Thursday, December 22, 2011

Program Khidmat Masyarakat




Lokasi: Rumah Anak Yatim YPIN, Banting, Selangor
Tarikh: 12.11.2001 (Sabtu)

Alhamdulillah berkat usaha berkumpulan, akhirnya hari yang ditunggu tiba jua...ketibaan saya dan rakan-rakan disambut meriah oleh adik-adik rumah YPIN dengan iringan selawat..


Saturday, October 29, 2011

BOLA



Hari sabtu yang penuh dengan aktiviti...terasa macam hari bekerja pula...bangun pagi sesudah subuh bersiap-siap untuk "site-visit" bagi program khidmat masyarakat dua minggu lagi. Sampai rumah matahari sudah menyembunyi diri..hu hu

Seronoknya menikmati cendawan goreng sambil menonton perlawanan bola sepak piala Malaysia antara Terengganu vs N.Sembilan. Siapa yang anda sokong???????? jeng jeng jeng... rasa hati ni rasa macam nak je turut serta menyokong di stadium...tetapi menonton via kotak berwarna di rumah pun seronok juga..tak percaya???? cuba la lakukan...jika dapat kotak lagi besar tentu lagi seronok...hehe.. (cadangan ini hanya untuk kaum gegirl ye...kaum boboiboy sila beri sokongan di stadium ye...hihi)

Apa beza menonton perlawanan bola melalui tv???
1. Dapat tengok keseluruhan corak permainan berserta ulangan..hi hi
2. Dapat dengar suara pengulas yang best
3. Dapat kenal dan lihat pemain dengan jelas
4. Dapat tengok persekitaran sebenar stadium bola sepak kita
5. Dapat jerit dan dengar suara sendiri sebab tiada orang ramai nak lawan suara kita, hehe
6. Dapat dengar momentum sorakan dari rumah ke rumah
7. Dapat tengok semua aksi pemain (yang ni ada gak yang tak bestnye sebab dpt tgk yang tak patut tgk pun ada...adehhhhh sakit mata....hu hu malu pun ada...)

Bagi saya yang cuma peminat kecil bola sepak ni...menonton perlawanan bola walau hanya dari kotak kecil di rumah sudah cukup mempamerkan betapa kasihannya pengurusan bola sepak negara kita... apatah lagi yang hadir di stadium sudah tentu lagi jelas nampak kekurangannya...TERUK sekali keadaan padang di stadium shah alam... ke mana perginya pihak berwajib...hurmmmmm sayang perkara sebegini dipandang enteng sahaja...



Bayangkan seorang pekerja pejabat dikehendaki bekerja dengan keadaan lantai pejabat yang pecah-pecah dalam suasana berhawa dingin...tentu sahaja boleh mengakibatkan kesihatan pekerja terjejas.
Bayangkan pelajar yang dikehendaki belajar tetapi lampu malap..tentu sahaja mengganggu konsentrasi/mood untuk fokus terhadap pelajarannya.

Saat pemain jersey putih hitam "injured" berdarah di kepala, kelihatan hanya seorang pembantu yang kelam kabut mengeluarkan segala barang yang ada dalam poket doremon beg kecemasan yang dibawa..mencari-cari alat apa yang sesuai digunakan, di saat pemain tersebut dibiar sendiri menenangkan diri. Bukan kah lebih efisyen jika ada dua orang pembantu kecemasan saat itu???

Apa-apa pun...saya suka tengok corak permainan malam ini walaupun pada permulaan perlawanan kedua-dua pasukan agak kelam kabut mencari rentak permainan. Semoga sukan negara kita akan lebih maju...bukan sekadar maju dari segi prestasi permainan, bahkan maju juga dari segi pengurusan...

TAHNIAHHHHHHHHHHHHHHHHHH pada yang menang!!! (^^,)
Keep it up!!

