Tuesday, June 18, 2013

preview RAMADHAN buffet

a lucky day....got treated by meal..when u not even asked for it....alhamdulillah.... itu rejeki..... :)
dah awak ni memang kuat makan kan...

emmm rugi pulak rasanya tak puasa tadi, itu yang terlintas saat mula menerima pelawaan dari teman untuk turut serta menikmati juadah ala2 sesi berbuka puasa di Hotel Vistana...

Ahad yang berlalu menikmati makan malam yang enak, walau lauk pauk ala kadar tapi suasana dan rasa juadah masakan di rumah terkadang nikmat dinikmati, tambah2 jika makan berteman...langsung kenyang memasang niat untuk berpuasa...

Isnin...seawal pagi tekak dan badan rasa tidak selesa..efek tidur yang terganggu mungkin...tidak biasa berpuasa tanpa sahur...makanya pukul 9.30 pagi dah berbuka walau tiada azan bergemersik, hihi... hamboih la kannnn..separuh hari pun tak sampai... ;p

Keluar opis menaiki beluncas Putra dan Star menuju destinasi makan2... Sesi dijadual bermula pukul 7.30 malam... kami tiba awal setengah jam...mencari lokasi majlis, tandas dan surau...check-in di surau, menanti maghrib, selesai janjitemu dgnNYA, senang hati nt nak mengisi perut... yeaaaahhhhhh misi bermula... lets eat!!!!! (^^,)/

preview Ramadhan ini dilakukan oleh pihak hotel sebagai salah satu teknik pemasaran dan juga kaji selidik mengenal pasti kehendak dan permintaan pelanggan...

memandangkan makan pun dah free, apalah kiranya kita jawab la kaji selidik tu bagi membantu objektif majlis tersebut kan...

"it would be nice if there is a condiments for the ice-cream"
komen penambaikan yang tak seberapa sebelum gambar smiley lambang kemesraan dari saya dicoretkan... hihi

Sebelum menikmati ice-cream tu tadi, saya bayangkan ada melt chocolate, badam hancur.... kekacang... coco ball ke... serpihan coco crunch ke.. kismis ke... 
eh, cop! ini bukan keinginan mengada2 dan macam2 ye... udah namanya makan kat hotel kan... takat scoop the ice-cream and put it in the bowl, tidak la perlu sampai makan di hotel, ye dak?! hehe

Kesimpulan kisah ice-cream ni tadi adalah salah satu contoh situasi di mana pihak terbabit gagal menyediakan perkhidmatan sebagaimana yang diharapkan oleh pelanggan... ianya jatuh dalam kategori "below expectation".

Overall menu average and got some with nice taste...satey ayam + daging...kambing salai... rojak buah..teh tarik... kuew tiao...roti jala..mushroom soup...a lots to write here, hihi...masakan kampung, western pun ada... ikan bakar...tapi seafood takde, kerang je yang ada...huhu

Lokasi majlis tadi di tingkat 3... guess room and surau juga di level yg sama dan sgt dekat yang mana sangat memudahkan pengunjung.. Kakitangan hotel juga mesra pelanggan..nice!

Semoga usaha pihak hotel membuat majlis makan2 preview Ramadhan berserta kajiselidik ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka pada hari2 mendatang... please la baca komen ice-cream saya tu kan...hihihi...


No comments:

Post a Comment