Sunday, December 30, 2012

Hilangnya seorang sahabat


“nt akk blk raub singgahla…Rindu akk”
Bagai terngiang2 ayat2 itu saat menatap wajah yang terbujur kaku…bagai mimpi ia berlaku…

Sungguh Allah lebih menyayanginya…. Moga dia tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solihin…
Terdahulu sebelum beliau….
Perkara yang sama menimpa seorang sahabat…izin Allah menemukan saya dgn sahabat lama…sama2 berada di tingkatan enam rendah sebelum saya melanjutkan pelajaran ke UiTM Jengka.  Kurang lebih tujuh bulan kami belajar bersama2. Rancak perbualan kami membawa kepada cerita peribadi yang lebih mendalam. Beliau rupanya dalam proses pemulihan sepenuhnya (InsyaAllah) dari sakit sekian lama gara2 phd manusia.. mungkin yang tidak mengalami belum tentu mampu percaya melihat apa yang dilaluinya..luah beliau mengungkap rasa hati.. kembali ke kampung untuk berubat, berusaha selagi terdaya…
Alhamdulillah kala pertemuan kami, wajah cerianya kembali terpamer…muga ukhwah yang terbina utuh, walau jarak memisahkan…’

Sekelumit rasa terkilan…
Mungkin saya mengambil kisah sahabat ini yang membolehkan fikiran saya menjangka arwah juga boleh pulih.. dari sehari ke sehari perancangan untuk melawatnya tertangguh dek aktiviti2 bersama keluarga dan lain2.
Gerak hati pagi hari tanggal 27 Disember 2012 menghubunginya melalui komunikasi maya…lantas membawa kepada perkabaran beliau telah kembali menemui DIA yang satu selepas asar hari yang sama…
Kelopak mata basah, berulang kali membaca kiriman whatsapp yang diterima, mencari kekuatan menerima kenyataan yang berkira2 mahu melawatnya kala hujung minggu…
Sebenarnya kami tidaklah serapat mana, cuma kenal dan berhubung kerana pernah sama2 belajar di UiTM, dan ketika itu saya terlibat sebagai committee members semasa program induksi beliau sebagai pelajar baru... Saya senang menerima ukhwah dari sesiapa jua yang ikhlas bersahabat, lantaran itu saya agak mudah tersentuh hati jika sesuatu menimpa insan yang pernah dikenali walau hubungan tidaklah seakrab mana..

Pertemuan kami yang terakhir, beberapa bulan lepas tatkala beliau meminta pertolongan menemani membeli brg2 keperluan utk berubat. Melihat beliau yang tabah menghadapi ujian…derita atas tindakan manusia yang entah kenapa tergamak melakukan… hilang wajah cerianya.. tapi semangatnya kuat, kagum melihat!

Siapa yang mampu menjangka…kala usianya yang masih muda…kecil molek orangnya…bijak dan petah berkata2…menemui Yang Satu lebih dahulu dari kita…
Muga saya belajar dan dipermudahkan untuk tidak lagi mengulangi melewatkan hasrat hati melakukan apa jua perkara yang baik..
Al-Fatihah buat sahabat dan saudara seIslam yang telah kembali mengadap Ilahi…

Saturday, October 13, 2012

Dari dapur kecil ku...


Kebelakangan ni keinginan makan bertambah tapi terkadang tak berselera untuk makan...eh macam mana tu kan..he he...
Kalau di kampung, penyelesaiannya amat mudah, tumbuk je cili buat sambal tempoyak...pergi belakang rumah petik ulam raja..pasti makan bertambah2, he he

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tengok apa yang berjaya dihasilkan di dapur kecilku.. (>‿◠)✌ 

~Sambal Tempoyak Ikan Bilis~ 


~Cream puff with Custard cream~
dah lama teringin nak buat ni sbb mmg suka rasanya yang gebu dan krim kastad yang xmanis sgt...akhirnya dapat juga hasilkan sendiri..hasil pencarian resepi dr en. google..bertemu la  mat gebu di alam maya..spesel thanks to him yg sudi berkongsi resepi  (✿◠‿◠)


Trauma VS Fobia...

Lama rasanya tidak menjengah ke blog sendiri...beberapa hari ni singgah membersihkan sesawang yang ada, macam rumah usang la pulak kan...he he...
Bukan tiada cerita yang ingin dikongsi, malah terlalu banyak yg ingin dilukis agar bisa menjadi paparan warna-warna kehidupan sehari-hari... 