Tuesday, October 25, 2011

encik nyamuk dan mr.pacat......

eeeeeeuuuuuuwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Meremang bulu roma bile teringat kena serangan encik nyamuk bertubi-tubi......dan gigitan senyap mr.pacat....sedar-sedar stoking dah berlumuran darah...
arghhhhhhhhhhh....tolong......kedengaran jeritan dari bilik air...pacat....tolong...... suasana jadi kelam-kabut...mujur ada salah seorang yang berani membuang mr.pacat, "tak boleh bunuh, kita buang sahaja", katanya... yang lain tanpa banyak bicara hanya mengangguk setuju.
Masing-masing segera melakukan "pemeriksaan mengejut", bimbang jika masih ada pacat-pacat yang masih kelaparan dan berkeliaran....
Kata orang kalau hendak masuk hutan dan tak mahu digigit pacat...masukkan kaki seluar dalam stoking dan pakai getah gelang pada stoking....kata orang la... banyak kali juga pengalamanku membuat aktiviti di dalam hutan dan kawasan lembap...tapi ini kali pertama mr.pacat berjaya menjamah darahku...hu hu....sabar je...apa-apa pun, syukur yaAllah, mujur la kakiku cuma tinggal kesan darah dan tak tengok saat pacat menghisap darah.....eeeeeeeeeee tak dapat nak bayang.......ingatkan kena gigit nyamuk, saat mata mengantuk dan badan penat, bintik merah disangka suntikan encik nyamuk...atoiiiiiiiiii

Friday, October 21, 2011

Sukarnya membuat keputusan...

Keputusan a.k.a kata putus adalah suatu perkara yang paling sukar dalam hidup manusia. Sesuatu keputusan yang diambil mestilah difikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjangnya.
Tambahan pula bila ia melibatkan soal hati dan perasaan, hubungan sesama manusia dan pandangan masyarakat. Ia mungkin akan mudah sedikit jika melibatkan wang ringgit sebagai contoh; keputusan untuk membeli kereta atau membeli rumah. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat kajian terhadap kadar harga semasa bersesuaian dengan keperluan jangka masa panjang.
Namun, keadaan jadi sedikit rumit bila ia melibatkan hubungan sesama manusia yang mana dituntut dalam agama supaya sentiasa dijaga keharmoniannya.....Maka jalan tengah yang diambil adalah merujuk kepada yang pakar..
Kita ambil contoh keputusan menghadiri jemputan perkahwinan...
A menerima jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan B semasa A masih berkawan baik dengan C. Sebelum menjelang hari bahagia B, C pernah melarang A untuk terus mempunyai hubungan baik dengan B atas sebab-sebab peribadi C. Namun B tidak mengetahui akan hal tersebut. Selang beberapa hari sebelum perkahwinan, B menghubungi A melalui telefon, e-mail dan juga sms untuk menjemput dan mengingatkan A supaya menghadiri hari bahagianya.
Adakah A menghadiri majlis perkahwinan B??????????????????????????????????????????????????

Tuesday, October 18, 2011

Tips: Preparation for camping or outdoor training

1. T-shirts/blouse
2. Track buttoms
3. Underclothes
4. Sweater/Long sleeved top
5. Windbreaker
6. Raincoat
7. Socks
8. Sport shoes/Rubber soled
9. Sandals/Slippers
10. Cap/Hat/Tudung
11. Personal Medication
12. Insect Repellent
13. Toothbrush & toothpaste
14. Soap & shampoo in container
15. Brush/comb
16. Sunblock/sunscreen SPF 60
17. Deodorant/powder
18. Lip gloss/chapsticks
19. Water bottle
20. Luggage/plastic for used clothes

Saturday, October 1, 2011

Maha Mengetahui....

Saat hati keliru....saat hati berbisik...menitip kata resah dan duka...tiada satu tersembunyi...Engkau Mengetahui...

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

I am writing today to express my sincere gratitute to be a Malaysian....A Malaysian specially youngsters should be proud and thankful with our country achievements and development, compared to other developing countries.

Besides this feeling, deep in side my heart...it was something left....supposedly today should be something that i wish to be...but all in sudden, its remain as a dream...a dream of a little princess (e'ceh! perasan puteri lak kan:p) (T_T) Nevertheless.....may Allah always guide me to a right path....

It was wonderfull and cheerfull audiences celebrating Malaysia Day at Dataran Merdeka today, and this has been second year where 16 September announced as public holiday, a day to celebrate the successfull formation of Malaysia as a combination between East and West Malaysia..16 September 1963...

