Saturday, March 15, 2014

Sabar itu istana iman

Sharing A Beautiful Advice From Prof Dr Muhaya..... 


STAY AWAY from anger...
It hurts only U & nobody else 
IF U R RIGHT, then there is no need to get angry 
AND IF U R WRONG then u don't have any right to get angry

Patience with family is love 
Patience with others is respect 
Patience with self is confidence 
Patience with God is faith 

NEVER THINK HARD about the past, 
it brings tears 
DON'T THINK MORE about the future, 
it brings fear 
LIVE THIS MOMENT with a smile, it brings cheer

Every test in our life makes us bitter or better 
Every problem comes to make us or break us 
The choice is ours whether we become victims or victorious 

Search for a beautiful heart & not a beautiful face 
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful 

Do u know why God created gaps between fingers? 
So that who is special to u comes & fills those gaps by holding your hand forever 

Never forget this advice..... 
Happiness keeps Us Sweet
Trials Keeps Us Strong 
Success Keeps Us Glowing 
BUT ONLY ALLAH KEEPS US GOING......

(^____^)

Baucer buku

Alhamdulillah....
Rezeki menambah ilmu...mempelbagai koleksi buku...saya sangat suka!!!!!!

80% daripada jumlah keseluruhan boucer buku RM250 adalah untuk pembelian buku bacaan manakala baki 20% adalah bagi pembelian alat tulis, begitu kawalan yang ditetapkan bagi mengelakkan pembaziran perbelanjaan berlebihan ke arah alat tulis semata yang mungkin boleh disalah guna. Adil dan saksama  pada perkiraan saya, wallahu'alam...

Gembira, seronok, syukur! Berada di kedai buku memanfaatkan bantuan kerajaan yang sekaligus menggalakkan rakyat membaca, menambah ilmu... walau pun masih ada buku yang dibeli tahun lepas belum khatam pun lagi, hihi....


Haaaa...ini dia buku yang menarik tangan menggapai, hihi.... (ntah tahun bila la nak habis baca ni kan..:p )

Selebihnya semua buku anak buah dan novel buat sepupu....gembiranya dia dapat novel, he he rezeki kan untuk dikongsi ^*,

Beli buku sama rasanya pergi shopping pakaian atau keperluan lain...kena tahu apa yang dicari, jika tidak...mahu sahaja berjam-jam la terperangkap dalam tu...huhu...

Jadi, Selamat berbelanja dengan bijaksana ^_^

#my50centscomment:it would be better if the BR1M can converted into this kind of token instead giving cash..afraid that the culture of being subsidised will be implanted in people's mind...hurmmm

Thursday, March 13, 2014

Bujang a.ka. belum berkahwin

Tanggal 9 Februari yang lalu....

Usia menginjak naik lagi, hihi syukur yaRab....diberi kesempatan bernafas di bumiMU....sesekali berpaling pada sekian tahun berlalu, jalan2 penuh berliku, ditempuhi dengan sabar yang dipinjamkanNya kerana tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...namun terkadang ada jua suara2 nakal berbisik cuba menggoyang keyakinan diri padaNya, Nauzubillah... yaAllah, peliharalah hatiku yang lemah ini...

Doa tidak akan jemu dititip agar hidup boleh berbakti pada kedua ibu bapa, agar dipertemu insan yang terbaik dia tetapkan.... 

"kesian tengok kak ayu sorang2"... bait kata sampai ke cuping telingaku...

Terkesima aku pada kenyataan itu...bagaimana mungkin mereka di sekeliling mencurah simpati seakan meratapi nasib? sedang aku redha dan pasti Allah telah menetapkan perancangan terbaik untuk hambaNya... tapi hidup kita tidak sendiri..kata2 dari insan2 di sekiling mungkin petunjuk keprihatinan mereka pada diri yang masih berstatus solo, huhu

Buat si adam mungkin tidak perlu begitu banyak perisai menahan persoalan dan pandangan masyarakat... berbanding si hawa, mudah sahaja dipandang sinis jika masih belum berkahwin di saat usia yang kebanyakan teman2 sudah punya anak dua mungkin... dilabel sebagai memilih atau demanding itu teori biasa dilantun masyarakat... benar bak kata bijak pandai, wanita adalah antara golongan yang sangat mudah mengundang cerca...terkadang tidak perlu mencipta silap, tapi ia boleh sahaja direka oleh penafsir tak dipinta...

Perkahwinan adalah sunnah Nabi junjungan kita, mana mungkin disisih dari tujuan hidup... tetapi harus juga berlapik kata...kerna mungkin yang bujang itu kasihnya dia untuk dikongsi dengan anak buah, adik beradik, teman2...tidak semesti berjalannya dia tanpa ada yang mengikat jemari menghalang dia menikmati bahagia..bahagia yang Allah kurnia untuk setiap kita berbeza2, penilaian dan penerimaan juga berbeza... pokok pangkalNya janji dia Pasti :)

Doa doa dan doa, itu lebih baik dari memberi kata sinis.....kerna setiap kita telah ditentukan warna2 meniti hari...

