Sunday, December 30, 2012

Hilangnya seorang sahabat


“nt akk blk raub singgahla…Rindu akk”
Bagai terngiang2 ayat2 itu saat menatap wajah yang terbujur kaku…bagai mimpi ia berlaku…

Sungguh Allah lebih menyayanginya…. Moga dia tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solihin…
Terdahulu sebelum beliau….
Perkara yang sama menimpa seorang sahabat…izin Allah menemukan saya dgn sahabat lama…sama2 berada di tingkatan enam rendah sebelum saya melanjutkan pelajaran ke UiTM Jengka.  Kurang lebih tujuh bulan kami belajar bersama2. Rancak perbualan kami membawa kepada cerita peribadi yang lebih mendalam. Beliau rupanya dalam proses pemulihan sepenuhnya (InsyaAllah) dari sakit sekian lama gara2 phd manusia.. mungkin yang tidak mengalami belum tentu mampu percaya melihat apa yang dilaluinya..luah beliau mengungkap rasa hati.. kembali ke kampung untuk berubat, berusaha selagi terdaya…
Alhamdulillah kala pertemuan kami, wajah cerianya kembali terpamer…muga ukhwah yang terbina utuh, walau jarak memisahkan…’

Sekelumit rasa terkilan…
Mungkin saya mengambil kisah sahabat ini yang membolehkan fikiran saya menjangka arwah juga boleh pulih.. dari sehari ke sehari perancangan untuk melawatnya tertangguh dek aktiviti2 bersama keluarga dan lain2.
Gerak hati pagi hari tanggal 27 Disember 2012 menghubunginya melalui komunikasi maya…lantas membawa kepada perkabaran beliau telah kembali menemui DIA yang satu selepas asar hari yang sama…
Kelopak mata basah, berulang kali membaca kiriman whatsapp yang diterima, mencari kekuatan menerima kenyataan yang berkira2 mahu melawatnya kala hujung minggu…
Sebenarnya kami tidaklah serapat mana, cuma kenal dan berhubung kerana pernah sama2 belajar di UiTM, dan ketika itu saya terlibat sebagai committee members semasa program induksi beliau sebagai pelajar baru... Saya senang menerima ukhwah dari sesiapa jua yang ikhlas bersahabat, lantaran itu saya agak mudah tersentuh hati jika sesuatu menimpa insan yang pernah dikenali walau hubungan tidaklah seakrab mana..

Pertemuan kami yang terakhir, beberapa bulan lepas tatkala beliau meminta pertolongan menemani membeli brg2 keperluan utk berubat. Melihat beliau yang tabah menghadapi ujian…derita atas tindakan manusia yang entah kenapa tergamak melakukan… hilang wajah cerianya.. tapi semangatnya kuat, kagum melihat!

Siapa yang mampu menjangka…kala usianya yang masih muda…kecil molek orangnya…bijak dan petah berkata2…menemui Yang Satu lebih dahulu dari kita…
Muga saya belajar dan dipermudahkan untuk tidak lagi mengulangi melewatkan hasrat hati melakukan apa jua perkara yang baik..
Al-Fatihah buat sahabat dan saudara seIslam yang telah kembali mengadap Ilahi…