Sunday, December 29, 2013

Kad Jemputan - apa dan bagaimana?

"yu, buat la kad jemputan... senang nak menjemput orang, takde tertinggal"
usul mak dua minggu sudah yang masih dalam tangguhan...harap2 sempat la siap untuk diedarkan...

Kad jemputan mungkin pada sesetengah orang dah kurang relevan, masakan tidak...teknologi terkini sudah mampu mengambil alih peranan kad jemputan. Kini undangan ke majlis2 hanya dilakukan melalui laman facebook, twitter, whatsapp, text messaging... ya, its a fast communication and really works to those selected gen..

Well, berbalik cerita kad jemputan kitorang ni tadi, alkisah walaupun teknologi dah canggih tapi tujuan kad ni adalah bagi memudahkan proses menjemput seisi warga kampung, bimbang jika tidak dihantar kad ada rumah2 yang terlepas jemputan... Sensitiviti kejiranan perlu diutama, ini kan dituntut dalam hubungan sesama manusia...hihi

Tak perlu mahal cukup ada maklumat yang ingin disampaikan InsyaAllah muga lancar perjalanan nanti...
Hurmmmmmmm
tapi kan, baru hari ni nak mencari si pembuat kad... sibuk, sibuk dan sibuk mengekang perjalanan... adakah ini masuk kategori alasan??? huarghhhhhh :p

Nampak macam mudah je kan nak buat kad...hakikatnya, proses nak mencari, menempah, memikirkan intipati ayat atas kad tu perlu masa dan proses memikior, huhu 

Jadinya, mari kita buat ringkasan sedikit persediaan membuatnya, hihi...
1. Majlis apa
2. Itinerari/program majlis
3. Kuantiti kad
4. Design kad
5. Info: tarikh, masa, tempat, pelan lokasi, nama untuk dihubungi, nama tuan rumah dan yang dirai...

Haa rasanya cukup dah senarai semak di atas ni, kot nak tambah pantun dan doa pun ok jugak...
Selamat menempah kad! (^^,)

#sayamasihtakjumpasipembuatkad#

No comments:

Post a Comment