Saturday, January 28, 2012

Tak sengaja tapi suka... *^,

Banyaknya nak share tapi otak bercelaru...input...input...banyak sangat dah ni (poyos je ayat) :p
Baru-baru ni ke Rumah Anak Yatim, buat lawatan kasual sambil-sambil bincang aktiviti untuk program akan datang. Haishhhh busy jugak diorang tu tau..tarikh yang kami dah rancang, dah ada pihak lain booking. Nampak macam senang je, pilih tarikh je pun. TAPIIIIIIIIII macam-macam nak difikir. Balik kampung tak adik2 tu, bukan adik2 tu je...kakak2 dan abang2 yang nak buat program ni pun kot ada yang nak berkenduri-kendara ke..nak bina masjid ke..nak cuti2 bersama keluarga ke.. Dan sehingga saat ini tarikh masih pending@TBD...hu hu
Bualan singkat dengan adik2 tu nampak la yang diorang ni byk gangguan emosi..pelajaran pun org kata suam2 kuku gak la. Ada jugak yang ok tapi macam nak kena wat balancing gak la (ingat kerete ke hape...hehe)..
La ni dok pikir la apa la aktiviti yang sesuai tok diorang ye. Nak bagi program motivasi, diri sendiri pun tak reti..hu hu kuciwa lak rasa -.- Kata pengurus asrama tu, kalau sekadar buat aktiviti sukaneka je memang budak2 happy go lucky, harus la kan feeling2 gumbire tak hengat..Tapi end of the day, what is the result? Special request if possible to do something creative, motivation through fun activity. Huh! hamek kau!! Tanya lagi...kan dah dapat special request...ha ha Takpe, takpe, takpe... moh kite pikirkan bersama, InsyaAllah muga diberi la idea tu nanti kan...
Balik time...memandangkan cuti dan masing2 tiada komitmen keluarga, makanya perjalanan tanpa hala tuju pun bermula. Journey to Bukit Bintang..Nasi Arab time...Sebenarnya saya ni bukan la peminat makanan Arab pun cumanya jenis yang tolak batu ngan kayu je pasal makan2 ni. Yang penting perut berisi dan makanan sedap, hihi Eh, cop!! bukan batu dan kayu je saya tak makan, siput (sedut) pun saya tak makan...ngeeeeeee :p
Perjalanan ke Restoran Tajine dikira lancar, sebab arahan sahabat2 yang sgt baik plus cara pemanduan saya yang bak kata sahabat co-pilot, "separuh jiwaku terbang" ha ha maaf saya bukan sengaja tapi memang suka bawa laju2 dan mencilok asalkan tak bahayakan pemandu lain. Btw, boleh tahan gak harga dan makanan kat Tajine tu, murah kit la dari Saba' :) Air Honey Lemon dia kena dengan tekak saya..(ke sbb time tu sy mmg sgt lapa ek :p)
Perut dah kenyang, asar tak lagi..Tak senonoh kan...Solat dekat Tajine tu jugak. Surau dia best ada aircond, macam agak best nak tido bile perut dah kenyang, hihi Cuma kena ambil wuduk dekat bilik air (just behind the musolla).. Settle sume, off to Sunway, beli barang2...Part seterusnya: timing dah lari...ho ho bus pukul 9 malam. My fren nak hantar adik dia ke stesen bus s'alam. Saat tu jam dah almost pukul 8.30 malam...Masa shopping tadi masing2 lilek je kan...pick up her sister at USJ 6 then drift la ke sect 17 s'alam. Masa ni la my fren bagi disclaimer "bus gerak pukul 9 sharp. U nak guna skill, ini la masanya" Ha ha apa lagi....green light suda dapat...wa pecut la der....best2!!!
Alhamdulillah just nice before 9 p.m. kami sampai :) Tapiiiiiiiiii bas yang lambat... hihi apa pun, mission complete!! hoyeahhhh ^^,

Bila pena menitiskan dakwatnya (Mari Menulis)

