Friday, October 21, 2011

Sukarnya membuat keputusan...

Keputusan a.k.a kata putus adalah suatu perkara yang paling sukar dalam hidup manusia. Sesuatu keputusan yang diambil mestilah difikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjangnya.
Tambahan pula bila ia melibatkan soal hati dan perasaan, hubungan sesama manusia dan pandangan masyarakat. Ia mungkin akan mudah sedikit jika melibatkan wang ringgit sebagai contoh; keputusan untuk membeli kereta atau membeli rumah. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat kajian terhadap kadar harga semasa bersesuaian dengan keperluan jangka masa panjang.
Namun, keadaan jadi sedikit rumit bila ia melibatkan hubungan sesama manusia yang mana dituntut dalam agama supaya sentiasa dijaga keharmoniannya.....Maka jalan tengah yang diambil adalah merujuk kepada yang pakar..
Kita ambil contoh keputusan menghadiri jemputan perkahwinan...
A menerima jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan B semasa A masih berkawan baik dengan C. Sebelum menjelang hari bahagia B, C pernah melarang A untuk terus mempunyai hubungan baik dengan B atas sebab-sebab peribadi C. Namun B tidak mengetahui akan hal tersebut. Selang beberapa hari sebelum perkahwinan, B menghubungi A melalui telefon, e-mail dan juga sms untuk menjemput dan mengingatkan A supaya menghadiri hari bahagianya.
Adakah A menghadiri majlis perkahwinan B??????????????????????????????????????????????????

No comments:

Post a Comment