Salam Sayang buat sekalian rakan hawa yang masih sekapal dengan saya, hihi....yakinlah pada janjiNYA, jaga diri....

muga hadirnya dia nanti bisa mengimami diri, bukan alim ulama yang dipinta kerna aku sedar kekurangan diri, tapi cukuplah dia yang mencintaiMu, yang mencintai Rasulullah, yang kasih akan ibu bapanya, yang menerima lebih dan kurangnya aku seadanya...yang sudi menjagai aku hingga nafas terakhir, agar sama2 kami dapat bertemu kembali di syurga firdausi....yang kekal bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah....ameen.....


#Bahagia kamu, kamu, kamu...itu juga rencah bahagia aku ^_^

Sewaan Hantaran #02

Sedikit hobi masa lapang...

Sewaan Hantaran #02

Perkhidmatan sewaan hantaran didatangkan kepada anda bagi memudahkan persediaan pertunangan, atau majlis akad nikah, di samping membantu mengurangkan kos perkahwinan pasangan bakal mempelai yang mana pasti memperuntukkan bajet kewangan untuk keperluan yang lebih utama. Tiada isu pembaziran selepas majlis di mana set2 dulang terbiar tidak terpakai walhal kos tinggi telah dikeluarkan. 

Justeru adalah sangat berbaloi menyewa set hantaran pada harga serendah RM5 bagi setiap satu dulang hantaran. Bakal pengantin hanya perlu menyusun barang2 sahaja ke atas dulang yang telah sedia direkahias. Mudah dan jimat!!

Jadi apa tunggu lagi? hubungi snh.bs83@gmail.com untuk urusan tempahan. Email ini aktif 24/7 InsyaAllah ;)




Semua gambar dan karya di halaman ini adalah hak milik empunya blog ini. Sebarang bentuk peniruan, ulang cetak tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

#doakanuntukMH370 #prayforMH370

Hilang dia dari mata kasar manusia....mengundang pelbagai spekulasi dan teori...mencetus pelbagai propaganda...paling tidak relevan adalah pencarian dengan khidmat bomoh... Astargfirullahalazim... semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah serta mengampuni dosa kita semua...

Benar ada yang berkata bahawa hak bersuara adalah hak individu, kamu bebas memberi pendapat... namun di mana letak sensitiviti rasa sebagai makhluk yang diberi akal untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul? 

Dunia hari ini serba moden dan canggih, maklumat bukan hanya diperoleh dan diteroka oleh golongan yang sudah matang dan mampu menilai kata dan tulisan yang mana betul dan tidak... namun kanak2, golongan remaja yang masih tercari arah dalam membina nilai jati diri, yang mudah terjentik emosi, spiritual dan rohaninya adalah golongan tidak terkecuali yang mendengar, memerhati, membaca setiap cebisan kata dan tulisan kita....

Seharusnya kita sebagai golongan yang sudah capai tahap kematangan berfikir ini menjadi medium rujukan generasi penyambung...lebih peka dan sensitip dalam mengutara hujah, tambahan berhadapan dengan situasi kehilangan besar yang bukan sahaja melibatkan aset negara bahkan sejumlah ratusan nyawa manusia... Bimbang bukan apa, kepakaran ilmu dan pengetahuan yang dibangga, masing2 berbalah menegakkan teori, mempersoal ikhtiar pihak2 berwajib, seakan mudah melontar cemuhan...nanti langsung mengundang prasangka bukan hanya dari yang berkata namun mempengaruhi minda orang lain...kuasa tulisan itu sangat besar impaknya duhai saudaraku...

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap manusia), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain" (Surah Al-Hujurat, ayat 12)

Adalah kiranya baik untuk kita sama2 saling ingat memperingati tentang amal kita, mengambil iktibar ujian ini sebagai ruang kesempatan kita bertaubat memohon petunjuk dan hidayah dariNYA...

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat" (Surah Al-Baqarah, ayat 153)

"Aku berlimbung kepadamu Ya Allah, dari syaitan yang direjam... Dengan namaMU yaAllah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...Pemilik sekalian alam...kami mohon petunjuk dan hidayah dariMU yaAllah, ampunilah dosa2 kami dan seluruh isi kapal MH370...kau tunjukkanlah jalan yang samar sesungguhNYA Engkau Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang tersembunyi, permudahkanla usaha mencari dan menyelamat MH370 yaAllah...kami mohon padaMU ya Allah, agar temukanlah pencarian MH370, tiada daya dan kekuatan kami hanyalah dengan pertolonganMU yaAllah... jika ia di langit, turunkanlah...jika ia di lautan, timbulkanlah...jika ia di bumi, keluarkanlah.. jika ia jauh, dekatkanlah... jika ia haram, sucikanlah...jika ia dekat, permudahkanlah....agar kami dapat bertemu mereka kembali... YaAllah sesungguhnya kebijaksanaan dan kekuasaan hanyalah milikMU, hanya padaMU kami meminta..makbulkanlah doa2 kami yaAllah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah...ameen yaRabbal 'Alamin...."

