Wednesday, April 15, 2015

Hantaran

3 berbalas 5, 5 berbalas 7, 7 berbalas 9, 9 berbalas 11 ...(haishhh korang kira taip sendiri la ya :p )

Selalu je dengar persoalan berbangkit "nak bagi apa ya?"

Yang cakap ni pun pernah terperangkap jugak dalam dilema tu..hihi

Ikut cara kebanyakan:
Biasa2 orang sediakan keperluan untuk pasangan, sebagai contoh:
1. Kasut
2. Baju
3. Beg tangan/dompet
4. Telekung/kain pelikat+songkok (sukati la nak taruk kerongsang ke idok. Nanti pas nikah kerongsang tu bagi isteri pakai yek.Nampak tak idea tuh :p )
5. Al-Quran/Tafsir ( yang ini klo nak bagi jangan sampai tidak menjaga ketinggian ayat suci. Kata mudahnya, jangan sesekali letak ia sebaris dengan kakimu. Dapatkan maksud di situ..kan kan?? )
6. Bahan bacaan ilmiah
7. Buahan
8. Coklat
9. Kek/muffin/cookies

No.7-9 tu lebih kepada bagi pihak keluarga sinun. Aci la kan kira macam tanda terima kasih depa mai datang teman pasangan kita, datang dengan doa restu.

9 je? Habis kalau 11? 13?
Haishhh dah kenapa nak pening bagi macam2??

Tepuk Dada, Tanya hati, laraskan akal Dan tujuan..

Tiada istilah wajib memberi sejumlah bilangan hantaran begitu..
Adat..hantaran itu sebagai hadiah pasangan, jangan langsung terdetik menunjuk, tiada siapa nak heran pun..

Bagi sahaja sekadar termampu kamu..kan lebih manis begitu..
Tiada hantaran, boleh ke? Soal balik pada diri "dimana letaknya wajib?" Nak nikah dah pun haaaa, bijak kan fikir (^^,)

Kenapa dibalas lebih?
Itu adab dalam memberi-menerima..
Tanda kasih kita, penghargaan pada pasangan dan keluarga yang bertandang..

Adat itu tiada salahnya diikut, bila betul susunnya, bila landasannya Agama.
Selagi tiada unsur pembaziran dan sia2, insyaAllah muga berkat laluan kita (^*,)



No comments:

Post a Comment