I wish a prosperous year looking forward to all Malaysians...May this harmony and peaceful will not be distracted by any negative influences..

ALLAHU AKBAR! save us...protect us...bless us... ameen ya Rabbal'alamin...

Tuesday, September 13, 2011

sokSeksokSek...Gadis Cantik Pilihan...

En.Dan: Cantik sih aweks tu...
En.Din: Mana...mana...??
En.Dan: Tu...yang bertudung tu...siap balas senyum aku..
En.Din: A'ah la...entah-entah dia senyum kat aku kot..
En.Don: Siapa? Eh, budak ofis aku tu..
En.Dan: Lagi senang la macam tu my fren...hihi
En.Don: Kau jangan main-main bro...budak baik tu...tak dilayan nya...
En.Dan: Belum test power, mana tau layan ke tak...
En.Din: Entah kau ni Don, cepat sangat negative.. ada kawan aku tu sekali pandang memang terserlah la sifat mahmudah dia...tetapi...
En.Don: Tetapi apa???
En.Din: Tetapi...luaran sahaja la bertutup...yang terlindung semua failed..
En.Don: So, apa kaitan cerita kau tu dengan budak perempuan ni??
En.Dan: Alahai...apa la lampi sangat kawan kita sorang ni...Maksud Din tu, perempuan ni senang dijinakkan..tak kira la macam mana baik pun kau tengok dia dari segi luaran..
En.Don: Owh...tetapi...kita kan lelaki yang sepatutnya bawa diorang............
En.Dan: Bawa pergi jalan-jalan? ha ha...Sudah la...kau nak join tak ni...(sambil berlalu)...

**Astargfirullahal'azim...

Thursday, September 8, 2011

SOKsekSOKsek...Calon Super Hebat

Cik Tan: Nak cari suami nanti yang boleh jadi imam solat..
Cik Tin: Macam mana nak tau?
Cik Ton: Kat office i hari Jumaat staff lelaki selamber je tido tak pergi solat Jumaat.
Cik Tan: Really? Diorang tak segan ke?
Cik Tin: Glup! a'ah kan...
Cik Ton: Ada gak yang solat 5 waktu, tapi malam-malam clubbing... kalau yang super hebat lak ibadat tak tinggal tapi "main perempuan"...
Cik Tin: Itu bukan super hebat tapi super habat!!!

Astargfirullahal'azim...

Sunday, September 4, 2011

Sayonara Ramadhan..Irasshaimase Syawal...

Cepatnya masa berlalu...Ramadhan dah pun mengucapkan sayonara.. (T_T)..tak tahu la kamu semua dapat rasa tak apa yang saya rasa..hurmmm macam tak puas meniti Ramadhan..sebulan dirasakan sangat singkat..orang lain puasa 29hari, saya puasa kurang sikit 29hari...upps! itukah sebabnya saya rasa tak puas menikmati Ramadhan ek...:p
emm tak jugak...wanita-wanita normal yang lain pun sama macam saya...hurmmmm pikir lagi..Kata orang-orang terdahulu, bila masa dirasakan singkat, itu petanda dunia di akhir zaman...huuuu berderau jantung rasa nya...Rasanya baru je sambut Ramadhan tahun lepas...tup tup dah pun sempurna Ramadhan tahun ni...Puasa menambah sabar, terawikh mengimarahkan masjid, merdu gemersik bacaan ayat suci al-Quran..sedekah jariah..antara perkara yang amat sinonim dengan bulan Ramadhan. Yang mana satu agaknya pilihan kita??? Boleh pilih kah?? hihihi, kaut sama rata je semua tu, kan ke lagi untung ma...hihi
Raya oh raya, mungkin sebab dah tak kanak-kanak makanya mood raya tu tidak la macam zaman kanak-kanak ribena dulu kan, hihi..Raya pertama dan kedua, menu utama mak la yang masak kan..hihi saya take turn masak yang simple di hari ketiga dan seterusnya, belasah je..dan sebab belasah je bagi memenuhi permintaan adik yang nak makan makaroni goreng, maka terhasillah makaroni goreng pedas, ha ha mesti kamu semua tak pernah dengar kan menu ni???ehehee.... selalu goreng basah ke, goreng mamak ke.. kesahnye sebab tak biasa masak guna cili kering, orang bujang la katakan, kat rumah sewa masak-masak ni guna cili giling puteri je..almaklum, saya kan puteri..upps!ehikhik :p
Dan setelah sekian lama tak main bunga api, malam raya tu saya dan adik main mercun..hehehe..mercun apa agaknya kan????? jeng jeng jeng....
Tentu lah mercun mancis je...:p hi hi (itu pun takut-takut...ngeeeee)
Raya oh Raya, awatla terasa macam zaman belajar ni..cuti raya pun ada assignment. Ada ke patut bawa balik keje...dan namanya pun macam zaman belajar kan...macam biasalah, fail dibawa ke hulu hilir, ada la juga belek-belek beberapa muka...tapi tak buat pun. ha ha sama je macam masa student dulu, punya berat bawa balik buku, tapi satu assignment pun tak buat, hu hu...
ok lah, Selamat Hari Raya, Hati-hati walau di mana anda berada...Jangan mencari kesempurnaan kerana setiap kita ada kekurangan..Maaf Zahir dan Batin...