Sinopsis:
Bunyian cengkerik berlagu riang...menemani malam yang kian lewat menyingsing ke dinihari. Kelopak mata seakan berat namun lena belum menjemput pergi. Keadaan lewat petang tadi benar-benar menyentak kalbu. Belum sempat mengurai keliru di benak fikiran, satu persatu perkara muncul di depan mata.
Tempoh perkenalan itu rasanya cukup untuk masing-masing memahami diri, bak kanak-kanak yang mengikuti kelas pra-sekolah dilatih dan dididik mengenal 1,2,3..dan a,b,c...sebelum fasih mengeja air batu campur. Saat graduasi seharusnya paling kurang tahu membezakan yang mana "1" dan yang mana "a". Namun teori pelajaran dan realiti kehidupan tidak akan mungkin selalu berjalan seiring.
Hari ini segalanya terbentang di depan mata Alia. Perkenalan dengan Aiman rupanya kosong tidak bermakna. Riak wajah yang selalu ceria berubah suram tatkala pencarian berakhir. Aina berjalan perlahan meninggalkan Aiman yang masih memandang dengan penuh harapan. Saat melangkah pergi baru Aina sedari rupanya Aiman yang ditemui tidak pernah dikenali.....

Sunday, January 15, 2012

Ibu Air

Tahu tak apa itu ibu air?
Ibu air adalah ibu segala air iaitu mata air...
Tak Percaya??
Sila jangan percaya...he he :P

Tentu kalian pernah dengar atau terbaca kes-kes ngeri yang berlaku ketika menikmati perkelahan di air terjun kan? Keadaan yang mana tiba-tiba gelombang/hamparan air deras terjadi...atau kata yang lebih mudah difahami, mungkin kita boleh ibaratkan macam tsunami kecil..Itulah yang dipanggil ibu air.

Dua petunjuk awal sebelum kemunculan ibu air:
1) Air tiba-tiba berubah warna seakan warna air teh (macam teh tarik kaw punye kat mamak tu..)
2) Banyak daun-daun dan ranting-ranting turut berenang-renang a.k.a membanjiri permukaan air mengalir.

Apabila dua keadaan di atas berlaku, maka segeralah meninggalkan kawasan anda bermandi-manda tersebut. Selamatkan nyawa terlebih dahulu. Ibu air datang dalam keadaan yang sangat cepat, kuat dan juga hilang begitu sahaja.

Justeru, jika ingin berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan, cuba dapatkan keadaan kaji cuaca terlebih dahulu. Seeloknya elakkan bermesra dengan air terjun semasa musim tengkujuh.

Kita hanya merancang, Allah pemilik segala pengetahuan... Semoga kita sentiasa dalam lindunganNYA, ameen...

p/s: bulan ni cuaca agak baik, di KL sudah jarang hujan. Tadi ke ulu yam, menikmati keindahan alam...kusangka cuaca tenang hingga ke petang, namun hujan turun jua tatkala menjengah tengahari..syukur yaAllah, atas LindunganMu..

Thursday, January 5, 2012

Bas oh bas

Hari semalam (5.1.12) buat pertama kali saya melakar sejarah menaiki bas balik ke rumah selepas pulang dari kerja. Perasaan????? Sudah tentu la "nervous" dan takut...he he rasa macam pelancong pun ada. Ibarat pelancong yang baru sampai ke suatu tempat yang tahu nama tempat tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk sampai, ha ha gelakkan diri sendiri...ngeeeeeeeeeeee :P
Al-kisah semalam berpuasa, memandangkan kerja-kerja "urgent" dah siap (nak tunggu kerja habis memang takkan la kannnnn:p)maka hasrat hati hendak pulang awal, boleh la memasak untuk juadah berbuka...sian cik dapur lama tak berasap, hihi
PUNCH OUT 5.40PM (^^,)
Langkah kaki disusun cermat membawa diri ke LRT Putra, selamat menempatkan diri di dalam gerabak bersama puluhan atau ratusan manusia, alhamdulillah sempatla sampai sebelum 6.30 ni...
6.10PM.."Mohon maaf kerana kami sedang mengalami masalah teknikal, LRT akan berhenti dalam selang masa yang agak lama di setiap stesen.." aduyaiiiiiiii think think think!!!!! ala...camne ni.....
6.30PM..Masih di stesn kedua...owh parah ni...ada lagi lebih kurang 10 stesten ni... rasa macam nak lemas pun ada dikelilingi ramai manusia...banjiran manusia....
Tanpa ragu-ragu kaki melangkah keluar meninggalkan stesen LRT...bas!!!! banyaknya bas, yang mana satu ni????? Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 7malam...kena cari makanan ni untuk berbuka, tak elok lambatkan berbuka kan kawan2 kan? hihi (yang sebenarnya memang dah lapar + penat jauh berjalan)..keluar dari CM: "Miss, where is central market?" asked the Japanese lady. "Here" I answered while showing the entrance door just behind me. The girls show a smile2 cat lorh...he he... Trang tang tang tepi pintu ada tulis CENTRAL MARKET...tapi if i was at their place, maybe i'll also have asked the local people..hihi mana la tau signage tu yang lama punya kan....:p
okey, bas dah sampai. RM1.90 je harga tiket dan paling penting...dapat duduk :)
Berbuka dalam bas la nampaknya...hu hu memandangkan sudah lama tak naik bas, saya jadi macam takut2 nak makan...sudah 3tahun berulang-alik naik LRT jadi tak tahu peraturan dalam bas..dalam LRT tak boleh makan... perlahan2 saya keluarkan burger...bismillaahirrahmaanirrahim....mujur la duduk depan sekali, tak la malu sangat...bila ingat2 kelakuan sendiri macam kelakar je, macam org yg tak puasa nak curi2 makan waktu bulan puasa tu...macam tu la cara saya nak makan...ha ha hape2 je... sebenarnya bukan apa, dibuatnya memang peraturan tak boleh makan dalam bas, nanti kena "sound" dengan pakcik konduktor tu, tak ke malu...hu hu

