Saturday, January 28, 2012

Tak sengaja tapi suka... *^,

Banyaknya nak share tapi otak bercelaru...input...input...banyak sangat dah ni (poyos je ayat) :p
Baru-baru ni ke Rumah Anak Yatim, buat lawatan kasual sambil-sambil bincang aktiviti untuk program akan datang. Haishhhh busy jugak diorang tu tau..tarikh yang kami dah rancang, dah ada pihak lain booking. Nampak macam senang je, pilih tarikh je pun. TAPIIIIIIIIII macam-macam nak difikir. Balik kampung tak adik2 tu, bukan adik2 tu je...kakak2 dan abang2 yang nak buat program ni pun kot ada yang nak berkenduri-kendara ke..nak bina masjid ke..nak cuti2 bersama keluarga ke.. Dan sehingga saat ini tarikh masih pending@TBD...hu hu
Bualan singkat dengan adik2 tu nampak la yang diorang ni byk gangguan emosi..pelajaran pun org kata suam2 kuku gak la. Ada jugak yang ok tapi macam nak kena wat balancing gak la (ingat kerete ke hape...hehe)..
La ni dok pikir la apa la aktiviti yang sesuai tok diorang ye. Nak bagi program motivasi, diri sendiri pun tak reti..hu hu kuciwa lak rasa -.- Kata pengurus asrama tu, kalau sekadar buat aktiviti sukaneka je memang budak2 happy go lucky, harus la kan feeling2 gumbire tak hengat..Tapi end of the day, what is the result? Special request if possible to do something creative, motivation through fun activity. Huh! hamek kau!! Tanya lagi...kan dah dapat special request...ha ha Takpe, takpe, takpe... moh kite pikirkan bersama, InsyaAllah muga diberi la idea tu nanti kan...
Balik time...memandangkan cuti dan masing2 tiada komitmen keluarga, makanya perjalanan tanpa hala tuju pun bermula. Journey to Bukit Bintang..Nasi Arab time...Sebenarnya saya ni bukan la peminat makanan Arab pun cumanya jenis yang tolak batu ngan kayu je pasal makan2 ni. Yang penting perut berisi dan makanan sedap, hihi Eh, cop!! bukan batu dan kayu je saya tak makan, siput (sedut) pun saya tak makan...ngeeeeeee :p
Perjalanan ke Restoran Tajine dikira lancar, sebab arahan sahabat2 yang sgt baik plus cara pemanduan saya yang bak kata sahabat co-pilot, "separuh jiwaku terbang" ha ha maaf saya bukan sengaja tapi memang suka bawa laju2 dan mencilok asalkan tak bahayakan pemandu lain. Btw, boleh tahan gak harga dan makanan kat Tajine tu, murah kit la dari Saba' :) Air Honey Lemon dia kena dengan tekak saya..(ke sbb time tu sy mmg sgt lapa ek :p)
Perut dah kenyang, asar tak lagi..Tak senonoh kan...Solat dekat Tajine tu jugak. Surau dia best ada aircond, macam agak best nak tido bile perut dah kenyang, hihi Cuma kena ambil wuduk dekat bilik air (just behind the musolla).. Settle sume, off to Sunway, beli barang2...Part seterusnya: timing dah lari...ho ho bus pukul 9 malam. My fren nak hantar adik dia ke stesen bus s'alam. Saat tu jam dah almost pukul 8.30 malam...Masa shopping tadi masing2 lilek je kan...pick up her sister at USJ 6 then drift la ke sect 17 s'alam. Masa ni la my fren bagi disclaimer "bus gerak pukul 9 sharp. U nak guna skill, ini la masanya" Ha ha apa lagi....green light suda dapat...wa pecut la der....best2!!!
Alhamdulillah just nice before 9 p.m. kami sampai :) Tapiiiiiiiiii bas yang lambat... hihi apa pun, mission complete!! hoyeahhhh ^^,

No comments:

Post a Comment