Saturday, August 13, 2011

Macam-macam: Kad

Perjalanan menuju ERL...

Si Polan L: Kakak...(tiba-tiba muncul di hadapan sambil menunjukkan sekeping kad)
Si Polan P: Ha? (sambil muka pelik tengok wajah tidak dikenali)
Si Polan L: Ini ada kad, bagi sama kakak..
Si Polan P: Nak buat apa?
Si Polan L: Kakak buka, nanti tengok warna apa, ada hadiah ka tada..kakak biasa pergi shopping mid valley? (dialek macam org India @ Bangla, tidak dapat dikenal pasti)
Si Polan P dengan penuh tatatertib mengoyak keratan "kad" tersebut.
Si Polan L: Kakak orang Melayu ke? (Sambil bertanya kepada Si Polan P yang bertudung-KERAGUAN 1)
Belum sempat Si Polan P menyempurnakan misi mengoyak, tiba-tiba diambil semula dek Si Polan L untuk ditolong koyakkan...-motif tolong koyakkan????-KERAGUAN 2. Sambil mengoyak dia bertanya lagi:
Si Polan L: Kakak tinggal mana? Umur berapa? (Apakah kaitan umur, tempat tinggal dan kad tersebut?-KERAGUAN 3)
Si Polan P: Tak perlu la tahu i tinggal mana (mode:malas nak layan..kerimasan melanda)
Si Polan L: (Siap mengoyak kad) Eh kakak, ini warna kelabu...hadiah...beli...diskaun...bla bla bla bla...
Si Polan P: Hah? Tak paham...u boleh cakap English tak?
Si Polan L: Tak pandai.. (sambil sengih dan terus men"jelas"kan lagi)
Si Polan P: I tak paham la..
Si Polan L: Ini (sambil tunjuk kertas mengandungi gambar pelbagai hadiah menarik)...dekat situ sahaja..bangunan itu..jln kuchai..bla bla bla..
Si Polan P: So, sekarang nak buat apa? Ini hadiah dapat diskaun masa kita pergi beli ke?
Si Polan L: Bukan..bukan..kakak ikut saya sekarang, pergi itu bangunan (sambil tunjuk ke arah bangunan)
Si Polan P: Hah??? tak apala.... (blah time!!!)

**never talk with the stranger
....macam-macam ada...

Thursday, August 11, 2011

Oh hujan...

Kringggggggggggggg.....
Jejari runcing pantas menekan "snoze" dan mata pun tertutup rapat..
Ditemani cuaca sejuk rentetan hujan semenjak malam tak henti2 menyuburkan bumi..Selimut ditarik kemas membaluti tubuh....

Selang lima minit~Kringggggggggggg....

Dalam kemalasan tahap dewa, kepala diangkat perlahan..cuba menggagahkan diri melawan perasaan, bukan melawan syaitan kerana syaitan sedang bercuti rasmi selama sebulan..
Jam terus berdetik menunjukkan kurang tiga puluh minit ke waktu imsak..
Selesai mengalas perut, aktiviti bersamaNya dilaksana sejurus azan gemersik berkumandang..menyuci diri, menyerah pada yg Kuasa..