Hari ini hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman...40km/j, 60km/j bersilih ganti....jarang2 dapat menekan pedal ke 80km/j... Gerakan kereta yang perlahan membawa ingatan kembali pada malam menyambut ketibaan Ramadhan 1433H yang lalu... 

Hari itu rata-rata semua orang menanam hasrat menyambut ketibaan Ramadhan bersama keluarga, tambah2 insan bujang sepertiku...Mahu juga merasa kemeriahan berkeluarga..Syukur Ya Allah walau diri ini masih sendiri namun daku punya keluarga yg menyayangi..Alhamdulillah.. (^__^) Keluar dari "office" menaiki "LRT" terus ke rummah sewa mengambil kereta... "Dengan NamaMU ya Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, lindungilah perjalananku, hanya padaMU aku bertawakal".... vrooommmmmmm perjalanan bermula.... 

Pandangan mata ditajamkan, memberi tumpuan pada jalan yang agak kabur dek hujan lebat mencurah bumi..kereta dipandu perlahan, langkah berhati-hati.... Hujan sudah agak reda tatkala menuruni kawasan bukit tinggi.. Kereta di hadapan selang beberapa minit menekan brek menunjukkan langkah berwaspada..Saat itu stereng dipegang kian rapi, brek kaki ditekan penuh teliti menuruti rentak pemanduan di hadapanku...Tiba-tiba kereta di depan seakan berhenti, telah ditekan brek kaki namun tayar keretaku tidak selari, sekejap ke laluan kiri...sekejap ke laluan kanan...berulang-ulang beralih arah dalam 3 ke 4 kali.. saat berada di laluan kiri itu sempat jua mataku mengerling beberapa buah kereta berhenti di lereng bukit...mujur di belakang tiada kenderaan yang rapat... 

Melepasi keadaan genting, kereta dikekalkan di laluan kiri...beristighfar panjang, dada berdegup kencang, syukur sangat pd Ilahi yang menyelamatkan diriku dari kecelakaan.... Saat cuba menenangkan diri, sebuah kereta di belakang seakan mengikuti...agak lama jua...mungkin pemandunya ingin memberi pertolongan seandainya daku berhenti meminta bantuan..Namun dek cuaca yang kurang baik dan malam semakin menjengah, tiada kekuatan diri untuk berhenti..Akhirnya, kereta itu yang dipandu sepasang suami isteri berlalu melepasi meninggalkan daku yang masih berusaha menenang diri.. 

Hanya setelah sampai di Genting Sempah barulah perjalanan berhenti seketika, memeriksa tayar sekiranya ada yang tidak kena...Semuanya dalam keadaan baik.... 

Sampai di rumah bonda selesai menunaikan solat Maghrib, bergegas ke masjid...Alhamdulillah dapat jua mengikuti Tarawikh malam 1 Ramadhan 1433H.. Sesungguhnya masa ini milikMU, ya Rab... 

Kuceritakan detik cemas itu pada abangku...dan katanya, mungkin jalan licin/berminyak menyebabkan tayar keretaku berpusing...dan mungkin 4,5 buah kereta yang berhenti di lereng kiri ketika itu adalah mangsa awal sebelumku... 
Bila diingat kembali, memang tidak pernah ada kereta yang berhenti di lereng bukit itu, hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm Syukur....syukur dan syukur....semoga daku bisa menghargai tiap detik yang dipinjam olehNYA... 

Dan kerana kisah inilah..sebelum memasuki tol gombak siang tadi, daku berhenti seketika di kaki jalan...berfikir2 samada mahu meneruskan perjalanan atau berpatah balik, lantaran hujan yang sangat lebat...trauma...atau fobia...bimbang keadaan sama berulang kembali...Alhamdulillah, dalam gerak perlahan...sampai jua di di rumah bonda.. 

Setiap hari daku belajar sesuatu...Berdoa dan berusahalah untuk melakukan yg terbaik keranaNYA...DIA pasti mempermudahkan urusanmu, InsyaALLAH... (^^,)

Saturday, February 4, 2012

Makan gaji atau kerja sendiri??-Mana Lebih Bagus?

