Sunday, May 26, 2013

Puas hati

orang kalau tak puas hati dengan kita...kita buat benda betul pun jadi salah di mata dia...
ada juga kes kita rasa tak puas hati bila kita buat sesuatu tak mencapai sasaran, rasa dah sehabis daya dah usaha kan, jika camtu...xde rezeki la namanye..huhu

well ini kali punya entry bukan nak cakap pasal tak puas hati..tak besh kan bunyi tak puas hati tu macam negatif je, he he

so, kita cakap yang positif2 je supaya minda dan badan kita pun sepositif apa yang kita katakan..
PUAS HATI bila mana orang lain berpuas hati, alhamdulillah lega sangat2 lepas dengar komen tu...alhamdulillah DIA pinjamkan pancaindera mata untuk melihat kecantikan hasil kerja insan lain...menilai sebaiknya muga tak tersalah dalam menilai...seronok tak terkata, hanya senyum mampu dipamer bila tengok orang gembira terutama yang sangat dekat dengan kita..

Jumaat yang lalu, permulaan bahagia buat angah... (^^,) ..situasi yang hampir sama masa my bff noga minta bantuan carikan fotografer... simple je permintaan dia..u can just petik je mana2 nama and suggest to them right? haaa tapi i sgt cerewet bab ituh, he he... permintaan sebegitu pada perkiraan saya juga amanah.. who knows itu mungkin sumbangan terakhir saya...so, always think d best for others ya frens outside, insyaAllah you will never regret for being gud to others... yang sampai ke cuping telinga saya..dia professional...lawa la dia buat..alhamdulillah jelas.., we had choose d right person to capture all the sweet moments dat day... Thanks a lot to d great photographer mr udy for all the memories that have been visualized into a very nice picture..and make it all the families happy. Perhaps this could inspire him to continue..berkarya..in his owned way..and also for others.. 

Semoga perjalanan angah dalam menuju perlaksanaan sunnah Nabi junjungan akan dipermudahkan semuanya..ameen2yaRabbala'lamin...
~yaAllah,LindungiMerekaDanLimpahkanRahmatKasihSayangMu~

Wednesday, May 22, 2013

To love you more


Take me back in the arms I love
Need me like you did before
Touch me once again
And remember when
There was no one that you wanted more

Don't go you know you will break my heart
She won't love you like I will
I'm the one who'll stay
When she walks away
And you know I'll be standing here still

I'll be waiting for you
Here inside my heart
I'm the one who wants to love you more
Can't you see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

See me as if you never knew
Hold me so you can't let go
Just believe in me
I will make you see
All the things that your heart needs to know

I'll be waiting for you
Here inside my heart
I'm the one who wants to love you more
Can't you see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

And some way all the love that we had can be saved
Whatever it takes we'll find a way

I'll be waiting for you
Here inside my heart
I'm the one who wants to love you more
Can't you see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

~celine dion~

Monday, May 20, 2013

Bahagia... (bola mata dan segumpal hati)

Bahagia perlu dicari, tidak hanya dinanti...
"itu hipokrit" respon seorang teman saat mengangkat suapan makan tengahari...
"kita tidak boleh mengharap orang memberi bahagia pada kita"...jawapan...

..............................................................................................................................................
Andai senyum kita boleh buat orang lain merasa bahagia...teruslah pinta padaNYA agar senyum takkan lekang dari seraut wajah 

Cuma... terkadang segumpal hati tidak berdaya menahan bola mata dari dibasahi....walau bibir mampu mengukir senyum...

Hey Hati!! mengapa begitu?
Kenapa dibiar Rasa mencemar wajah nan ayu? (erk!! ayu le sgt konon nye :p)

Bait kata dan rentetan berita menyentuh naluri, alhamdulillah...serentak rasa syukur ke hadrat Ilahi diiring sebak mendengar perkabaran bahagia...gembira tidak terperi.. :)
Namun hati tetap jua tercuit suatu rasa....bukan cemburu, iri jauh sekali. 
Tidak!! tidak akan pernah begitu di hati ini...

Minggu depan...sebelum puasa...selepas raya...cuti sekolah hujung tahun...awal tahun depan...angah, lan, cik bff (nama takleh bgtau sbb dia xbgtau sesape lg, eh! baget ramai jek baca blog awak ni kan, he he :p)...all my closed related one...semuga perjalanan mereka menuju bahagia melaksana syariat dipermudah Ilahi...ameen2 ya Rabbal a'lamin...