"arghh, sambung tido best ni..sejuk betul hari ini.." suara hati berbisik..
Badan rebah kembali berbekal bantal-bantal peneman kala lena..

"i want nobody, nobody but you"..riang gembira nada dering telefon mengejutkannya dari lena..

"hei, tak bangun lagi ke?" terjah ima jelas di cuping telinganya..
"sejuk...best tido.."
"haiyooo..pukul berapa dah ni..nak kena macam hari tu lagi ke"
"hah!!!" buntang matanya mengenang peristiwa seminggu lalu..
"okey okey..i'm coming" telefon dimatikan..serba tak tentu hala dibuatnya..geram juga pada sahabat baiknya itu yg tak pernah jemu menghubungi jika dia tidak kelihatan bila kelas hampir bermula..

Hujan lebat semalaman menyuburkan bumi..menemani seisi alam yang pastinya lena menghayati malam berlalu..sekaligus turun memberi kesan pada keadaan semulajadi persekitaran..jalan agak basah, kereta bergerak tidak seperti biasa..hujan masih tidak berhenti membuatkan pemandu masing-masing berhati-hati..

"aduhai....lambat lagi ni...teruk la camni" suara kerisauan mula menyesakkan fikirannya..

Gedeganggggg!!!!!

"Allah!"

"Hei budak......"

---------------to be continued---------------

Tuesday, August 9, 2011

Hanya Kau Yg Tahu...

Kita semua ada hak bersuara...tp siapa yg faham bahawa kita punya hak itu?
Bila seorang anak menyampaikan...meluahkan suara hati...mempertahan hak nya..namun lain pula difahami si ayah..anak menentang kata, derhaka dilabel...pedih meruntun hati, bila soal pendidikan dicampur aduk..apa guna pendidikan tinggi jika tidak berjaya mengurus diri, tidak menghormati org tua...tokok nya lagi...

Allah hu Akbar...Tuhan Yg Maha Mendengar..

Bicara hati si anak tetap jua tak difahami...dan sehingga sekian lama dia terus memendam rasa..Luarannya tampak bersahaja, namun hati remuk tak siapa yang tahu...dan rahsia itu tetap jua tersemat di kalbu...


------to be continued-------


Monday, August 1, 2011

Senyum... tak perlu kata apa-apa


Senyum.. tak perlu kata apa-apa..
Bilamana ada yg mengherdik..mencerca...
Bilamana teguran ikhlas dibalas sindiran..
Bilamana pertolongan disalah erti..
Bilamana kebaikan dibalas sangkaan buruk..
Ucaplah alhamdulillah...dan bersyukurlah kerana kamu masih dalam perhatianNya..

JANGAN berhenti memberi teguran tok kebaikan..
JANGAN berhenti berbuat baik sesama insan..
JANGAN putus asa bermohon kebaikan dariNYA..

Telah tertulis dalam KalamNYA..yang bermaksud...:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk. (An-Nahl:125)

Maka....senyum lah...senyum, tak perlu kata apa-apa :)

Salam Ramadhan 1432H~
Maaf atas segala salah silap~
Jaga diri, Hiasi peribadi (^^,)

Monday, July 25, 2011

Bila Rindu Bertamu...---<<@



Hati resah...tak keruan..saat mata dipejamkan..minda masih tetap jua aktif bekerja...aduh...apa lagi dipikirin...
"ke kanan, ke kiri, ada saja wajahmu..mengapakah terus, terus dia menjelma" (eh, mcm diubah suai je lirik ni.. :p

Kamu2 semua mesti pernah gak rasa camni kan..rindu pada mak ayah, rindu pada atok dan nenek...kwn2 dan yg seangkatan dgnnya...Jadinya apa kamu buat eh? hu hu

Saya?? ntah! xtau... dah rindu..rindu la..ha ha..
Paling2 kuat pun tiba2 pipi dah basah..upps! terbagitau la pulak..adehh..

Emm teringat arwah abang dan atok..mesti nangis punya lah...uhukhuks..

