Thursday, May 28, 2015

Mencari Bakat Diri..cerita sekolah

Dulu2 masa sekolah rendah sukar mulanya melukis..
Kelas seni darjah 1 tak silap yang mengajarnya Guru Besar..memang ingat sangat Guru Besar ni sebab pernah kena cubit kat perut..tak ingat sebab apa, tak siap kerja kot, hihi

Lepas tu belajar seni dengan cikgu wan pula..hensem cikgu nih :p
Kaitan hensem dengan seni???? Tretttttt kihkihkih

Seronok pulak main dengan water colour..
Tapi challenging jugak nak dapatkan water colour. Gigih kumpul suit belanja, maklumla awak ni jarang2 ada belanja..alhamdulillah (^_^)
Antara lukisan yg sangat suka..suka lukis bunga..tiru bunga yang kat sarung bantal, hihi..
Pernah lukis potret tiru gambo Amy mastura ngan ziana zain..

Masuk sekolah menengah, masa form 3 kot, semua hasil kerja seni semua dapat A. And cikgu suka..berbunga2 rase, hihihi

Pastu form 4 takde kelas seni dah sebab amek aliran sains, sebab amek aliran sains? Sebab nak jadi doktor, ye..tu je sebabnya..so amek biologi..
Pendekkan cerite..tak berjodoh dengan cita2..

Cuti sekolah biasa tak buat apa2 samada melukis, buat bunga straw..masa dulu pemes ni. Skrg kalau suruh buat semula tak reti dah..kihkihkih
Masuk form 6 sementara tggu keputusan IPTA, adoiiiii!!!! Nama tersenarai kat aliran sains, parah ni...Kali ni pasti, sgt pasti mmg sains bukan jiwaku. Tekad merayu mintak tukar aliran sastera...alhamdulillah masuk la belajar perniagaan..di sini detik pencarian...ada satu peristiwa menarik dalam tempoh 6 bulan di form 6 (6 bulan je sebab dah dpt tawaran UiTM, alhamdulillah rezeki).. Dapat notis seminggu sebelum pertandingan, cikgu pilih wakil Daerah ke pesta pantun peringkat negeri Pahang. Berkat didikan cikgu bahasa melayu Dari sekolah rendah ke menengah, sampai menengah atas..tak sangka juga ada bakat berpantun...hihihi rezeki lagi..kurang tidur, bangun awal pagi bersengkang mata bersama cikgu bahasa melayu, I miss u cikgu Che' Teh..study kamus dewan cari kosa kata untuk but pantun..huhu ..akhirnya tempat ketiga sahaja utk kami, syukurlah..huhu

Habis cerita pantun...Seronok belajar perniagaan...habis diploma sambung lagi ke ijazah, suka benor belajo meniaga..tak cukup2 rasa nak tagih ilmu..mak pun sampai tau hasrat terendam nak sampai ke sarjana...

Semester 1 di Melaka, bila pensyarah tanya apa cita2? Dengan yakin menjawab, I want to have my own boutique.. Masa bercakap tu baru realize, itulah sebenarnya hasrat dan minat..
Cuti, belajar menjahit, 3hari siap baju kurung..tggl jahitan sikit2 je tak siap.."cpt blaja, cpt dpt. Kalau tak buat, tak ingat" tuju khas padaku..balik Phg, mata lalat pula..gigih menjahit..

Tapi betul la statement Mak angkat tu..sibuk blaja bila nak menjahit..lupa suda semuanya...

Selang beberapa minggu lagi insyaAllah pengajian bakal berakhir, mengharap kesudahan yg baik, lulus pun dah cukup syukur. Tak mahu bertangguh lagi, bimbang kesihatan makin teruk, kesian encik hubby dah banyak kena buli tolong menaip, hihihi
Uihhh tetibe rasa nak nangeh kenang waktu sakit, alhamdulillah Allah pilih utk diuji :)

Pasni...bolehla fokus pada bakat dan hasrat..mudah2an dibukakan jalan...

#kita takkan tau yg terbaik utk kita selagi mana kita belum mencuba yg terbaik sehingga ke akhirnya..
(^^,)