Biasa kan dengar ayat ini...
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH STRESSSSSSSSSSNYEEEEEEEEEEEE" (~_^)

Tetapi jarang2 dengar orang kata...
"arghhhhhhhhhhhh tertekannyaaaaaaaaaaaaaa" (~_^)

Ini adalah kerana nak sebut perkataan TERTEKAN lebih "stress" berbanding sebut perkataan "stress" ;p he he

Alkisah ayat2 ini amat biasa diungkapkan dek para pekerja makan gaji mahupun yang bekerja sendiri.

Salasilah ringkas pekerja makan gaji:
-Waktu bekerja adalah 8/9jam sehari contohnya 9pg-6ptg, 7.30pg-4.30ptg, 3ptg-11mlm;
-Ada peruntukan cuti tahunan dan cuti sakit;
-Ada cuti kecemasan contohnya isteri bersalin awal dari tarikh jangkaan (cuti kerana cemas kucing nak beranak sama sekali terkecuali, hikhik);
-Ada juga waktu pengecualian a.k.a "time-off", kebiasaannya dua jam diperuntukkan contoh mempunyai temujanji dengan doktor pakar ketika dalam waktu bekerja;
-Bayaran gaji pada penghujung bulan;
-Simpanan masa depan secara paksa rela melalui potongan kwsp;


Salasilah ringkas bekerja sendiri:
-Golongan ini agak berprestij kerana sering digelar usahawan;
-Majoriti tidak mempunyai ketetapan waktu bekerja;
-Tiada istilah "time-off";
-Tidak perlu mengemukakan surat cuti sakit atau meminta kebenaran untuk bercuti;
-Boleh dapat gaji tanpa perlu menunggu cukup tarikh kalendar bulanan berakhir;


Senario Makan Gaji vs Kerja Sendiri - Kerja kuat kadang2 "unpaid overtime" atau ada juga yang perlu datang pada hujung minggu bila ada projek baru/wahyu yang mesti disiapkan segera. Kenapa "unpaid" ya? Ini kerana golongan eksekutif sama sekali tiada dalam senarai boleh tuntut untuk kerja lebih masa...hu hu.. Berbeza pula dengan yang Bekerja sendiri..makin banyak masa dan tenaga dikerah, makin banyak la pulangan nya.. Tetapi...org kerja sendiri tiada KPI dan bonus tahunan hokeyyyyy...Eh2!!! cop2!!! Makan gaji tu pastikah ada bonus? haaaaaaaa harusla ada kan...jika tidak, ada la kesatuan2 sekerja yang memberontak. Cuma nilai/jumlah bonus itu sahaja tidak pasti banyak atau sedikit..Sebulan gaji? Dua Bulan? APA?????? Enam bulan? (Wahhhhh syiokkkkknyeeeeeeeeeee) Kebiasaannya para pekerja bank la yang lumayan nilai bonus diorang...almaklum bisnes diorang kan trading duit tiap2 hari...hu hu
Camne lak nak dapat bonus tu? KPI=Key Performance Indicator perlu diisi oleh setiap pekerja dan dinilai oleh bos2 mereka..Biasanya ada dua orang penilai..Bahagian ini agak stress ya kawan2 sekalian...Kan tadi dah cakap org makan gaji ni ada gak kerja lebih masa, arahan bos sudah dituruti, tetapi malangnya target masih juga tidak dicapai.Oleh yang demikian, kurangla markah (╥﹏╥)
Yang bekerja sendiri tidak perlu menempuh sesi penilaian markah sedemikian namun tidak terkecuali sering juga runsing memikirkan modal pulangan perniagaan. Saat memperoleh keuntungan berganda jika tidak dikawal perbelanjaan, silap2 boleh "deficit" pula sebelum projek baru masuk ⊙.☉ Itu tidak dikira lagi jika perniagaan diusahakan bersama ahli keluarga, jika berlaku masalah dalaman keluarga, tambah lagi satu keserabutan..hu hu

Eh2!! so mana yang lebih bagus ni...makan gaji atau kerja sendiri????? Jeng jeng jeng.... Kita sambung lagi di episod akan datang ye...he he (✿◠‿◠)

