Thursday, March 13, 2014

Bujang a.ka. belum berkahwin

Tanggal 9 Februari yang lalu....

Usia menginjak naik lagi, hihi syukur yaRab....diberi kesempatan bernafas di bumiMU....sesekali berpaling pada sekian tahun berlalu, jalan2 penuh berliku, ditempuhi dengan sabar yang dipinjamkanNya kerana tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...namun terkadang ada jua suara2 nakal berbisik cuba menggoyang keyakinan diri padaNya, Nauzubillah... yaAllah, peliharalah hatiku yang lemah ini...

Doa tidak akan jemu dititip agar hidup boleh berbakti pada kedua ibu bapa, agar dipertemu insan yang terbaik dia tetapkan.... 

"kesian tengok kak ayu sorang2"... bait kata sampai ke cuping telingaku...

Terkesima aku pada kenyataan itu...bagaimana mungkin mereka di sekeliling mencurah simpati seakan meratapi nasib? sedang aku redha dan pasti Allah telah menetapkan perancangan terbaik untuk hambaNya... tapi hidup kita tidak sendiri..kata2 dari insan2 di sekiling mungkin petunjuk keprihatinan mereka pada diri yang masih berstatus solo, huhu

Buat si adam mungkin tidak perlu begitu banyak perisai menahan persoalan dan pandangan masyarakat... berbanding si hawa, mudah sahaja dipandang sinis jika masih belum berkahwin di saat usia yang kebanyakan teman2 sudah punya anak dua mungkin... dilabel sebagai memilih atau demanding itu teori biasa dilantun masyarakat... benar bak kata bijak pandai, wanita adalah antara golongan yang sangat mudah mengundang cerca...terkadang tidak perlu mencipta silap, tapi ia boleh sahaja direka oleh penafsir tak dipinta...

Perkahwinan adalah sunnah Nabi junjungan kita, mana mungkin disisih dari tujuan hidup... tetapi harus juga berlapik kata...kerna mungkin yang bujang itu kasihnya dia untuk dikongsi dengan anak buah, adik beradik, teman2...tidak semesti berjalannya dia tanpa ada yang mengikat jemari menghalang dia menikmati bahagia..bahagia yang Allah kurnia untuk setiap kita berbeza2, penilaian dan penerimaan juga berbeza... pokok pangkalNya janji dia Pasti :)

Doa doa dan doa, itu lebih baik dari memberi kata sinis.....kerna setiap kita telah ditentukan warna2 meniti hari...

Salam Sayang buat sekalian rakan hawa yang masih sekapal dengan saya, hihi....yakinlah pada janjiNYA, jaga diri....

muga hadirnya dia nanti bisa mengimami diri, bukan alim ulama yang dipinta kerna aku sedar kekurangan diri, tapi cukuplah dia yang mencintaiMu, yang mencintai Rasulullah, yang kasih akan ibu bapanya, yang menerima lebih dan kurangnya aku seadanya...yang sudi menjagai aku hingga nafas terakhir, agar sama2 kami dapat bertemu kembali di syurga firdausi....yang kekal bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah....ameen.....


#Bahagia kamu, kamu, kamu...itu juga rencah bahagia aku ^_^

No comments:

Post a Comment