Monday, October 30, 2023

Selamatkan Palestine

Kempen media sosial perlu kekal relevan menyampaikan berita2 kebenaran.

Kebenaran bahawa penduduk Palestine ditindas dengan sangat2 kejam. 

Tidak kira apa bangsa dan fahaman..seluruh dunia menentang tindakan kekejaman ¡$R@e£ terhadap Palestine. 
Mereka melanggar etika berperang, membunuh ribuan wanita dan anak2 kecil.

Kita menulis ini atas rasa kasih dan sayang terhadap saudara kita lillahiTa'ala.

Sebak meruntun hati
Mata berkaca menahan rasa...
Ya Allah, terimalah dan makbulkanlah doa2 kami..
Selamatkanlah Palestine daripada kekejaman,
Satukanlah hati seluruh umat Islam,
Lindungilah seluruh umat Islam daripada kejahatan,
Ameen2 Ya Rabbal 'Alamin. 

Monday, September 25, 2023

Cara Buat Peria Rangup


1. Ambil 2 biji peria, rendam dalam air garam untuk buangkan kotoran2 yang mungkin melekat pada peria tersebut. Rendam kurang lebih 30 minit, kemudian bilas bersih. Toskan sehingga kering.

2. Belah atau potong seperti dalam Gambar A di bawah.

Gambar A


3. Potong/hiris halus. Saya guna penyagat macam dalam Gambar A di atas. Boleh juga guna pisau biasa. Ikut keselesaan masing2.

4. Hasil setelah disagat. Memang jatuh cinta dengan penyagat jenama Tupperware, hasil sagat memang cantik nipis.



5. Taburkan sedikit garam halus dan minyak. Saya guna minyak zaitun. Boleh juga guna apa2 minyak yang anda suka, jangan minyak gosok sudah la ye.
Tiada sukatan, agak2 sekadar penambah perasa.
Gaul rata, kemudian masukkan ke dalam Air Fryer. 
Boleh cuba tetapan suhu di antara 140 -150° dengan masa  bergantung jenis Air Fryer.
Kaup balik gaul peria setiap selang masa 4 ke 5 minit supaya masak sekata semuanya.





6. Siap.


7. Cara nak makan?
Awak boleh makan begitu sahaja..kalau sanggup la. Pahit ye awak, haha.

Dia macam bawang goreng dan ikan bilis goreng. Konsepnya sama. Jadi, boleh tabur dan gaul makan dengan nasi, bubur..boleh juga tabur dalam salad. Saya dah cuba dengan epal. Sedap. Cubalah! 😉


Selamat mencuba.

#periarangup #peria #airfryer



Friday, September 22, 2023

Berpantang

Berpantang atau kata lainnya bulan madu seorang diri..kenapa seorang? Sebab hanya seorang yang dilayan bak Ratu...begitulah ayat perasan.. penyedap rasa haha

1. Berapa lama berpantang?
2. Makan apa semasa berpantang?
3. Apa yang tak boleh buat semasa berpantang?
4. Siapa yang kena berpantang?

1. Tempoh masa berpantang tidak sama kerana setiap individu itu berbeza kadar nifasnya. Namun ada maksimum hari mengikut mazhab Syafie yang diamalkan di Malaysia iaitu 60 hari. Selepas pada itu dikira darah istihadah. Mohon rujuk para ulama untuk kefahaman lanjut.

2. Makan apa semasa berpantang?

Menurut ulasan para doktor, tiada makanan khusus untuk orang berpantang. Cukup sekadar amalan gaya hidup sihat dan sumber makanan sihat. Hurmmmm kata kunci sihat tu merujuk kepada makanan2 yang bersih, bukan makanan segera atau proses. Pergerakan ringan adalah digalakkan bagi melancarkan peredaran darah namun aktiviti berat adalah ditegah sama sekali kerana ketika sesi berpantang, sistem badan masih dalam proses pemulihan. Dikhuatiri proses baik pulih belum berlaku, badan sudah dikerah bekerja. Jadi, hati2 dan jaga diri.

Ini makanan saya berpantang...  kurang gula, kurang garam, tanpa minyak.
Tak turun juga berat badan ni tak tahulah.. berat memikiorkannya hahaha











3. Apa yang tidak boleh dibuat ketika berpantang?

Tak boleh solat. Tapi kalau 30 hari dah habis nifas, dah mandi hadas. Boleh la solat. Kebiasaan orang lama menasihati agar berpantang iaitu menjaga pemakanan dan kesihatan diri sekurang2nya 44 hari selepas melahirkan. InsyaAllah selepas melepasi fasa berpantang, tubuh badan kembali pulih sihat seperti sedia kala.

4. Siapa yang kena berpantang?

Sesiapa jua yang melahirkan atau mengalami keguguran adalah dinasihati supaya berpantang.