#peringatanbuatdirisendiriyanglemah

Wednesday, March 12, 2014

Hutang budi dibawa mati, Hutang duit???

Berbicara tentang wang ringgit siapa sahaja bisa bercahaya mata... menafikan keinginan untuk punya kehidupan "sempurna" dunia itu boleh dikategorikan hipokrit. Sempurna di sini bukan merujuk pada kemewahan tetapi kecukupan bagi kelangsungan hidup...keperluan asas yang utama seperti rumah, pakaian, makanan, tempat tinggal dan kesihatan serta pekerjaan yang stabil. 

Ukur baju di badan sendiri.. itu bidalan yang tepat bagi setiap orang dalam mengurus perbelanjaan harian, kenali diri bukan hanya merujuk kepada kemampuan mengenali kebolehupayaan diri dan tahap pengetahuan semata, tetapi melingkupi bagaimana pengurusan ekonomi rumah dan perbelanjaan kewangan.

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai...atau lebih mudah dikatakan jika tidak mampu, jangan buat (rasa macam kurang tepat je ni, saya budak masih belajar, hihi).. membuat hutang, meminjam....sudah diselidikkah kemampuan membayar? 

Kenapa meminjam? Tidak cukup wang untuk berniaga... budget bulan ni lari sedikit.... emergency case e.g. bayaran kesihatan, yuran pengajian...

Apa jua alasan meminjam itu terpulang kepada individu secara peribadi...tetapi membayar pinjaman kepada yang memberi pinjam itu tidak boleh diperibadikan kerana ia telah melibatkan individu lain. Hutang budi dibawa mati, hutang duit perlu diperjelaskan...tidak risaukah nanti pergi tak kembali? roh tergantung gara-gara hutang yang belum dilunas? Hutang yang dibuat didefinasikan sebagai peribadi lantas tiada seorang ahli keluarga yang tahu bagi menjelaskan hutang. Berdiam diri semasa hidup dengan tidak menghubungi pemberi pinjaman lantas terputus hubungan...lalu perginya tak kembali tidak diketahui..sudahnya bagaimana kisah hutang dan roh tergantung tadi??? 

Hidup ini jika tidak dapat memberi manfaat, jangan sekali membuat kepayahan kepada orang lain. Nilaian wang pada sesetengah individu mungkin tiada apa, tapi bagi sesetengah orang yang hidupnya tidak seberapa, pasti mengharap agar wang yang diberi pinjam dikembalikan semula. Tidak wujud istilah berkira tetapi rules of lend/loan pinjam maka pulangkan semula, walaupun dengan ahli keluarga, nilai ini harus dikekalkan. Alahhhhhhh dengan adik beradik pun nak berkira... itu ungkapan kata mereka yang selfish..  Bukan istilah berkira yang harus dilihat di sini, tapi tanggungjawab diri terhadap setiap apa yang kita buat, itu yang harus difikirkan. Mengharap orang memberi ehsan tanpa diri tidak berusaha memberi manfaat? Ke mana hilang nilai hidup?... disiplin dan integriti diri boleh terus diketahui dengan ketelusan tingkah laku dalam mengurus adab penyelesaian hutang.

Berbicara atas dasar rasional, kerana sedar bahawa mati itu pasti....

Sudah jatuh ditimpa tangga

Sudah jatuh ditimpa tangga...

Jatuh gedebuk bertingkek-tingkek menuruni anak tangga...Aduuhhhhhhhh penatnya.....apa sebenarnya terjadi... terlelapkah ketika melangkah, atau beban barang tak tertanggung dek badan... perlahan-lahan mengangkat badan, tiga tingkat lagi harus dituruni... berulang-alik turun naik ke tingkat lima serasa memang mampu memecah lemak2 terperangkap di badan... letih, geli hati, kesian juga dengan diri... hendak meminta tolong tidak pula sampai hati menyusahkan orang....tak mengapalah, sedikit2 lama2 habis juga...

Penuh seisi ruang kereta...berjasa sungguh cik bunga hati nurhan... rasa macam baru je tahun lepas berpindah randah...bila la nak ada rumah sendiri kan....survey2 harga rumah semuanya WOW!!!! berpeluh tengok harga...yang awak ni kan gajinya tak seberapa, jadi masih la kekal menyewa, huhu

Dan akhirnya, kisah tangga itu berakhir...tiada lagi perlu memanjat setinggi itu, yang pabila naik maka bercinta la rasa untuk turun semula...sudah tua barangkali, letih otot kaki tak sekuat sebelumnya...atau mungkin gaya hidup yang menjadi punca...tak sempat beriadah, itu alasan kuat untuk badan tidak sihat...apakan daya cuaca di Malaysia berbulan sudah seakan tidak menentu, jerebu teruk hari ke hari tak mengundang hujan, sakit tekak, demam, selesema bersilih ganti...lesu badan menongkah hari sampai tak sedar "black out" kala melangkah...jatuh....

alkisah....berhati-hati dalam kesibukan dunia.....terabai tentang diri....nanti dimarahi Ilahi......