Monday, April 27, 2015

lewat malam

Lewat malam menjemput dingin bayu..
Kelopak mata masih enggan berhenti berkedip..
Siang tadi ke kuliah hingga lewat petang..
Kebelakangan, sakit bertambah tak berkurang..
Mengintai segenap sudut diri..muhasabah...
Barangkali ada tersilap laku..lalu diberi ujian agar diri tak leka..
Mudah2an keadaan tak berterusan..
Pinta hati untuk kembali sihat..
Agar bisa berbakti pada Habibi ya habri, bonda, ayahanda..Dan keluarga..
Kelopak mata basah lagi..
Bukan mengeluh ujian diberi..di sudut hati, tidak sesekali ingin membebani insan2 dikasihi..
Hari bersilih ganti, bertatih..pupuk iman..berusaha mencari redha dalam damai..

Monday, April 20, 2015

Kekasih

Singkat waktu bertemu..
Masa yang begitu cemburu..

Al-fatihah mengirim rindu..
Muga selamat sentiasa..

Habibi ya habri..
Muga tetap hingga kekal di SyurgaNya..

Air mata sebak tak mampu menipu..
Redha dalam rindu yang tak kenal jemu..


Wednesday, April 15, 2015

Hantaran

3 berbalas 5, 5 berbalas 7, 7 berbalas 9, 9 berbalas 11 ...(haishhh korang kira taip sendiri la ya :p )

Selalu je dengar persoalan berbangkit "nak bagi apa ya?"

Yang cakap ni pun pernah terperangkap jugak dalam dilema tu..hihi

Ikut cara kebanyakan:
Biasa2 orang sediakan keperluan untuk pasangan, sebagai contoh:
1. Kasut
2. Baju
3. Beg tangan/dompet
4. Telekung/kain pelikat+songkok (sukati la nak taruk kerongsang ke idok. Nanti pas nikah kerongsang tu bagi isteri pakai yek.Nampak tak idea tuh :p )
5. Al-Quran/Tafsir ( yang ini klo nak bagi jangan sampai tidak menjaga ketinggian ayat suci. Kata mudahnya, jangan sesekali letak ia sebaris dengan kakimu. Dapatkan maksud di situ..kan kan?? )
6. Bahan bacaan ilmiah
7. Buahan
8. Coklat
9. Kek/muffin/cookies

No.7-9 tu lebih kepada bagi pihak keluarga sinun. Aci la kan kira macam tanda terima kasih depa mai datang teman pasangan kita, datang dengan doa restu.

9 je? Habis kalau 11? 13?
Haishhh dah kenapa nak pening bagi macam2??

Tepuk Dada, Tanya hati, laraskan akal Dan tujuan..

Tiada istilah wajib memberi sejumlah bilangan hantaran begitu..
Adat..hantaran itu sebagai hadiah pasangan, jangan langsung terdetik menunjuk, tiada siapa nak heran pun..

Bagi sahaja sekadar termampu kamu..kan lebih manis begitu..
Tiada hantaran, boleh ke? Soal balik pada diri "dimana letaknya wajib?" Nak nikah dah pun haaaa, bijak kan fikir (^^,)

Kenapa dibalas lebih?
Itu adab dalam memberi-menerima..
Tanda kasih kita, penghargaan pada pasangan dan keluarga yang bertandang..

Adat itu tiada salahnya diikut, bila betul susunnya, bila landasannya Agama.
Selagi tiada unsur pembaziran dan sia2, insyaAllah muga berkat laluan kita (^*,)



Suri rumah sepenuh masa

Tajuk di atas dalam bahasa orang kampung, dan mudahnya juga dipanggil full time house wife .

"Belajar tinggi2 nak jadi surirumah dan tukang jahit je?"
"Rugi je belajar tinggi2"

Dari persepsi yang lain...

"Puashati jaga dan tengok anak membesar depan mata"
"Kadang2 rasa kurang, tapi dapat je rezeki"

Perspektif "rugi" tidak pernah langsung terpikir di benak fikiran. Lantaran ilmu yang diperoleh, menara tinggi yang didaki semata2 kepuasan untuk meningkatkan pencapaian diri. Tidak sama sekali untuk dijual atau bermegah diri.

Ilmu yang dikutip bukan teori semata tanpa aplikasi.

Analoginya mudah, setiap kita belajar Dan mahir sesuatu bila kita sendiri yang merasai.

Itu bagaimana apa yang dikutip bertahun2 lamanya tidak semestinya hanya patut di ruang pejabat berhawa dingin..apa masyarakat masih tertutup melihat bagaimana teori diploma, ijazah atau sarjana bisa diaplikasi dalam rutin menjadi suri yang bijaksana membantu mengatur ekonomi keluarga, menjadi tulang belakang suami mengurus rumahtangga..

Rencana berbeza...sejauh mana kaki melangkah, setinggi mana gunung didaki..kaki ini masih tetap mencari jalan ke sana. Bimbang terpesona dengan kejayaan dunia buat kita lupa siapa perencana terbaik.

Walau dalam apa jua cara, berada disisinya, melengkapi satu sama lain, walau dalam rentak payah atau mudah..tidak akan pernah ada istilah "rugi" dalam mencari keberkatanNya..

Bismillah..muga dipermudah.. (^^,)