Kadang-kadang bahagia juga diperoleh dengan melihat insan sekeliling mengecapi bahagia...
(✿◠‿◠)

Friday, May 17, 2013

Langkawi....................aku datang!!!! #2

Banyak yang hendak dicerita...tapi mungkin di lain masa.... amek mood dulu tengok pic2 ni ye... 

InsyaAllah...akan ku ceritakan semuanya nt, he he

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Pantai Chenang


mencoret kesah...


Thursday, May 16, 2013

cikgu!!

"yu nanti da besar nak jadi apa?"

"nak jadi doktor..nanti leh rawat mak kalau mak tak sihat" :)

"tak nak jadi cikgu??"

"entah!"
~perbualan dengan mak ketika zaman kecilku...entah apa yang dikatakan tika itu, sendiri pun tak tahu..ha ha~


"macam cikgu sekolah" ~ UiTM's colleague



"cik miza, ada bakat la jd lecturer" ~ KUTPM's student



"akak ni macam cikgu saya la..." ~ skul boy



"hai cikgu.." ~ opis mate



cikgu, cikgu...chekgu.... nampak macam sinonim je ngan diri ni, tapi tak boleh nak bayangkan if all the above statements become reality... tapi.....sayaRasa, sekiranya saya jadi cikgu..saya adalah cikgu yang Garang, Sporting dan Comel.. ha ha ha...perasan kan saya?!!! la la la


Garang....pada tempatnya..tegas! itu setepatnya

Sporting!! harusla....life is so bored if there is no humour rite meh?! hihi... tapi berpada2 la pada tempatnye ye...

Comel!!!... owh yang ini memang saya perasan jek...abaikan, ha ha


kawan saya kata saya lagi sesuai jadi cikgu kanak-kanak sebab i love kids a lot! senang hati boleh leka layan mereka...senyum tawa boleh buat kita lupa sibuk dunia :)



berpijak di bumi yang nyata...destinasi langkah hingga tika ini, masih berstatus murid dan pelajar pada semua insan2 disisi yang sekaligus merangkap cikgu yang sentiasa sudi menegur dan menasihati diri ini yang banyak khilaf, mereka tak lokek berkongsi ilmu..untungnya diri...

mungkin sampai satu masa boleh jadi cikgu pada anak2 sendiri, ameen... (hey! walau tak punye en.somi lagi, tapi punya niat yang baik pun buleh tempah tiket ke syurga kan...:p)


Teringat cikgu2 dari zaman sekolah rendah lagi...baiknya la cikgu2 kita semua kan... mereka jugalah tak pasal2 jadi ibu bapa kita secara paksa rela...kalau pi rombongan sekolah, jenuh la cikgu tu duk kira cukup tak murid2...tak datang sekolah nanti cikgu mesti contact parents tanya sihat kah kita? bila musim perekse, cikgu la yang paling risau dengan keputusan tapi kita wat dek je...huhu...kesian cikgu...susahati je selalu pikirkan anak murid dia...



Baiknya hati cikgu....luhur budi mencurah bakti...



Selamat Hari Guru pada semua cikgu2 di seantero dunia...
juga pada semua pendidik yang tak lokek berkongsi ilmu bermanfaat dengan insan2 sekeliling...tukang kebun ke, blogger2 ke... cikgu kelas masak memasak ke... cikgu aerobik ke... semualah yang sudi kongsi ilmu tu..



Ilmu bermanfaat yang ditinggalkan....antara amalan yang tidak akan terputus walau jasad dan badan berpisah pergi...



~al-Fatihah buat arwah cikgu Abdul Halim Shah...semoga ditempatkan di kalangan para solihin, ameen~






Tuesday, May 14, 2013

ijazah kehidupan



saya nak minta pulang awal hari ini (pulang awal=balik on time buat saya)... seawal pagi saya memberi hint pada bos, minta pelepasan untuk tidak ditahan bekerja lebih masa petang itu...perlu untuk saya memandangkan majlis nikah teman berlangsung di Semenyih, sepetang Jumaat di Kuala Lumpur pastinya mengundang tamu memenuhi jalan raya, jadinya haruslah merancang perjalanan kan kan kan....hihi

Lama tidak bertemu seisi keluarga, pastinya mengundang tanya pada mereka akan status diri yang masih single mingle tak bape nak hot gitu...kih kihkih...

