Friday, September 22, 2023

Berpantang

Berpantang atau kata lainnya bulan madu seorang diri..kenapa seorang? Sebab hanya seorang yang dilayan bak Ratu...begitulah ayat perasan.. penyedap rasa haha

1. Berapa lama berpantang?
2. Makan apa semasa berpantang?
3. Apa yang tak boleh buat semasa berpantang?
4. Siapa yang kena berpantang?

1. Tempoh masa berpantang tidak sama kerana setiap individu itu berbeza kadar nifasnya. Namun ada maksimum hari mengikut mazhab Syafie yang diamalkan di Malaysia iaitu 60 hari. Selepas pada itu dikira darah istihadah. Mohon rujuk para ulama untuk kefahaman lanjut.

2. Makan apa semasa berpantang?

Menurut ulasan para doktor, tiada makanan khusus untuk orang berpantang. Cukup sekadar amalan gaya hidup sihat dan sumber makanan sihat. Hurmmmm kata kunci sihat tu merujuk kepada makanan2 yang bersih, bukan makanan segera atau proses. Pergerakan ringan adalah digalakkan bagi melancarkan peredaran darah namun aktiviti berat adalah ditegah sama sekali kerana ketika sesi berpantang, sistem badan masih dalam proses pemulihan. Dikhuatiri proses baik pulih belum berlaku, badan sudah dikerah bekerja. Jadi, hati2 dan jaga diri.

Ini makanan saya berpantang...  kurang gula, kurang garam, tanpa minyak.
Tak turun juga berat badan ni tak tahulah.. berat memikiorkannya hahaha











3. Apa yang tidak boleh dibuat ketika berpantang?

Tak boleh solat. Tapi kalau 30 hari dah habis nifas, dah mandi hadas. Boleh la solat. Kebiasaan orang lama menasihati agar berpantang iaitu menjaga pemakanan dan kesihatan diri sekurang2nya 44 hari selepas melahirkan. InsyaAllah selepas melepasi fasa berpantang, tubuh badan kembali pulih sihat seperti sedia kala.

4. Siapa yang kena berpantang?

Sesiapa jua yang melahirkan atau mengalami keguguran adalah dinasihati supaya berpantang.

No comments:

Post a Comment