Monday, February 3, 2014

Merisik ... kerana kaseh kami bertamu (^_^)

12 jam perjalanan semalam masih tak hilang lagi rasa mual, huhu
tabik springgggg la kat depa yang gigih meredah perjalanan duk ulang blk kg KL-Perlis...
kematu pungkok :p

Bermula perjalanan dari KL 8mlm sabtu, selamat sampai di Kuala Perlis kurang lebih 1-2pagi setelah 3x berhenti makan dengan mengikut kadar kelajuan jalan raya yg ditetapkan..pada perkiraannya agak cepat juga kami sampai..lapar punya pasal sempat la pepagi buta masa semua org diulit mimpi, kami duk menjamu selera,ihihi
tunggu makanan sampai :)



Sampai homestay berjaga lagi sampai subuh..menyiapkan sedikit buahtangan untuk dibawa bersama ke majlis tengahari nanti...

Last minute output... ini je idea dan bahan yang ada...


Alhamdulillah dapat juga siapkan hantaran tak seberapa... melelapkan mata kurang lebih satu jam setengah dan bersiap untuk majlis...cepatnya masa berlalu...

Hanya dengan sebuah kereta sahaja rombongan kali ini memandangkan kekangan masa dan lokasi yang jauh... fuhhhh alhamdulillah selesai merisik, rezeki adik dahulu :) sungguh jodoh itu rahsia Allah.. perkenalan mereka menjengah lima tahun, melalui alam maya muka buku, perbezaan umur lima tahun bukan penghalang kasih terbina, semuga Allah memberkati langkah mereka seterusnya (^_^)

Dijamu..makanan laut yg fresh... terasa kemanisannya :)

itu spera bukan karipap, hihi
pandang mcm tak percaya je, mcmane la nak mkn laksa dgn karipap :p

Laksa Kuala Perlis :)

Selesai majlis menjelang Zuhur...berangkat pulang kurang lebih 2 petang, meredah lautan kereta, penatnya sakit2 badan DIA yang tahu, kuatkan juga memandu memandangkan abang dan abah yang kurang sihat..
selamat tiba di rumah kurang lebih 2 pagi...
Pengalaman....pemanduan paling lama, huhu