Tuesday, May 14, 2013

ijazah kehidupan



saya nak minta pulang awal hari ini (pulang awal=balik on time buat saya)... seawal pagi saya memberi hint pada bos, minta pelepasan untuk tidak ditahan bekerja lebih masa petang itu...perlu untuk saya memandangkan majlis nikah teman berlangsung di Semenyih, sepetang Jumaat di Kuala Lumpur pastinya mengundang tamu memenuhi jalan raya, jadinya haruslah merancang perjalanan kan kan kan....hihi

Lama tidak bertemu seisi keluarga, pastinya mengundang tanya pada mereka akan status diri yang masih single mingle tak bape nak hot gitu...kih kihkih...

Ada yang menyuara “takkan tiada?” “memilih ya?”
Tersenyum tanpa kata itu mungkin yang terbaik kala dan tika itu….
Andai dibetah pasti jua kalah, bukan menang dalam bicara yang dijangka, terkadang diam lebih baik pada sesetengah perkara (^_^)

Nak salahkan mereka bertanya pun tidak patut. Mengapa harus sensitif pada perkara yang menjadi norma masyarakat. Dan itu lagi buat kita sukar meluah yang tersirat, huhu

Anggapan…
Sangka mereka, kita yang punya segulung ijazah tentu mahukan pasangan yang begitu jua… status mesti diutama…
Dalam hati saya membetah setiap inci pendapat mereka, tapi dalam hati sahaja lah, malas memanjang bicara..menjaga hati semua itu lebih baik pada perkiraan saya.. bimbang nanti pandangan saya disangkal…apa yang utama, mak faham jiwa saya… memerlukan pasangan hidup yang berkekalan bukan dilihat dari kelayakan akademik mahupun harta yang dimiliki…apa guna kaya dunia, jika nilai agama disisih tepi.. bukan jua meminta alim ulama’ kerna diri sendiri pun tidak sempurna.. cukup sekadar dia (siapa la incik jodoh ni kan…verangan :p) memahami dan menghormati keadaan diri dan keluarga yang hidup serba sederhana…serta faham dan tahu siapa dia Pencipta kita, lantas itu pasti buat kita tunduk tawaduk pada suruhanNYA..

Sekeping kertas dengan logo uni menoktah diploma, ijazah, master, phd mahupun doktorat hanyalah bukti kamu telah menuntut di situ..
Siapa kamu selepas itu, bahagia kamu, berjaya kamu, bukan dinilai dari kertas itu pada jalan kehidupan yang nyata…iya saya tidak menafi tatkala kamu meminta kerja sekian ramai majikan menuntut kelayakan sebegitu..tapi percaya atau tidak sekeping kertas itu tidak mungkin mampu menolak diri menuju jaya tanpa peribadi yang jitu…
Tekun!! Itu kunci…Rezeki!!! Itu janji…
yang pasti untuk siapa jua yang DIA berkehendak selagi ada daya dan usaha, bukan selagi ada ijazah atau master…

Ramai saudara malah rakan terdekat, tidak punya minat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Uni, atau yang juga tiada kemampuan berkuliah seperti teman-teman seusia… Berjaya juga mereka bukan kerana sekeping ijazah, tapi Tekad dan Semangat untuk Berjaya…itu membentuk jaya dan bahagia…

Saya ambil contoh terdekat agar apa yang dikata realistik tidak mengundang kata tanpa apa….Suatu masa, kata dua saya beri pada adik samada mahu sambung belajar atau bekerja, walau pada mula mengharap ada yang mengikut jejak ke Uni, bukan untuk membangga..tapi hasrat mengubah nasib keluarga dan pandangan masyarakat terhadap kami yang dulunya umpama hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang…

Dia pilih utk tidak lagi belajar, dan saya tidak boleh memaksa kerana saya juga tidak tahu rezeki dia bagaimana…ikutkan sahaja tapi saya beri syarat dia harus mengambil kursus kemahiran bagi memudahkan mendapat kerja. Kemahiran itu lagi utama dari pendidikan semata yang sering dibangga masyarakat tatkala berdiri megah menerima segulung ijazah.. Syukur, adik mendengar kata walau mulanya liat juga, hehe…Kini dia tidak lagi perlu berkerut dahi memikir hutang pelajaran, tatkala sudah bekerja dengan kemahiran yang diperoleh…syukur ya Rab, saya tumpang gembira…

Telah ditentukan pada setiap kita jalan kehidupan…jangan pernah merungut atas liku hidup yang dilalui… Usah dikeluh andai langkah kaki tidak sama dengan yang lain… Yakin dan Pasti tiap kita ada rezeki masing-masing yang tersembunyi dan perlu diteliti cermat dengan waras akal dan tenang mata hati…

Yang punya sopan budi dan pekerti, yang tahu nilai hidup pada memberi… ia tidak dicatat pada mana-mana kertas, namun dikutip dan digarap dalam setiap gerak dan tingkah,  itu ijazah kehidupan yang sebenar…
Semuga tiap kita akan saling menghormati dan tidak memandang rendah pada nasib setiap insan lain… muga hati kita akan sentiasa disuburkan dengan rasa rendah diri untuk mensyukuri nikmat yang diperolehi…
Selamat dalam perjalanan, punya ramai teman bukan lawan..itu juga nikmat pada yang tahu menghargai (^_^)


No comments:

Post a Comment