Thursday, January 5, 2012

Bas oh bas

Hari semalam (5.1.12) buat pertama kali saya melakar sejarah menaiki bas balik ke rumah selepas pulang dari kerja. Perasaan????? Sudah tentu la "nervous" dan takut...he he rasa macam pelancong pun ada. Ibarat pelancong yang baru sampai ke suatu tempat yang tahu nama tempat tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk sampai, ha ha gelakkan diri sendiri...ngeeeeeeeeeeee :P
Al-kisah semalam berpuasa, memandangkan kerja-kerja "urgent" dah siap (nak tunggu kerja habis memang takkan la kannnnn:p)maka hasrat hati hendak pulang awal, boleh la memasak untuk juadah berbuka...sian cik dapur lama tak berasap, hihi
PUNCH OUT 5.40PM (^^,)
Langkah kaki disusun cermat membawa diri ke LRT Putra, selamat menempatkan diri di dalam gerabak bersama puluhan atau ratusan manusia, alhamdulillah sempatla sampai sebelum 6.30 ni...
6.10PM.."Mohon maaf kerana kami sedang mengalami masalah teknikal, LRT akan berhenti dalam selang masa yang agak lama di setiap stesen.." aduyaiiiiiiii think think think!!!!! ala...camne ni.....
6.30PM..Masih di stesn kedua...owh parah ni...ada lagi lebih kurang 10 stesten ni... rasa macam nak lemas pun ada dikelilingi ramai manusia...banjiran manusia....
Tanpa ragu-ragu kaki melangkah keluar meninggalkan stesen LRT...bas!!!! banyaknya bas, yang mana satu ni????? Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 7malam...kena cari makanan ni untuk berbuka, tak elok lambatkan berbuka kan kawan2 kan? hihi (yang sebenarnya memang dah lapar + penat jauh berjalan)..keluar dari CM: "Miss, where is central market?" asked the Japanese lady. "Here" I answered while showing the entrance door just behind me. The girls show a smile2 cat lorh...he he... Trang tang tang tepi pintu ada tulis CENTRAL MARKET...tapi if i was at their place, maybe i'll also have asked the local people..hihi mana la tau signage tu yang lama punya kan....:p
okey, bas dah sampai. RM1.90 je harga tiket dan paling penting...dapat duduk :)
Berbuka dalam bas la nampaknya...hu hu memandangkan sudah lama tak naik bas, saya jadi macam takut2 nak makan...sudah 3tahun berulang-alik naik LRT jadi tak tahu peraturan dalam bas..dalam LRT tak boleh makan... perlahan2 saya keluarkan burger...bismillaahirrahmaanirrahim....mujur la duduk depan sekali, tak la malu sangat...bila ingat2 kelakuan sendiri macam kelakar je, macam org yg tak puasa nak curi2 makan waktu bulan puasa tu...macam tu la cara saya nak makan...ha ha hape2 je... sebenarnya bukan apa, dibuatnya memang peraturan tak boleh makan dalam bas, nanti kena "sound" dengan pakcik konduktor tu, tak ke malu...hu hu

Moral of the story: walaupun sudah selesa dengan sesuatu keadaan, kita juga perlu ambil tahu dengan perkara2 lain di sekeliling kita.

Lain kali bila hujan dan stesen LRT dilanda banjir kilat, boleh la balik rumah naik bas lepas ni...he he

INFO: KTM: selang masa ketibaan adalah 20 minit.
LRT PUTRA: selang masa ketibaan adalah 3-4 minit.
LRT STAR: selang masa ketibaan adalah 6 minit. (tak silap la..)
RAPID/METRO: Ikut keadaan trafik sesak/lengang....@ tak tahu la...he he

No comments:

Post a Comment