Thursday, February 10, 2011

apa makna SAYANG pd ibu bapa mu????

SAYANG a.k.a love...or luv or kasih or apa2 la seumpamanya..
Anas bin Malik berkata: “ Aku pernah duduk di sisi Rosulullah, lalu lewatlah seorang laki-laki. Ada laki-laki lain dari suatu kaum yang berkata, Wahai Rosulullah, sungguh aku sangat mencintai (menyayangi) laki-laki itu. Rosulullah bertanya, Apakah kamu telah memberitahukan hal itu kepadanya? Laki-laki itu menjawab, Belum. Rosulullah bersabda, Berdirilah, dan beritahukanlah kepadanya. Maka laki-laki itupun berdiri menghampirinya, ia berkata, Wahai saudaraku, demi Allah, aku mencintaimu karena Allah. Lalu orang tersebut menjawab, Semoga Allah juga mencintaimu karena kamu mencintai karena-Nya.” (HR. Ahmad, no.1198)

Abu Hurairoh berkata: “Ada seorang laki-laki datang ke Rosulullah, lalu bertanya, Wahai Rosulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk kuperlakukan dengan sebaik mungkin? Rosulullah bersabda, Ibumu. Lalu ia bertanya, lalu siapa? Beliau menjawab, ibumu. Ia betanya, lalu siapa lagi? Ibumu, jawab Rosulullah. Ia bertanya lagi, lalu siapa? Bapakmu, jawab beliau. (HR. Bukhori)

Kisah nya bakti ibu dan ayah yg terabai...Semakin hari ku menyaksikan dan mendengar pelbagai ceritera melalui rakan2 teman2 sanak saudara yg meluah rasa berkongsi cerite...YaAllah selamatkan aku dari menjadi anak yg membebankan ibu bapaku...seandainya hidupku ini hanya buat mereka terluka...pandulah aku ke jlnMu, aku pasrah mengadapMu dari hidup di dunia tanpa barakah kedua ibu bapaku...(T_T)

Si anak yg sibuk mengejar dunia...sedang ibu dan ayah sibuk melawan sakit, terlantar di ruang sepi..entah makan entahkan tidak...

Tatkala anak masih belajar, si ibu ayah sanggup korbankan masa kerja, lewat masuk kerja...memujuk anak masuk ke kelas yg kononnya cikgu garang..menebalkan muka mengadap pengetua gara2 si anak ponteng sekolah..berhutang, korbankan keinginannya utk beli brg2 yg diingini suatu ketika dulu bg membayar yuran pengajian si anak.. Kini anak2 sudah bekerja, walaupun xsemewah mana tp si anak dah berupaya beli hp sendiri, mkn di restoran mewah2, beli brg berjenama..ibu ayah xpernah minta apa2..terus setia dgn doanya muga si anak bertambah rezeki..

Kini si anak rasa makin boleh bergerak sendiri, balik ke rumah menjenguk ibu ayah jarang sekali, apakan menelefon bertanya kabar...sms pun berkire...Ibu ayah xminta apa2, terus doa lagi muga anaknya sentiasa gembira dan dimurahkan rezeki...tapi si anak lain pula bicaranya..si ibu ayah berusaha buat yg terbaik utknya sedari dulu dan utk masa depannya namun skrg si anak rasa dirinya sudah cukup "besar" utk menentukan hidupnya, tindakan dan nasihat ibu ayah dipertikai...Egonya semakin meninggi, kata dia sahaja yg betul..apa yg diusaha keluarga untuknya terhijab oleh apa tidak pasti...yang pasti, dia tidak langsung sedar dlm senyum ibu ayah yg gigih menasihatinya, terpahat kelukaan di hati...ibu ayah tak minta apa2, hanya mengharap si anak faham..menghargai dan menghormati akan usaha mereka yg sentiasa menginginkan yg terbaik utk si anak...

Hari ini si anak masih juga begitu, mengutamakan kepentingan sendiri dari ibu ayahnya kerana padanya mmg HAK ibu bapa mendidik dan menjaga anak2...namun si anak lupa tentang HAK nya pula pd ibu ayah..HAK seorg anak untuk menjaga kebajikan ibu ayahnya..bukan wang ringgit yg dipinta...cuma kesedaran si anak untuk menghormati ibu ayah dan mengikut kata mereka selagi mana tidak bercanggah dgn syarak...

Semoga kita yg masih punya ibu ayah disedarkan dan dibuka mata utk memahami bahasa jiwa ibu ayah..mereka sampaikan sesuatu selalunya dengan perbuatan, kerana anak2 hari ini makin kurang yang boleh ditegur dgn perkataan....

Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)

Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Sahih Imam al-Bukhari)

Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Selamat jd anak yg beroleh restu ibu ayah dlm meraih restu Ilahi...peace~