Saturday, January 28, 2012

Tak sengaja tapi suka... *^,

Banyaknya nak share tapi otak bercelaru...input...input...banyak sangat dah ni (poyos je ayat) :p
Baru-baru ni ke Rumah Anak Yatim, buat lawatan kasual sambil-sambil bincang aktiviti untuk program akan datang. Haishhhh busy jugak diorang tu tau..tarikh yang kami dah rancang, dah ada pihak lain booking. Nampak macam senang je, pilih tarikh je pun. TAPIIIIIIIIII macam-macam nak difikir. Balik kampung tak adik2 tu, bukan adik2 tu je...kakak2 dan abang2 yang nak buat program ni pun kot ada yang nak berkenduri-kendara ke..nak bina masjid ke..nak cuti2 bersama keluarga ke.. Dan sehingga saat ini tarikh masih pending@TBD...hu hu
Bualan singkat dengan adik2 tu nampak la yang diorang ni byk gangguan emosi..pelajaran pun org kata suam2 kuku gak la. Ada jugak yang ok tapi macam nak kena wat balancing gak la (ingat kerete ke hape...hehe)..
La ni dok pikir la apa la aktiviti yang sesuai tok diorang ye. Nak bagi program motivasi, diri sendiri pun tak reti..hu hu kuciwa lak rasa -.- Kata pengurus asrama tu, kalau sekadar buat aktiviti sukaneka je memang budak2 happy go lucky, harus la kan feeling2 gumbire tak hengat..Tapi end of the day, what is the result? Special request if possible to do something creative, motivation through fun activity. Huh! hamek kau!! Tanya lagi...kan dah dapat special request...ha ha Takpe, takpe, takpe... moh kite pikirkan bersama, InsyaAllah muga diberi la idea tu nanti kan...
Balik time...memandangkan cuti dan masing2 tiada komitmen keluarga, makanya perjalanan tanpa hala tuju pun bermula. Journey to Bukit Bintang..Nasi Arab time...Sebenarnya saya ni bukan la peminat makanan Arab pun cumanya jenis yang tolak batu ngan kayu je pasal makan2 ni. Yang penting perut berisi dan makanan sedap, hihi Eh, cop!! bukan batu dan kayu je saya tak makan, siput (sedut) pun saya tak makan...ngeeeeeee :p
Perjalanan ke Restoran Tajine dikira lancar, sebab arahan sahabat2 yang sgt baik plus cara pemanduan saya yang bak kata sahabat co-pilot, "separuh jiwaku terbang" ha ha maaf saya bukan sengaja tapi memang suka bawa laju2 dan mencilok asalkan tak bahayakan pemandu lain. Btw, boleh tahan gak harga dan makanan kat Tajine tu, murah kit la dari Saba' :) Air Honey Lemon dia kena dengan tekak saya..(ke sbb time tu sy mmg sgt lapa ek :p)
Perut dah kenyang, asar tak lagi..Tak senonoh kan...Solat dekat Tajine tu jugak. Surau dia best ada aircond, macam agak best nak tido bile perut dah kenyang, hihi Cuma kena ambil wuduk dekat bilik air (just behind the musolla).. Settle sume, off to Sunway, beli barang2...Part seterusnya: timing dah lari...ho ho bus pukul 9 malam. My fren nak hantar adik dia ke stesen bus s'alam. Saat tu jam dah almost pukul 8.30 malam...Masa shopping tadi masing2 lilek je kan...pick up her sister at USJ 6 then drift la ke sect 17 s'alam. Masa ni la my fren bagi disclaimer "bus gerak pukul 9 sharp. U nak guna skill, ini la masanya" Ha ha apa lagi....green light suda dapat...wa pecut la der....best2!!!
Alhamdulillah just nice before 9 p.m. kami sampai :) Tapiiiiiiiiii bas yang lambat... hihi apa pun, mission complete!! hoyeahhhh ^^,

Bila pena menitiskan dakwatnya (Mari Menulis)

Sinopsis:
Bunyian cengkerik berlagu riang...menemani malam yang kian lewat menyingsing ke dinihari. Kelopak mata seakan berat namun lena belum menjemput pergi. Keadaan lewat petang tadi benar-benar menyentak kalbu. Belum sempat mengurai keliru di benak fikiran, satu persatu perkara muncul di depan mata.
Tempoh perkenalan itu rasanya cukup untuk masing-masing memahami diri, bak kanak-kanak yang mengikuti kelas pra-sekolah dilatih dan dididik mengenal 1,2,3..dan a,b,c...sebelum fasih mengeja air batu campur. Saat graduasi seharusnya paling kurang tahu membezakan yang mana "1" dan yang mana "a". Namun teori pelajaran dan realiti kehidupan tidak akan mungkin selalu berjalan seiring.
Hari ini segalanya terbentang di depan mata Alia. Perkenalan dengan Aiman rupanya kosong tidak bermakna. Riak wajah yang selalu ceria berubah suram tatkala pencarian berakhir. Aina berjalan perlahan meninggalkan Aiman yang masih memandang dengan penuh harapan. Saat melangkah pergi baru Aina sedari rupanya Aiman yang ditemui tidak pernah dikenali.....

