Sunday, December 29, 2013

Google

Encik G
Mr. G
Pakcik G

Itu antara nama pena untuk Google...
Kebelakangan ini satu fenomena dalam bual bicara santai sering wujud, terkadang ada pihak yang membuka topik atau menggunakan jargon word bagi sesetengah pihak... bila disoal balas akan maksudnya, nanti dijawab "sila google"

Hilang kemanisan komunikasi, terencat bicara mungkin. Untuk apa berkomunikasi jika masuk dalam kategori tertentu tidak telus. Andai diri tidak mahu berkongsi ilmu, adalah lebih baik jika tidak dibuka langsung topik itu. Nah, mudah bukan. Tidak perlu menimbulkan tanda tanya pada pihak lain.

Maklumat di hujung jari, memang sangat tepat dalam kehidupan serba moden. Namun jangan sampai teknologi membatasi komunikasi pengikat keukuhan silaturrahim. Melalui perbincangan ilmiah adalah cara terbaik dalam membina hubungan. Ini tidak direalisasi bilamana komunikasi whatsapp, wheechat hanya untuk sembang kosong. Pabila ditanya tentang sesuatu, "tanya la mr.G"

Jangan teman, jangan rakan....suatu saat masa kamu bertanya pada anak2 nanti dibalas begitu juga.. Sukar benarkah sekadar menjawab kemusykilan dan berkongsi sekadar apa yang tahu...

Teknologi adalah simbol kemajuan ummah, namun jangan sampai menjarakkan kemanisan silaturrahim..

#ilmusedikitakanbercambahmenghijaubumijikaseringdikongsi


No comments:

Post a Comment