 yang telah diiktiraf bagi memastikan tiada kesan sampingan pada diri kita, okeh!?? (^^,)

Berikut link2 berkaitan untuk rujukan teman2 bloggers sekalian… check it out!!!





 **all pics taken from mr google :)
…Cantik di mata….cantik di hati…