Thursday, August 11, 2011

Oh hujan...

Kringggggggggggggg.....
Jejari runcing pantas menekan "snoze" dan mata pun tertutup rapat..
Ditemani cuaca sejuk rentetan hujan semenjak malam tak henti2 menyuburkan bumi..Selimut ditarik kemas membaluti tubuh....

Selang lima minit~Kringggggggggggg....

Dalam kemalasan tahap dewa, kepala diangkat perlahan..cuba menggagahkan diri melawan perasaan, bukan melawan syaitan kerana syaitan sedang bercuti rasmi selama sebulan..
Jam terus berdetik menunjukkan kurang tiga puluh minit ke waktu imsak..
Selesai mengalas perut, aktiviti bersamaNya dilaksana sejurus azan gemersik berkumandang..menyuci diri, menyerah pada yg Kuasa..

"arghh, sambung tido best ni..sejuk betul hari ini.." suara hati berbisik..
Badan rebah kembali berbekal bantal-bantal peneman kala lena..

"i want nobody, nobody but you"..riang gembira nada dering telefon mengejutkannya dari lena..

"hei, tak bangun lagi ke?" terjah ima jelas di cuping telinganya..
"sejuk...best tido.."
"haiyooo..pukul berapa dah ni..nak kena macam hari tu lagi ke"
"hah!!!" buntang matanya mengenang peristiwa seminggu lalu..
"okey okey..i'm coming" telefon dimatikan..serba tak tentu hala dibuatnya..geram juga pada sahabat baiknya itu yg tak pernah jemu menghubungi jika dia tidak kelihatan bila kelas hampir bermula..

Hujan lebat semalaman menyuburkan bumi..menemani seisi alam yang pastinya lena menghayati malam berlalu..sekaligus turun memberi kesan pada keadaan semulajadi persekitaran..jalan agak basah, kereta bergerak tidak seperti biasa..hujan masih tidak berhenti membuatkan pemandu masing-masing berhati-hati..

"aduhai....lambat lagi ni...teruk la camni" suara kerisauan mula menyesakkan fikirannya..

Gedeganggggg!!!!!

"Allah!"

"Hei budak......"

---------------to be continued---------------

No comments:

Post a Comment