Saturday, August 13, 2011

Macam-macam: Kad

Perjalanan menuju ERL...

Si Polan L: Kakak...(tiba-tiba muncul di hadapan sambil menunjukkan sekeping kad)
Si Polan P: Ha? (sambil muka pelik tengok wajah tidak dikenali)
Si Polan L: Ini ada kad, bagi sama kakak..
Si Polan P: Nak buat apa?
Si Polan L: Kakak buka, nanti tengok warna apa, ada hadiah ka tada..kakak biasa pergi shopping mid valley? (dialek macam org India @ Bangla, tidak dapat dikenal pasti)
Si Polan P dengan penuh tatatertib mengoyak keratan "kad" tersebut.
Si Polan L: Kakak orang Melayu ke? (Sambil bertanya kepada Si Polan P yang bertudung-KERAGUAN 1)
Belum sempat Si Polan P menyempurnakan misi mengoyak, tiba-tiba diambil semula dek Si Polan L untuk ditolong koyakkan...-motif tolong koyakkan????-KERAGUAN 2. Sambil mengoyak dia bertanya lagi:
Si Polan L: Kakak tinggal mana? Umur berapa? (Apakah kaitan umur, tempat tinggal dan kad tersebut?-KERAGUAN 3)
Si Polan P: Tak perlu la tahu i tinggal mana (mode:malas nak layan..kerimasan melanda)
Si Polan L: (Siap mengoyak kad) Eh kakak, ini warna kelabu...hadiah...beli...diskaun...bla bla bla bla...
Si Polan P: Hah? Tak paham...u boleh cakap English tak?
Si Polan L: Tak pandai.. (sambil sengih dan terus men"jelas"kan lagi)
Si Polan P: I tak paham la..
Si Polan L: Ini (sambil tunjuk kertas mengandungi gambar pelbagai hadiah menarik)...dekat situ sahaja..bangunan itu..jln kuchai..bla bla bla..
Si Polan P: So, sekarang nak buat apa? Ini hadiah dapat diskaun masa kita pergi beli ke?
Si Polan L: Bukan..bukan..kakak ikut saya sekarang, pergi itu bangunan (sambil tunjuk ke arah bangunan)
Si Polan P: Hah??? tak apala.... (blah time!!!)

**never talk with the stranger
....macam-macam ada...

Thursday, August 11, 2011

Oh hujan...

Kringggggggggggggg.....
Jejari runcing pantas menekan "snoze" dan mata pun tertutup rapat..
Ditemani cuaca sejuk rentetan hujan semenjak malam tak henti2 menyuburkan bumi..Selimut ditarik kemas membaluti tubuh....

Selang lima minit~Kringggggggggggg....

Dalam kemalasan tahap dewa, kepala diangkat perlahan..cuba menggagahkan diri melawan perasaan, bukan melawan syaitan kerana syaitan sedang bercuti rasmi selama sebulan..
Jam terus berdetik menunjukkan kurang tiga puluh minit ke waktu imsak..
Selesai mengalas perut, aktiviti bersamaNya dilaksana sejurus azan gemersik berkumandang..menyuci diri, menyerah pada yg Kuasa..

"arghh, sambung tido best ni..sejuk betul hari ini.." suara hati berbisik..
Badan rebah kembali berbekal bantal-bantal peneman kala lena..

"i want nobody, nobody but you"..riang gembira nada dering telefon mengejutkannya dari lena..

"hei, tak bangun lagi ke?" terjah ima jelas di cuping telinganya..
"sejuk...best tido.."
"haiyooo..pukul berapa dah ni..nak kena macam hari tu lagi ke"
"hah!!!" buntang matanya mengenang peristiwa seminggu lalu..
"okey okey..i'm coming" telefon dimatikan..serba tak tentu hala dibuatnya..geram juga pada sahabat baiknya itu yg tak pernah jemu menghubungi jika dia tidak kelihatan bila kelas hampir bermula..

Hujan lebat semalaman menyuburkan bumi..menemani seisi alam yang pastinya lena menghayati malam berlalu..sekaligus turun memberi kesan pada keadaan semulajadi persekitaran..jalan agak basah, kereta bergerak tidak seperti biasa..hujan masih tidak berhenti membuatkan pemandu masing-masing berhati-hati..

"aduhai....lambat lagi ni...teruk la camni" suara kerisauan mula menyesakkan fikirannya..

Gedeganggggg!!!!!

"Allah!"

"Hei budak......"

---------------to be continued---------------

Tuesday, August 9, 2011

Hanya Kau Yg Tahu...

Kita semua ada hak bersuara...tp siapa yg faham bahawa kita punya hak itu?
Bila seorang anak menyampaikan...meluahkan suara hati...mempertahan hak nya..namun lain pula difahami si ayah..anak menentang kata, derhaka dilabel...pedih meruntun hati, bila soal pendidikan dicampur aduk..apa guna pendidikan tinggi jika tidak berjaya mengurus diri, tidak menghormati org tua...tokok nya lagi...

Allah hu Akbar...Tuhan Yg Maha Mendengar..

Bicara hati si anak tetap jua tak difahami...dan sehingga sekian lama dia terus memendam rasa..Luarannya tampak bersahaja, namun hati remuk tak siapa yang tahu...dan rahsia itu tetap jua tersemat di kalbu...


------to be continued-------


Monday, August 1, 2011

Senyum... tak perlu kata apa-apa


Senyum.. tak perlu kata apa-apa..
Bilamana ada yg mengherdik..mencerca...
Bilamana teguran ikhlas dibalas sindiran..
Bilamana pertolongan disalah erti..
Bilamana kebaikan dibalas sangkaan buruk..
Ucaplah alhamdulillah...dan bersyukurlah kerana kamu masih dalam perhatianNya..

JANGAN berhenti memberi teguran tok kebaikan..
JANGAN berhenti berbuat baik sesama insan..
JANGAN putus asa bermohon kebaikan dariNYA..

Telah tertulis dalam KalamNYA..yang bermaksud...:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk. (An-Nahl:125)

Maka....senyum lah...senyum, tak perlu kata apa-apa :)

Salam Ramadhan 1432H~
Maaf atas segala salah silap~
Jaga diri, Hiasi peribadi (^^,)