Abang pergi mengadap Ilahi saat umurnya 13tahun..kata org, org baik2 ni selalu pergi awal..wallahu'alam..apa pun, semuga beliau tenang di sana..
Mungkin ada benarnya kata mereka2 tersebut..abang lemah lembut orgnya..mana nak marah2 ni..klo diingat2, rasanye xde kot kena marah ngn dia..i means, xde pun melekat sbrg rase kecik ati kat hati ni..
Mak cite..dekat2 abang nak "pergi", abang wat kuih macam2..dan besar2..abang kata kat mak, nak gi umah abah, jumpa abah dan adik beradik yg lain....
huarrrrghhhh, xleh tahan dah ni (T__T)
.........pause...........
1 April 2011, balik kg ziarah Tok dan Wan..sampai pun dah ptg, cam bese bile sampai...siap la kemas pe patut dan masak tok mkn mlm... ingat lagi perbualan ngn mak, "xlambat ke yu nak wat bubur?"..."ala, xpa, kejap je..."
memang bab2 buat bubur ni saya suka, hihi...tapi bubur nasi je la..hu hu..em masa tu cuma terpikir nak bagi Tok senang makan..a.k.a senang telan..
OK bubur siap :).. Mak suapkan Tok...YaAllah, sayu sgt tgk Tok masa tu...saya dan adik dudukkan Tok sambil mak suapkan bubur..alhamdulillah habis semangkuk...

21 April 2011 - Jadual perjalanan ke Melaka pukul 5.30 ptg, jadi pagi tu kena keje dulu lah..xbest kan?hihi..Dgn beg AF tu, saya pun bawak la terus ke opis... pukul 11pagi, menerima panggilan dr adik..saat tu menggigil satu badan, Ya Allah..Tok pergi jua mengadap Ilahi..
DIA lebih tahu apa yg terbaik...memang semenjak ziarah Tok awal bulan dulu, rasa sayu sgt..dlm doa mohon semuga Allah berkati usia Tok..
DIA permudahkan segalanya, dlm kekalutan waktu dan keadaan diri yg xbleh nk bergerak sbb menggigil (xleh kontrol), Allah bagi saya berfikir dgn baik, saya contact adik beradik dan rancang perjalanan semua, alhamdulillah kami sume selamat sampai kampung dan urusan pengkebumian juga lancar..segalanya mudah..Allah mudahkan sy, beg yg dibawa utk ke Melaka, bertukar laluan perjalanan..
Memang berat nak tampung kelopak mata dari terus membasahi pipi, tapi apakan daya...yg hidup pastikan mati, pergiNya mengadap Ilahi, semuga Arwah abg dan Tok ditempatkan di kalangan para Solihin...ameen ya Rabbal A'lamin...

Saya sgt rindu kalian...(T___T)
p/s: Umur saya dah ....... tahun.... rasanya xbyk sy sumbang utk Agama, keluarga dan masyarakat lagi...Jadi, mari kita perbaiki diri, bila rindu sanak saudara yg dah pergi, segeralah insafi diri, selalu fikir tentang mati, barulah kita tahu yg kita hidup adlh utkNya..

Monday, April 4, 2011

doktor oh doktor

dulu kecik2 mak pernah tanya...nt da besar nak jd ape?
"doktor, nt boleh rawat mak if mak sakit"
wah!! sgguh konfiden menjwb... :p
emmm arini jumpe doktor lg...terserempak ngn sorg akk opis department sebelah..dia MC due to migrain, x g keje, cik abg dia yg anta, siap ambilkan ubat utk husband dia. eh, husband akk mana? (tanya ala2 wartawan melodi :p)
"husband akk kt bwh, dia takut nak jumpe doctor, dia xnak dgr doktor nasihat2, ckp2 mcm2 berkaitan penyakit dia" hikhiks kelakar lak...
emm blood pressure doc kata not so ok... habis di check sume tempat td dek doc tu..siap bg soklan cepu lemas lg..ha ha..
hurmmmmm patut la td ada brother kat opis tegur. siap dtg dekat, ingatkan nak wat ape..just nak ckp, 1st impression bile tgk u nampak xsihat..hurm patutla 2 kali msuk bilik bos tiap kali tu jgk dia tye "u, ok ke ni?" hurmm cmno nak nek flight esok ni...xpe la, tawakal je la kan...klo collapse pun, msuk je hospital...ha ha...ambulance kan byk, leh rase trip VIP, sume org bg laluan kt jalan raya...ngeeee
emmm last year nek flight mse nak fly and lending tu otak rasa mcm kena vakum.. tp mse tu xtau pun pesal.. emm so td p la dptkan tips doc sikit...hehe
nt u mkn panadol 2 biji b4 naik flight and sumbat kapas dlm telinga.
baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk doktor!!! :)
usaha tu penting....walaupun dlm hati rasa xbest sbb nak kena p tmpt yg sgt pedalaman..dah la akk sorg tu xjd p..nt i tido seseorg...uhukhuks...

