Saturday, March 15, 2014

Baucer buku

Alhamdulillah....
Rezeki menambah ilmu...mempelbagai koleksi buku...saya sangat suka!!!!!!

80% daripada jumlah keseluruhan boucer buku RM250 adalah untuk pembelian buku bacaan manakala baki 20% adalah bagi pembelian alat tulis, begitu kawalan yang ditetapkan bagi mengelakkan pembaziran perbelanjaan berlebihan ke arah alat tulis semata yang mungkin boleh disalah guna. Adil dan saksama  pada perkiraan saya, wallahu'alam...

Gembira, seronok, syukur! Berada di kedai buku memanfaatkan bantuan kerajaan yang sekaligus menggalakkan rakyat membaca, menambah ilmu... walau pun masih ada buku yang dibeli tahun lepas belum khatam pun lagi, hihi....


Haaaa...ini dia buku yang menarik tangan menggapai, hihi.... (ntah tahun bila la nak habis baca ni kan..:p )

Selebihnya semua buku anak buah dan novel buat sepupu....gembiranya dia dapat novel, he he rezeki kan untuk dikongsi ^*,

Beli buku sama rasanya pergi shopping pakaian atau keperluan lain...kena tahu apa yang dicari, jika tidak...mahu sahaja berjam-jam la terperangkap dalam tu...huhu...

Jadi, Selamat berbelanja dengan bijaksana ^_^

#my50centscomment:it would be better if the BR1M can converted into this kind of token instead giving cash..afraid that the culture of being subsidised will be implanted in people's mind...hurmmm

No comments:

Post a Comment