Saturday, October 29, 2011

BOLA



Hari sabtu yang penuh dengan aktiviti...terasa macam hari bekerja pula...bangun pagi sesudah subuh bersiap-siap untuk "site-visit" bagi program khidmat masyarakat dua minggu lagi. Sampai rumah matahari sudah menyembunyi diri..hu hu

Seronoknya menikmati cendawan goreng sambil menonton perlawanan bola sepak piala Malaysia antara Terengganu vs N.Sembilan. Siapa yang anda sokong???????? jeng jeng jeng... rasa hati ni rasa macam nak je turut serta menyokong di stadium...tetapi menonton via kotak berwarna di rumah pun seronok juga..tak percaya???? cuba la lakukan...jika dapat kotak lagi besar tentu lagi seronok...hehe.. (cadangan ini hanya untuk kaum gegirl ye...kaum boboiboy sila beri sokongan di stadium ye...hihi)

Apa beza menonton perlawanan bola melalui tv???
1. Dapat tengok keseluruhan corak permainan berserta ulangan..hi hi
2. Dapat dengar suara pengulas yang best
3. Dapat kenal dan lihat pemain dengan jelas
4. Dapat tengok persekitaran sebenar stadium bola sepak kita
5. Dapat jerit dan dengar suara sendiri sebab tiada orang ramai nak lawan suara kita, hehe
6. Dapat dengar momentum sorakan dari rumah ke rumah
7. Dapat tengok semua aksi pemain (yang ni ada gak yang tak bestnye sebab dpt tgk yang tak patut tgk pun ada...adehhhhh sakit mata....hu hu malu pun ada...)

Bagi saya yang cuma peminat kecil bola sepak ni...menonton perlawanan bola walau hanya dari kotak kecil di rumah sudah cukup mempamerkan betapa kasihannya pengurusan bola sepak negara kita... apatah lagi yang hadir di stadium sudah tentu lagi jelas nampak kekurangannya...TERUK sekali keadaan padang di stadium shah alam... ke mana perginya pihak berwajib...hurmmmmm sayang perkara sebegini dipandang enteng sahaja...



Bayangkan seorang pekerja pejabat dikehendaki bekerja dengan keadaan lantai pejabat yang pecah-pecah dalam suasana berhawa dingin...tentu sahaja boleh mengakibatkan kesihatan pekerja terjejas.
Bayangkan pelajar yang dikehendaki belajar tetapi lampu malap..tentu sahaja mengganggu konsentrasi/mood untuk fokus terhadap pelajarannya.

Saat pemain jersey putih hitam "injured" berdarah di kepala, kelihatan hanya seorang pembantu yang kelam kabut mengeluarkan segala barang yang ada dalam poket doremon beg kecemasan yang dibawa..mencari-cari alat apa yang sesuai digunakan, di saat pemain tersebut dibiar sendiri menenangkan diri. Bukan kah lebih efisyen jika ada dua orang pembantu kecemasan saat itu???

Apa-apa pun...saya suka tengok corak permainan malam ini walaupun pada permulaan perlawanan kedua-dua pasukan agak kelam kabut mencari rentak permainan. Semoga sukan negara kita akan lebih maju...bukan sekadar maju dari segi prestasi permainan, bahkan maju juga dari segi pengurusan...

TAHNIAHHHHHHHHHHHHHHHHHH pada yang menang!!! (^^,)
Keep it up!!

No comments:

Post a Comment