Sunday, January 15, 2012

Ibu Air

Tahu tak apa itu ibu air?
Ibu air adalah ibu segala air iaitu mata air...
Tak Percaya??
Sila jangan percaya...he he :P

Tentu kalian pernah dengar atau terbaca kes-kes ngeri yang berlaku ketika menikmati perkelahan di air terjun kan? Keadaan yang mana tiba-tiba gelombang/hamparan air deras terjadi...atau kata yang lebih mudah difahami, mungkin kita boleh ibaratkan macam tsunami kecil..Itulah yang dipanggil ibu air.

Dua petunjuk awal sebelum kemunculan ibu air:
1) Air tiba-tiba berubah warna seakan warna air teh (macam teh tarik kaw punye kat mamak tu..)
2) Banyak daun-daun dan ranting-ranting turut berenang-renang a.k.a membanjiri permukaan air mengalir.

Apabila dua keadaan di atas berlaku, maka segeralah meninggalkan kawasan anda bermandi-manda tersebut. Selamatkan nyawa terlebih dahulu. Ibu air datang dalam keadaan yang sangat cepat, kuat dan juga hilang begitu sahaja.

Justeru, jika ingin berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan, cuba dapatkan keadaan kaji cuaca terlebih dahulu. Seeloknya elakkan bermesra dengan air terjun semasa musim tengkujuh.

Kita hanya merancang, Allah pemilik segala pengetahuan... Semoga kita sentiasa dalam lindunganNYA, ameen...

p/s: bulan ni cuaca agak baik, di KL sudah jarang hujan. Tadi ke ulu yam, menikmati keindahan alam...kusangka cuaca tenang hingga ke petang, namun hujan turun jua tatkala menjengah tengahari..syukur yaAllah, atas LindunganMu..

Thursday, January 5, 2012

Bas oh bas

Hari semalam (5.1.12) buat pertama kali saya melakar sejarah menaiki bas balik ke rumah selepas pulang dari kerja. Perasaan????? Sudah tentu la "nervous" dan takut...he he rasa macam pelancong pun ada. Ibarat pelancong yang baru sampai ke suatu tempat yang tahu nama tempat tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk sampai, ha ha gelakkan diri sendiri...ngeeeeeeeeeeee :P
Al-kisah semalam berpuasa, memandangkan kerja-kerja "urgent" dah siap (nak tunggu kerja habis memang takkan la kannnnn:p)maka hasrat hati hendak pulang awal, boleh la memasak untuk juadah berbuka...sian cik dapur lama tak berasap, hihi
PUNCH OUT 5.40PM (^^,)
Langkah kaki disusun cermat membawa diri ke LRT Putra, selamat menempatkan diri di dalam gerabak bersama puluhan atau ratusan manusia, alhamdulillah sempatla sampai sebelum 6.30 ni...
6.10PM.."Mohon maaf kerana kami sedang mengalami masalah teknikal, LRT akan berhenti dalam selang masa yang agak lama di setiap stesen.." aduyaiiiiiiii think think think!!!!! ala...camne ni.....
6.30PM..Masih di stesn kedua...owh parah ni...ada lagi lebih kurang 10 stesten ni... rasa macam nak lemas pun ada dikelilingi ramai manusia...banjiran manusia....
Tanpa ragu-ragu kaki melangkah keluar meninggalkan stesen LRT...bas!!!! banyaknya bas, yang mana satu ni????? Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 7malam...kena cari makanan ni untuk berbuka, tak elok lambatkan berbuka kan kawan2 kan? hihi (yang sebenarnya memang dah lapar + penat jauh berjalan)..keluar dari CM: "Miss, where is central market?" asked the Japanese lady. "Here" I answered while showing the entrance door just behind me. The girls show a smile2 cat lorh...he he... Trang tang tang tepi pintu ada tulis CENTRAL MARKET...tapi if i was at their place, maybe i'll also have asked the local people..hihi mana la tau signage tu yang lama punya kan....:p
okey, bas dah sampai. RM1.90 je harga tiket dan paling penting...dapat duduk :)
Berbuka dalam bas la nampaknya...hu hu memandangkan sudah lama tak naik bas, saya jadi macam takut2 nak makan...sudah 3tahun berulang-alik naik LRT jadi tak tahu peraturan dalam bas..dalam LRT tak boleh makan... perlahan2 saya keluarkan burger...bismillaahirrahmaanirrahim....mujur la duduk depan sekali, tak la malu sangat...bila ingat2 kelakuan sendiri macam kelakar je, macam org yg tak puasa nak curi2 makan waktu bulan puasa tu...macam tu la cara saya nak makan...ha ha hape2 je... sebenarnya bukan apa, dibuatnya memang peraturan tak boleh makan dalam bas, nanti kena "sound" dengan pakcik konduktor tu, tak ke malu...hu hu