Ada yang menyuara “takkan tiada?” “memilih ya?”
Tersenyum tanpa kata itu mungkin yang terbaik kala dan tika itu….
Andai dibetah pasti jua kalah, bukan menang dalam bicara yang dijangka, terkadang diam lebih baik pada sesetengah perkara (^_^)

Nak salahkan mereka bertanya pun tidak patut. Mengapa harus sensitif pada perkara yang menjadi norma masyarakat. Dan itu lagi buat kita sukar meluah yang tersirat, huhu

Anggapan…
Sangka mereka, kita yang punya segulung ijazah tentu mahukan pasangan yang begitu jua… status mesti diutama…
Dalam hati saya membetah setiap inci pendapat mereka, tapi dalam hati sahaja lah, malas memanjang bicara..menjaga hati semua itu lebih baik pada perkiraan saya.. bimbang nanti pandangan saya disangkal…apa yang utama, mak faham jiwa saya… memerlukan pasangan hidup yang berkekalan bukan dilihat dari kelayakan akademik mahupun harta yang dimiliki…apa guna kaya dunia, jika nilai agama disisih tepi.. bukan jua meminta alim ulama’ kerna diri sendiri pun tidak sempurna.. cukup sekadar dia (siapa la incik jodoh ni kan…verangan :p) memahami dan menghormati keadaan diri dan keluarga yang hidup serba sederhana…serta faham dan tahu siapa dia Pencipta kita, lantas itu pasti buat kita tunduk tawaduk pada suruhanNYA..

Sekeping kertas dengan logo uni menoktah diploma, ijazah, master, phd mahupun doktorat hanyalah bukti kamu telah menuntut di situ..
Siapa kamu selepas itu, bahagia kamu, berjaya kamu, bukan dinilai dari kertas itu pada jalan kehidupan yang nyata…iya saya tidak menafi tatkala kamu meminta kerja sekian ramai majikan menuntut kelayakan sebegitu..tapi percaya atau tidak sekeping kertas itu tidak mungkin mampu menolak diri menuju jaya tanpa peribadi yang jitu…
Tekun!! Itu kunci…Rezeki!!! Itu janji…
yang pasti untuk siapa jua yang DIA berkehendak selagi ada daya dan usaha, bukan selagi ada ijazah atau master…

Ramai saudara malah rakan terdekat, tidak punya minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Uni, atau yang juga tiada kemampuan berkuliah seperti teman-teman seusia… Berjaya juga mereka bukan kerana sekeping ijazah, tapi Tekad dan Semangat untuk Berjaya…itu membentuk jaya dan bahagia…

Saya ambil contoh terdekat agar apa yang dikata realistik tidak mengundang kata tanpa apa….Suatu masa, kata dua saya beri pada adik samada mahu sambung belajar atau bekerja, walau pada mula mengharap ada yang mengikut jejak ke Uni, bukan untuk membangga..tapi hasrat mengubah nasib keluarga dan pandangan masyarakat terhadap kami yang dulunya umpama hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang…

Dia pilih utk tidak lagi belajar, dan saya tidak boleh memaksa kerana saya juga tidak tahu rezeki dia bagaimana…ikutkan sahaja tapi saya beri syarat dia harus mengambil kursus kemahiran bagi memudahkan mendapat kerja. Kemahiran itu lagi utama dari pendidikan semata yang sering dibangga masyarakat tatkala berdiri megah menerima segulung ijazah.. Syukur, adik mendengar kata walau mulanya liat juga, hehe…Kini dia tidak lagi perlu berkerut dahi memikir hutang pelajaran, tatkala sudah bekerja dengan kemahiran yang diperoleh…syukur ya Rab, saya tumpang gembira…

Telah ditentukan pada setiap kita jalan kehidupan…jangan pernah merungut atas liku hidup yang dilalui… Usah dikeluh andai langkah kaki tidak sama dengan yang lain… Yakin dan Pasti tiap kita ada rezeki masing-masing yang tersembunyi dan perlu diteliti cermat dengan waras akal dan tenang mata hati…

Yang punya sopan budi dan pekerti, yang tahu nilai hidup pada memberi… ia tidak dicatat pada mana-mana kertas, namun dikutip dan digarap dalam setiap gerak dan tingkah,  itu ijazah kehidupan yang sebenar…
Semuga tiap kita akan saling menghormati dan tidak memandang rendah pada nasib setiap insan lain… muga hati kita akan sentiasa disuburkan dengan rasa rendah diri untuk mensyukuri nikmat yang diperolehi…
Selamat dalam perjalanan, punya ramai teman bukan lawan..itu juga nikmat pada yang tahu menghargai (^_^)