Moral of the story: walaupun sudah selesa dengan sesuatu keadaan, kita juga perlu ambil tahu dengan perkara2 lain di sekeliling kita.

Lain kali bila hujan dan stesen LRT dilanda banjir kilat, boleh la balik rumah naik bas lepas ni...he he

INFO: KTM: selang masa ketibaan adalah 20 minit.
LRT PUTRA: selang masa ketibaan adalah 3-4 minit.
LRT STAR: selang masa ketibaan adalah 6 minit. (tak silap la..)
RAPID/METRO: Ikut keadaan trafik sesak/lengang....@ tak tahu la...he he

Sunday, January 1, 2012

permulaan kisah tahun 2012

01.01.2012 (Ahad)
Hari ini macam biasa (harap2 leh jadi kebiasaan, hehe) pergi joging kat taman tasik titiwangsa..Selesai "warm-up", buat aktiviti ringan dgn menggunakan peralatan gym..salah satu alat yang saya suka guna adalah.."twist" alahai, tak ingat apa nama penuh dia, hihi..buat sampai kiraan 100... hurmmm tapi ada juga peralatan yang dah usang dan belum dibaik pulih. Dah berapa kali datang tapi macam tu jugak keadaannya, tak jumpa pulak peti cadangan...
Ok, masa untuk melarikan diri dalam gerak perlahan (^^,)...."morning!!!!" "with a great smile (^______________^) pada uncle (nama belum diketahui :p ) a.k.a pakcik tukang bersih..
Hari ini jumlah yang berjoging tak ramai macam biasa..agaknya sebab diorang sibuk dengan joran kot....sekeliling tasik penuh dengan peminat2 joran, kelihatannya memakai tshirt khas untuk aktiviti tersebut beserta cop mohor berita harian...eh abg fotografer lah! tak nak shoot pic org joging jugak ke? ngeeeee =D
eeeeeeeeee uppps!!!! terpandang plak perkara yang menggelikan...haip2!!! jangan pk yang bukan2 ye....
perkara tersebut adalah encikkkkkkkkkkkk cacing!!! eeeeeeeeeeeeee geliiiiiiiii
masih tak paham la kenapa orang minat memancing?? hihi
dan tadi juga nampak ada yang dapat tangkap ikan besar punya...rasanya besar macam ekzos kete ada kot....
ok, hari ni lari lebih sikit...berpeluh2 pun harus la lebih kan...emmm dah terasa nak makan la pulak, hi hi..xleh makan before joging, takut muntah...hu hu
sebelum balik buat aktiviti "warm-down" pulak...ingat ye kawan2, bukan "warm-up" je penting, "warm-down" pun penting iaitu aktiviti regangan selepas suatu aktiviti sukan dilakukan =) terasa nak buat sit-up...selama ni sit-up sambil luruskan kaki..saya salah ye rupenye, hu hu.. cara yang betul adalah dgn baring sambil membengkokkan kaki ke 45', kedua2 tgn di belakang kepala dan angkat badan secara perlahan-lahan...sit-up ini bertujuan bagi mendapatkan postur badan/perut yang menarik.eh, ye ke????hihi hi memandai je saya kan....:p
ok, dah siap joging boleh balik rumah....dan makan...hamek makan nasi lemak + laksam buleh habis sorang2 sambil layan muvie "my princess"... lapar punya pasal! he he he