Monday, September 25, 2023

Cara Buat Peria Rangup


1. Ambil 2 biji peria, rendam dalam air garam untuk buangkan kotoran2 yang mungkin melekat pada peria tersebut. Rendam kurang lebih 30 minit, kemudian bilas bersih. Toskan sehingga kering.

2. Belah atau potong seperti dalam Gambar A di bawah.

Gambar A


3. Potong/hiris halus. Saya guna penyagat macam dalam Gambar A di atas. Boleh juga guna pisau biasa. Ikut keselesaan masing2.

4. Hasil setelah disagat. Memang jatuh cinta dengan penyagat jenama Tupperware, hasil sagat memang cantik nipis.



5. Taburkan sedikit garam halus dan minyak. Saya guna minyak zaitun. Boleh juga guna apa2 minyak yang anda suka, jangan minyak gosok sudah la ye.
Tiada sukatan, agak2 sekadar penambah perasa.
Gaul rata, kemudian masukkan ke dalam Air Fryer. 
Boleh cuba tetapan suhu di antara 140 -150° dengan masa  bergantung jenis Air Fryer.
Kaup balik gaul peria setiap selang masa 4 ke 5 minit supaya masak sekata semuanya.





6. Siap.


7. Cara nak makan?
Awak boleh makan begitu sahaja..kalau sanggup la. Pahit ye awak, haha.

Dia macam bawang goreng dan ikan bilis goreng. Konsepnya sama. Jadi, boleh tabur dan gaul makan dengan nasi, bubur..boleh juga tabur dalam salad. Saya dah cuba dengan epal. Sedap. Cubalah! 😉


Selamat mencuba.

#periarangup #peria #airfryer



No comments:

Post a Comment