Moral of the story: walaupun sudah selesa dengan sesuatu keadaan, kita juga perlu ambil tahu dengan perkara2 lain di sekeliling kita.

Lain kali bila hujan dan stesen LRT dilanda banjir kilat, boleh la balik rumah naik bas lepas ni...he he

INFO: KTM: selang masa ketibaan adalah 20 minit.
LRT PUTRA: selang masa ketibaan adalah 3-4 minit.
LRT STAR: selang masa ketibaan adalah 6 minit. (tak silap la..)
RAPID/METRO: Ikut keadaan trafik sesak/lengang....@ tak tahu la...he he

Sunday, January 1, 2012

permulaan kisah tahun 2012

01.01.2012 (Ahad)
Hari ini macam biasa (harap2 leh jadi kebiasaan, hehe) pergi joging kat taman tasik titiwangsa..Selesai "warm-up", buat aktiviti ringan dgn menggunakan peralatan gym..salah satu alat yang saya suka guna adalah.."twist" alahai, tak ingat apa nama penuh dia, hihi..buat sampai kiraan 100... hurmmm tapi ada juga peralatan yang dah usang dan belum dibaik pulih. Dah berapa kali datang tapi macam tu jugak keadaannya, tak jumpa pulak peti cadangan...
Ok, masa untuk melarikan diri dalam gerak perlahan (^^,)...."morning!!!!" "with a great smile (^______________^) pada uncle (nama belum diketahui :p ) a.k.a pakcik tukang bersih..
Hari ini jumlah yang berjoging tak ramai macam biasa..agaknya sebab diorang sibuk dengan joran kot....sekeliling tasik penuh dengan peminat2 joran, kelihatannya memakai tshirt khas untuk aktiviti tersebut beserta cop mohor berita harian...eh abg fotografer lah! tak nak shoot pic org joging jugak ke? ngeeeee =D
eeeeeeeeee uppps!!!! terpandang plak perkara yang menggelikan...haip2!!! jangan pk yang bukan2 ye....
perkara tersebut adalah encikkkkkkkkkkkk cacing!!! eeeeeeeeeeeeee geliiiiiiiii
masih tak paham la kenapa orang minat memancing?? hihi
dan tadi juga nampak ada yang dapat tangkap ikan besar punya...rasanya besar macam ekzos kete ada kot....
ok, hari ni lari lebih sikit...berpeluh2 pun harus la lebih kan...emmm dah terasa nak makan la pulak, hi hi..xleh makan before joging, takut muntah...hu hu
sebelum balik buat aktiviti "warm-down" pulak...ingat ye kawan2, bukan "warm-up" je penting, "warm-down" pun penting iaitu aktiviti regangan selepas suatu aktiviti sukan dilakukan =) terasa nak buat sit-up...selama ni sit-up sambil luruskan kaki..saya salah ye rupenye, hu hu.. cara yang betul adalah dgn baring sambil membengkokkan kaki ke 45', kedua2 tgn di belakang kepala dan angkat badan secara perlahan-lahan...sit-up ini bertujuan bagi mendapatkan postur badan/perut yang menarik.eh, ye ke????hihi hi memandai je saya kan....:p
ok, dah siap joging boleh balik rumah....dan makan...hamek makan nasi lemak + laksam buleh habis sorang2 sambil layan muvie "my princess"... lapar punya pasal! he he he