Sunday, November 6, 2016

Percutian di Lombok, Indonesia

Percutian 4 Hari 3 Malam di Lombok, Indonesia

Sedikit kupasan rentetan perjalanan kami sepanjang berada di sana. Kisah ni berlaku tahun lepas sebenarnya, tapi lama benor rasanya nak ada masa senggang untuk menaip, hihi :p

Persediaan sebelum bertolak:
1. Passport;
2. Kad Pengenalan;
3. Tiket/Jadual Perjalanan;
4. Duit (Tukaran Rupiah dan Ringgit Malaysia);
5. Pakaian luar dalam secukupnya;
6. Diri anda jiwa dan raga
7. Perancangan aktiviti (yang ni boleh dapat dari carian google,blogs,etc.)

Haaaa ni cara kami..asingkan siap2 bajet utk berjimba, target sebelum naik flight return mesti habiskan IDR dalam ni, hihi

Alhamdulillah rezeki ada yang memberi, mudah-mudahan murah rezeki orang yang sponsor tiket "Honeybulan" kami (^^,)

BismillahirRahmaanirRahim...



DAY #1 : KLIA - LOMBOK



Kami sampai sekitar jam 7 malam di Bandar Udara Internasional Lombok (Airport), warga tempatan panggil bandara.

First thing yang kami buat sebelum keluar airport, kami beli kartu (simkad). hihi

Ketika sampai tercari-cari juga pemandu yang sepatutnya menjemput kami tetapi tidak kelihatan. Saat itu ada la pemandu Taksi yang menawarkan perkhidmatan penghantaran, cara mereka menegur sangat bersopan santun. Kami maklumkan bahawa ada yang akan menjemput kami. Tidak mahu mengalah.. beliau memaklumkan akan menunggu bersama kami, dan beliau sedia menghantar kami sekiranya pemandu kami tidak datang. 

Memandangkan bayang pemandu masih tidak kelihatan, kami masuk semula untuk solat. Alhamdulillah keluar semula pemandu dah sampai, rupanya mereka sampai awal...disebabkan kami masih belum tiba dan telah masuk waktu solat maka mereka keluar dahulu untuk solat.

Untuk pilihan logistik dari Bandara ke Senggigi (lokasi penginapan kami):
1. Menaiki Damri Bus dengan bayaran IDR 35, 000 seorang (2jam perjalanan); atau
2. Menaiki Taksi dengan bayaran IDR 280,000 seorang (20 minit)

Berbeza sungguh bayaran dan tempoh perjalanan kan? huhu
Kami pun tak pasti kenapa sebab tiada kesempatan mencuba. Namun ketika bersama dengan pemandu yang mengambil kami mereka membawa kami mengikut jalan pintas. Barangkali itulah sebabnya. Kami dibawa ke rumah pakcik di sana, berehat minum kopi+makan salak madu&pisang bakar sebelum dihantar pulang ke hotel.

TIPS #1: Elakkan berada di sekitar bandara lombok pada waktu malam kerana kes rompakan agak tinggi di kawasan tersebut.

Check in di Puri Senggigi Hotel

DAY #2: SENGGIGI - BANDAR MATARAM

Kami sarapan yang disediakan di hotel, sarapannya ala2 bolehla, hihihi 
tapi tak risau sebab sebelah hotel ada FastFood Restaurant iaitu Quick Chicken, acah2 Kepsi kat Malaysia la kedai ni.

Hari kedua ni kami habiskan dengan berjalan di sekitar Senggigi dan ke Bandar Mataram dengan menaiki motor.

Sewa motor:
Mr. Andre +6078864323238 
Surfing Senggigi, Jl. Raya Senggigi KM12, Senggigi Lombok
Kadar sewaan: IDR 60,000 sehari

Berjalan la sepuasnya. Minyak motor jangan risau sebab sangat banyak kedai tepi2 jalan yang jual. Mereka menjual minyak atau dipanggil Bensin di dalam botol. Sebotol berharga IDR 4,000.



Biar gambar berbicara.. ^*,

Sekitar Bandar Mataram






Sekitar Senggigi







Dinner mengadap pantai

TIPS #2: Lombok tidak sesuai bagi kaki shopping. Bagi yang suka pada pemandangan kampung, pokok2 hijau, jauh dari hiruk pikuk kotaraya, bersantai di kaki bukit menikmati pemandangan matahari terbenam, menikmati makan malam ditemani desiran air laut, Lombok mungkin lokasi yang sesuai untuk anda. 


DAY #3 SENGIGI - GILI TRAWANGAN

Kami bertolak awal pagi ke Bangsal (jeti) dengan menaiki Shuttle Bus. Shuttle bus ni lebih kurang macam van, kita naik ramai2 dengan pelancong lain. Bayaran untuk shuttle bus adalah IDR 150,000 ( dua orang).

Kemudian kami menaiki public boat dengan bayaran IDR 15, 000 seorang untuk ke Gili Trawangan. Gili Trawangan merupakan pulau terbesar di antara tiga pulau yang terdapat di Lombok.

Berikut merupakan tambang seorang untuk pergi ke dua lagi pulau:
Gili Air IDR 12, 000
Gili Meno IDR 14,000

Sampai sahaja di Gili Trawangan, kami menaiki cidomo (kereta kuda) untuk ke Ombak Sunset Hotel tempat kami bakal menginap.


Bayaran deposit IDR 500,000 diperlukan sebelum check in. Kami dilayan seperti VVIP rasanya, hihihi... disediakan minuman fresh orange sementara menunggu resit disediakan, dan kemudian dihantar ke bilik penginapan.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 








Perkhidmatan yang hotel sediakan

Okeh, walaupun bilik sangat awesome best, tapi pemandangan kat luar lagi best. So, letak2 barang, kita jalan2. moh kiter (^^,) 

Pengangkutan utama di sini adalah Cidomo (kereta kuda), Speda (basikal) dan kaki.
Best kan kan kan... 

Bekal air dah siap, jauh nak berkayuh ni



Dah cuci mata dan penat berkayuh, kita menikmati laut pulak ye.

Private Snorkelling Trip (2 Hours): Gili Trawangan and Gili Meno






Dah penat snorkelling, kita lepak minum kopi la pulak....
nyamaaannnnn





Cerita bab makan ni, memang berbaloi2 dengan harganya, rasa pun tak jauh sangat dengan masakan kita. Portion banyak sampai tak habis, haha makan berdua je kan..

 


DAY #4 : LOMBOK - KLIA

Selamat jalan Lombok.



Sampai ketemu lagi (^^,)


#Lombok #Indonesia #Cuti2 #Senggigi #Gili #GiliTrawangan