Saturday, February 4, 2012

Makan gaji atau kerja sendiri??-Mana Lebih Bagus?

Biasa kan dengar ayat ini...
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH STRESSSSSSSSSSNYEEEEEEEEEEEE" (~_^)

Tetapi jarang2 dengar orang kata...
"arghhhhhhhhhhhh tertekannyaaaaaaaaaaaaaa" (~_^)

Ini adalah kerana nak sebut perkataan TERTEKAN lebih "stress" berbanding sebut perkataan "stress" ;p he he

Alkisah ayat2 ini amat biasa diungkapkan dek para pekerja makan gaji mahupun yang bekerja sendiri.

Salasilah ringkas pekerja makan gaji:
-Waktu bekerja adalah 8/9jam sehari contohnya 9pg-6ptg, 7.30pg-4.30ptg, 3ptg-11mlm;
-Ada peruntukan cuti tahunan dan cuti sakit;
-Ada cuti kecemasan contohnya isteri bersalin awal dari tarikh jangkaan (cuti kerana cemas kucing nak beranak sama sekali terkecuali, hikhik);
-Ada juga waktu pengecualian a.k.a "time-off", kebiasaannya dua jam diperuntukkan contoh mempunyai temujanji dengan doktor pakar ketika dalam waktu bekerja;
-Bayaran gaji pada penghujung bulan;
-Simpanan masa depan secara paksa rela melalui potongan kwsp;


Salasilah ringkas bekerja sendiri:
-Golongan ini agak berprestij kerana sering digelar usahawan;
-Majoriti tidak mempunyai ketetapan waktu bekerja;
-Tiada istilah "time-off";
-Tidak perlu mengemukakan surat cuti sakit atau meminta kebenaran untuk bercuti;
-Boleh dapat gaji tanpa perlu menunggu cukup tarikh kalendar bulanan berakhir;


Senario Makan Gaji vs Kerja Sendiri - Kerja kuat kadang2 "unpaid overtime" atau ada juga yang perlu datang pada hujung minggu bila ada projek baru/wahyu yang mesti disiapkan segera. Kenapa "unpaid" ya? Ini kerana golongan eksekutif sama sekali tiada dalam senarai boleh tuntut untuk kerja lebih masa...hu hu.. Berbeza pula dengan yang Bekerja sendiri..makin banyak masa dan tenaga dikerah, makin banyak la pulangan nya.. Tetapi...org kerja sendiri tiada KPI dan bonus tahunan hokeyyyyy...Eh2!!! cop2!!! Makan gaji tu pastikah ada bonus? haaaaaaaa harusla ada kan...jika tidak, ada la kesatuan2 sekerja yang memberontak. Cuma nilai/jumlah bonus itu sahaja tidak pasti banyak atau sedikit..Sebulan gaji? Dua Bulan? APA?????? Enam bulan? (Wahhhhh syiokkkkknyeeeeeeeeeee) Kebiasaannya para pekerja bank la yang lumayan nilai bonus diorang...almaklum bisnes diorang kan trading duit tiap2 hari...hu hu
Camne lak nak dapat bonus tu? KPI=Key Performance Indicator perlu diisi oleh setiap pekerja dan dinilai oleh bos2 mereka..Biasanya ada dua orang penilai..Bahagian ini agak stress ya kawan2 sekalian...Kan tadi dah cakap org makan gaji ni ada gak kerja lebih masa, arahan bos sudah dituruti, tetapi malangnya target masih juga tidak dicapai.Oleh yang demikian, kurangla markah (╥﹏╥)
Yang bekerja sendiri tidak perlu menempuh sesi penilaian markah sedemikian namun tidak terkecuali sering juga runsing memikirkan modal pulangan perniagaan. Saat memperoleh keuntungan berganda jika tidak dikawal perbelanjaan, silap2 boleh "deficit" pula sebelum projek baru masuk ⊙.☉ Itu tidak dikira lagi jika perniagaan diusahakan bersama ahli keluarga, jika berlaku masalah dalaman keluarga, tambah lagi satu keserabutan..hu hu

Eh2!! so mana yang lebih bagus ni...makan gaji atau kerja sendiri????? Jeng jeng jeng.... Kita sambung lagi di episod akan datang ye...he he (✿◠‿◠)