YaAllah, berkati langkahku..bantuku dlm setiap tindakan ku...ameen...

Thursday, February 10, 2011

apa makna SAYANG pd ibu bapa mu????

SAYANG a.k.a love...or luv or kasih or apa2 la seumpamanya..
Anas bin Malik berkata: “ Aku pernah duduk di sisi Rosulullah, lalu lewatlah seorang laki-laki. Ada laki-laki lain dari suatu kaum yang berkata, Wahai Rosulullah, sungguh aku sangat mencintai (menyayangi) laki-laki itu. Rosulullah bertanya, Apakah kamu telah memberitahukan hal itu kepadanya? Laki-laki itu menjawab, Belum. Rosulullah bersabda, Berdirilah, dan beritahukanlah kepadanya. Maka laki-laki itupun berdiri menghampirinya, ia berkata, Wahai saudaraku, demi Allah, aku mencintaimu karena Allah. Lalu orang tersebut menjawab, Semoga Allah juga mencintaimu karena kamu mencintai karena-Nya.” (HR. Ahmad, no.1198)

Abu Hurairoh berkata: “Ada seorang laki-laki datang ke Rosulullah, lalu bertanya, Wahai Rosulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk kuperlakukan dengan sebaik mungkin? Rosulullah bersabda, Ibumu. Lalu ia bertanya, lalu siapa? Beliau menjawab, ibumu. Ia betanya, lalu siapa lagi? Ibumu, jawab Rosulullah. Ia bertanya lagi, lalu siapa? Bapakmu, jawab beliau. (HR. Bukhori)

Kisah nya bakti ibu dan ayah yg terabai...Semakin hari ku menyaksikan dan mendengar pelbagai ceritera melalui rakan2 teman2 sanak saudara yg meluah rasa berkongsi cerite...YaAllah selamatkan aku dari menjadi anak yg membebankan ibu bapaku...seandainya hidupku ini hanya buat mereka terluka...pandulah aku ke jlnMu, aku pasrah mengadapMu dari hidup di dunia tanpa barakah kedua ibu bapaku...(T_T)

Si anak yg sibuk mengejar dunia...sedang ibu dan ayah sibuk melawan sakit, terlantar di ruang sepi..entah makan entahkan tidak...

Tatkala anak masih belajar, si ibu ayah sanggup korbankan masa kerja, lewat masuk kerja...memujuk anak masuk ke kelas yg kononnya cikgu garang..menebalkan muka mengadap pengetua gara2 si anak ponteng sekolah..berhutang, korbankan keinginannya utk beli brg2 yg diingini suatu ketika dulu bg membayar yuran pengajian si anak.. Kini anak2 sudah bekerja, walaupun xsemewah mana tp si anak dah berupaya beli hp sendiri, mkn di restoran mewah2, beli brg berjenama..ibu ayah xpernah minta apa2..terus setia dgn doanya muga si anak bertambah rezeki..

Kini si anak rasa makin boleh bergerak sendiri, balik ke rumah menjenguk ibu ayah jarang sekali, apakan menelefon bertanya kabar...sms pun berkire...Ibu ayah xminta apa2, terus doa lagi muga anaknya sentiasa gembira dan dimurahkan rezeki...tapi si anak lain pula bicaranya..si ibu ayah berusaha buat yg terbaik utknya sedari dulu dan utk masa depannya namun skrg si anak rasa dirinya sudah cukup "besar" utk menentukan hidupnya, tindakan dan nasihat ibu ayah dipertikai...Egonya semakin meninggi, kata dia sahaja yg betul..apa yg diusaha keluarga untuknya terhijab oleh apa tidak pasti...yang pasti, dia tidak langsung sedar dlm senyum ibu ayah yg gigih menasihatinya, terpahat kelukaan di hati...ibu ayah tak minta apa2, hanya mengharap si anak faham..menghargai dan menghormati akan usaha mereka yg sentiasa menginginkan yg terbaik utk si anak...

