Saturday, October 29, 2011

BOLA



Hari sabtu yang penuh dengan aktiviti...terasa macam hari bekerja pula...bangun pagi sesudah subuh bersiap-siap untuk "site-visit" bagi program khidmat masyarakat dua minggu lagi. Sampai rumah matahari sudah menyembunyi diri..hu hu

Seronoknya menikmati cendawan goreng sambil menonton perlawanan bola sepak piala Malaysia antara Terengganu vs N.Sembilan. Siapa yang anda sokong???????? jeng jeng jeng... rasa hati ni rasa macam nak je turut serta menyokong di stadium...tetapi menonton via kotak berwarna di rumah pun seronok juga..tak percaya???? cuba la lakukan...jika dapat kotak lagi besar tentu lagi seronok...hehe.. (cadangan ini hanya untuk kaum gegirl ye...kaum boboiboy sila beri sokongan di stadium ye...hihi)

Apa beza menonton perlawanan bola melalui tv???
1. Dapat tengok keseluruhan corak permainan berserta ulangan..hi hi
2. Dapat dengar suara pengulas yang best
3. Dapat kenal dan lihat pemain dengan jelas
4. Dapat tengok persekitaran sebenar stadium bola sepak kita
5. Dapat jerit dan dengar suara sendiri sebab tiada orang ramai nak lawan suara kita, hehe
6. Dapat dengar momentum sorakan dari rumah ke rumah
7. Dapat tengok semua aksi pemain (yang ni ada gak yang tak bestnye sebab dpt tgk yang tak patut tgk pun ada...adehhhhh sakit mata....hu hu malu pun ada...)

Bagi saya yang cuma peminat kecil bola sepak ni...menonton perlawanan bola walau hanya dari kotak kecil di rumah sudah cukup mempamerkan betapa kasihannya pengurusan bola sepak negara kita... apatah lagi yang hadir di stadium sudah tentu lagi jelas nampak kekurangannya...TERUK sekali keadaan padang di stadium shah alam... ke mana perginya pihak berwajib...hurmmmmm sayang perkara sebegini dipandang enteng sahaja...



Bayangkan seorang pekerja pejabat dikehendaki bekerja dengan keadaan lantai pejabat yang pecah-pecah dalam suasana berhawa dingin...tentu sahaja boleh mengakibatkan kesihatan pekerja terjejas.
Bayangkan pelajar yang dikehendaki belajar tetapi lampu malap..tentu sahaja mengganggu konsentrasi/mood untuk fokus terhadap pelajarannya.

Saat pemain jersey putih hitam "injured" berdarah di kepala, kelihatan hanya seorang pembantu yang kelam kabut mengeluarkan segala barang yang ada dalam poket doremon beg kecemasan yang dibawa..mencari-cari alat apa yang sesuai digunakan, di saat pemain tersebut dibiar sendiri menenangkan diri. Bukan kah lebih efisyen jika ada dua orang pembantu kecemasan saat itu???

Apa-apa pun...saya suka tengok corak permainan malam ini walaupun pada permulaan perlawanan kedua-dua pasukan agak kelam kabut mencari rentak permainan. Semoga sukan negara kita akan lebih maju...bukan sekadar maju dari segi prestasi permainan, bahkan maju juga dari segi pengurusan...

TAHNIAHHHHHHHHHHHHHHHHHH pada yang menang!!! (^^,)
Keep it up!!

Tuesday, October 25, 2011

encik nyamuk dan mr.pacat......

eeeeeeuuuuuuwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Meremang bulu roma bile teringat kena serangan encik nyamuk bertubi-tubi......dan gigitan senyap mr.pacat....sedar-sedar stoking dah berlumuran darah...
arghhhhhhhhhhh....tolong......kedengaran jeritan dari bilik air...pacat....tolong...... suasana jadi kelam-kabut...mujur ada salah seorang yang berani membuang mr.pacat, "tak boleh bunuh, kita buang sahaja", katanya... yang lain tanpa banyak bicara hanya mengangguk setuju.
Masing-masing segera melakukan "pemeriksaan mengejut", bimbang jika masih ada pacat-pacat yang masih kelaparan dan berkeliaran....
Kata orang kalau hendak masuk hutan dan tak mahu digigit pacat...masukkan kaki seluar dalam stoking dan pakai getah gelang pada stoking....kata orang la... banyak kali juga pengalamanku membuat aktiviti di dalam hutan dan kawasan lembap...tapi ini kali pertama mr.pacat berjaya menjamah darahku...hu hu....sabar je...apa-apa pun, syukur yaAllah, mujur la kakiku cuma tinggal kesan darah dan tak tengok saat pacat menghisap darah.....eeeeeeeeeee tak dapat nak bayang.......ingatkan kena gigit nyamuk, saat mata mengantuk dan badan penat, bintik merah disangka suntikan encik nyamuk...atoiiiiiiiiii

Friday, October 21, 2011

Sukarnya membuat keputusan...

Keputusan a.k.a kata putus adalah suatu perkara yang paling sukar dalam hidup manusia. Sesuatu keputusan yang diambil mestilah difikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjangnya.
Tambahan pula bila ia melibatkan soal hati dan perasaan, hubungan sesama manusia dan pandangan masyarakat. Ia mungkin akan mudah sedikit jika melibatkan wang ringgit sebagai contoh; keputusan untuk membeli kereta atau membeli rumah. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat kajian terhadap kadar harga semasa bersesuaian dengan keperluan jangka masa panjang.
Namun, keadaan jadi sedikit rumit bila ia melibatkan hubungan sesama manusia yang mana dituntut dalam agama supaya sentiasa dijaga keharmoniannya.....Maka jalan tengah yang diambil adalah merujuk kepada yang pakar..
Kita ambil contoh keputusan menghadiri jemputan perkahwinan...
A menerima jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan B semasa A masih berkawan baik dengan C. Sebelum menjelang hari bahagia B, C pernah melarang A untuk terus mempunyai hubungan baik dengan B atas sebab-sebab peribadi C. Namun B tidak mengetahui akan hal tersebut. Selang beberapa hari sebelum perkahwinan, B menghubungi A melalui telefon, e-mail dan juga sms untuk menjemput dan mengingatkan A supaya menghadiri hari bahagianya.
Adakah A menghadiri majlis perkahwinan B??????????????????????????????????????????????????

Tuesday, October 18, 2011

Tips: Preparation for camping or outdoor training

1. T-shirts/blouse
2. Track buttoms
3. Underclothes
4. Sweater/Long sleeved top
5. Windbreaker
6. Raincoat
7. Socks
8. Sport shoes/Rubber soled
9. Sandals/Slippers
10. Cap/Hat/Tudung
11. Personal Medication
12. Insect Repellent
13. Toothbrush & toothpaste
14. Soap & shampoo in container
15. Brush/comb
16. Sunblock/sunscreen SPF 60
17. Deodorant/powder
18. Lip gloss/chapsticks
19. Water bottle
20. Luggage/plastic for used clothes

Saturday, October 1, 2011

Maha Mengetahui....

Saat hati keliru....saat hati berbisik...menitip kata resah dan duka...tiada satu tersembunyi...Engkau Mengetahui...