Saturday, November 9, 2013

Siapa kita bukan pada apa adanya...tapi bagaimana caranya tingkah kita...

Semalam....
Berfikiran negatif bisa buat diri terbuang jauh...
penat bukan hanya di badan, namun bakal merebak ke seluruh anggota tubuh..
kian parah andai ia menyentuh sudut hati...

Imbasan....
Sekitar waktu permulaan mesyuarat yang berlangsung sehari sebelum berhujung minggu...Pegawai atasan diam tidak berbicara saat diaju persoalan bertalu dek pengurusan tertinggi...saya yang cuma watak picisan tidak sepatutnya berbicara dalam kumpulan itu...tidak! memang tidak, bagi menghormati dan mengangkat status pengetahuan pegawai atasan agar mereka tidak dipandang kurang ilmu atas apa yang dibentangkan... seakan usaha untuk sama-sama menutup kelemahan/menjaga aib pegawai atasan kita... tindakan itu juga murni bukan?

Accountability...
Itu buat otak menghantar pesanan mulut untuk berbicara, saat semua hanya terdiam "who did the research?"... mesyuarat adalah sesi musyawarah...diskusi mencapai kata sepakat bagi tindakan selanjutnya untuk penambahbaikan mahupun penyelesaian masalah.. DIAM pasti bukan jawapan bagi suatu persoalan. Lantas jawapan diberi...disambut reaksi kurang berpuashati..pantas masing-masing menekan ipad/tab dan pelbagai macam gadget canggih mencari fakta yang dicabar tadi, namun tidak berhasil...

Sekali lagi...
Saat menghampiri konklusi mesyuarat, situasi tadi terjadi pada fakta berbeza.. dan sekali lagi menjelaskan...kali ini rasa lebih yakin.. atas apa semangat yang datang pun tidak pasti...dan syukur, ianya jelas difahami...

Merungkai keadaan...
Walau dalam situasi bagaimanapun, terkadang seseorang lebih rela diam samada cuba melepaskan diri dari dipersoal lagi atau cuba menyembunyi ilmu yang diketahui atau sememangnya dia tidak jelas tentang sesuatu itu.... tetapi apa pun keadaan, moga rasa tanggungjawab akan buat kita berfikir untuk tidak mengelak diri...tambahan apabila arahan terus kepada kita, bukan kakitangan bawahan kita..

Pemimpin....
Ramai mungkin bercita mahu menjadi ketua...tapi berapa ramai yang tahu maksud dan peranan ketua..mahu diPIMPIN siapa dan untuk apa? Jelas sikap segelintir mereka...acuh, barang tak acuh....

Pemerhatian....Pelajaran...
Beri ruang untuk menilai sikap dan kepimpinan...yang baik dijadikan teladan...yang buruk, nauzubillah...muga Allah pelihara sikap kita agar tidak jadi sedemikian rupa... Hari ini kita melihat pantulan wajah peribadi para ketua...
siapa tahu suatu hari kelak kita juga akan berada di suatu tahap yang lebih tinggi, 
HATI muga sentiasa dibersih, kenal siapa Pencipta...
muga fahami makna tanggungjawab dalam menggalas amanah...

#hatiinikurniaNYAjanganbiardicemar

No comments:

Post a Comment