Hari ini si anak masih juga begitu, mengutamakan kepentingan sendiri dari ibu ayahnya kerana padanya mmg HAK ibu bapa mendidik dan menjaga anak2...namun si anak lupa tentang HAK nya pula pd ibu ayah..HAK seorg anak untuk menjaga kebajikan ibu ayahnya..bukan wang ringgit yg dipinta...cuma kesedaran si anak untuk menghormati ibu ayah dan mengikut kata mereka selagi mana tidak bercanggah dgn syarak...

Semoga kita yg masih punya ibu ayah disedarkan dan dibuka mata utk memahami bahasa jiwa ibu ayah..mereka sampaikan sesuatu selalunya dengan perbuatan, kerana anak2 hari ini makin kurang yang boleh ditegur dgn perkataan....

Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Sahih Imam al-Bukhari)

Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Selamat jd anak yg beroleh restu ibu ayah dlm meraih restu Ilahi...peace~

Thursday, January 6, 2011

pening vs sakit kepala

What is the difference?
What is the impediment?

Yang i tau..sakit kepala tu bahagian kepala mmg akan sakit, tapi klo pening ni tak rasa sakit pun, cuma pandangan mcm berpinar2/berpusing2 yg pasti membuat anda tidak selesa dan dibimbangi pitam/jatuh pengsan.
Sakit kepala samada di bahagian sebelah kiri sahaja, kanan sahaja, belakang atau depan biasa dikaitkan dengan migrain..if that person ada resdung, the situation might become worst, normally they will get headache in the early morning and late afternoon..dan selalu terjaga malam sbb tak selesa.. (Allah kejutkan suh bangun solat kot...hihi :p)
APA UBATNYA????---> tiada ubat,tapi boleh dikurangkan...itu kata doktor..jaga pemakanan sbb setiap org mengalami alahan pada tahap yang berbeza. Maka timbul la kata2 sumbangsih rakan2 mahupun insan tak dikenali.."alahai, ruginya tak leh makan ini, tak leh makan itu, hilang nikmat dunia" padahal klo org yg bercakap tu leh di"pause" and bagi dia pikir semula, tentu dia akan cakap.."bumi ni penuh dengan pelbagai tumbuh2an..tanaman..ternakan..yg darinya Allah ilhamkan kita tok hasilkan makanan..ada macam2 jenis...tak dapat makan satu jenis, tapi still ada macam2 yg lain leh dimakan" :)
Orang resdung biasanya alah pada belacan dan udang.. Tapi kata doktor, ada juga yg alah pada buah oren. "Really??" mata bulat kian membulat.hihi... macam pelik, tp benar.
Bagi yang ada migrain, simptom2 biasanya mengalami sakit kepala ringan a few days before the heavy migrain attack. Ha..masa ni siap sedia la tok rehatkan diri..xyah la ngengada nak tunjuk rajin p keje and buat aktiviti yg memerlukan perahan otak..silap2 mahu rasa nak hantuk kepala pada benda keras..hu hu.. bagi meredakan kesakitan, elakkan main game kt komputer berjam2 lamanya, berjalan tgh2 panas/kena hujan and minum ais..dan sila la wat aktiviti santai seperti duduk di pantai (mana nak cri kat bndr ni :p), p spa ke manjakan diri..atau pun tonton muvie/bce cite2 yg ada sense of humour kerana secara psychology nya, ketawa dan perasaan gembira boleh mengubati kesakitan.
PENING oh pening...xsakit pun camne nak mkn ubat..makanya berjumpa lah doktor yg lg pakar. emm tekanan darah ok, denyutan nadi pun normal..so??? hurm...dlm keadaan duduk, baring, berjalan, berdiri..dunia seolah inbalance..why???? hurmmmmmmmmmmmmm