Sunday, January 15, 2012

Ibu Air

Tahu tak apa itu ibu air?
Ibu air adalah ibu segala air iaitu mata air...
Tak Percaya??
Sila jangan percaya...he he :P

Tentu kalian pernah dengar atau terbaca kes-kes ngeri yang berlaku ketika menikmati perkelahan di air terjun kan? Keadaan yang mana tiba-tiba gelombang/hamparan air deras terjadi...atau kata yang lebih mudah difahami, mungkin kita boleh ibaratkan macam tsunami kecil..Itulah yang dipanggil ibu air.

Dua petunjuk awal sebelum kemunculan ibu air:
1) Air tiba-tiba berubah warna seakan warna air teh (macam teh tarik kaw punye kat mamak tu..)
2) Banyak daun-daun dan ranting-ranting turut berenang-renang a.k.a membanjiri permukaan air mengalir.

Apabila dua keadaan di atas berlaku, maka segeralah meninggalkan kawasan anda bermandi-manda tersebut. Selamatkan nyawa terlebih dahulu. Ibu air datang dalam keadaan yang sangat cepat, kuat dan juga hilang begitu sahaja.

Justeru, jika ingin berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan, cuba dapatkan keadaan kaji cuaca terlebih dahulu. Seeloknya elakkan bermesra dengan air terjun semasa musim tengkujuh.

Kita hanya merancang, Allah pemilik segala pengetahuan... Semoga kita sentiasa dalam lindunganNYA, ameen...

p/s: bulan ni cuaca agak baik, di KL sudah jarang hujan. Tadi ke ulu yam, menikmati keindahan alam...kusangka cuaca tenang hingga ke petang, namun hujan turun jua tatkala menjengah tengahari..syukur yaAllah, atas LindunganMu..

No comments:

Post a Comment