Wednesday, March 12, 2014

Hutang budi dibawa mati, Hutang duit???

Berbicara tentang wang ringgit siapa sahaja bisa bercahaya mata... menafikan keinginan untuk punya kehidupan "sempurna" dunia itu boleh dikategorikan hipokrit. Sempurna di sini bukan merujuk pada kemewahan tetapi kecukupan bagi kelangsungan hidup...keperluan asas yang utama seperti rumah, pakaian, makanan, tempat tinggal dan kesihatan serta pekerjaan yang stabil. 

Ukur baju di badan sendiri.. itu bidalan yang tepat bagi setiap orang dalam mengurus perbelanjaan harian, kenali diri bukan hanya merujuk kepada kemampuan mengenali kebolehupayaan diri dan tahap pengetahuan semata, tetapi melingkupi bagaimana pengurusan ekonomi rumah dan perbelanjaan kewangan.

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai...atau lebih mudah dikatakan jika tidak mampu, jangan buat (rasa macam kurang tepat je ni, saya budak masih belajar, hihi).. membuat hutang, meminjam....sudah diselidikkah kemampuan membayar? 

Kenapa meminjam? Tidak cukup wang untuk berniaga... budget bulan ni lari sedikit.... emergency case e.g. bayaran kesihatan, yuran pengajian...

Apa jua alasan meminjam itu terpulang kepada individu secara peribadi...tetapi membayar pinjaman kepada yang memberi pinjam itu tidak boleh diperibadikan kerana ia telah melibatkan individu lain. Hutang budi dibawa mati, hutang duit perlu diperjelaskan...tidak risaukah nanti pergi tak kembali? roh tergantung gara-gara hutang yang belum dilunas? Hutang yang dibuat didefinasikan sebagai peribadi lantas tiada seorang ahli keluarga yang tahu bagi menjelaskan hutang. Berdiam diri semasa hidup dengan tidak menghubungi pemberi pinjaman lantas terputus hubungan...lalu perginya tak kembali tidak diketahui..sudahnya bagaimana kisah hutang dan roh tergantung tadi??? 

Hidup ini jika tidak dapat memberi manfaat, jangan sekali membuat kepayahan kepada orang lain. Nilaian wang pada sesetengah individu mungkin tiada apa, tapi bagi sesetengah orang yang hidupnya tidak seberapa, pasti mengharap agar wang yang diberi pinjam dikembalikan semula. Tidak wujud istilah berkira tetapi rules of lend/loan pinjam maka pulangkan semula, walaupun dengan ahli keluarga, nilai ini harus dikekalkan. Alahhhhhhh dengan adik beradik pun nak berkira... itu ungkapan kata mereka yang selfish..  Bukan istilah berkira yang harus dilihat di sini, tapi tanggungjawab diri terhadap setiap apa yang kita buat, itu yang harus difikirkan. Mengharap orang memberi ehsan tanpa diri tidak berusaha memberi manfaat? Ke mana hilang nilai hidup?... disiplin dan integriti diri boleh terus diketahui dengan ketelusan tingkah laku dalam mengurus adab penyelesaian hutang.

Berbicara atas dasar rasional, kerana sedar bahawa mati itu pasti....

No comments:

Post a Comment