Friday, November 29, 2013

Aku ingin sekuat kamu...

Aku ingin seperti dia…
Teguh mencengkam bumi…
Walau badai laut menerpa…berdiri kukuh dia di situ…
Tak tercalar dek air yang memukul…
Tersentak namun tak goyah…
Bagaimana aku bisa jadi seperti kamu…
Hati ini terkadang rapuh mengharung hidup…
Kerna nyata, sekeping hati kecil ini…terkadang bisa juga berkecil hati…
Tangis sendiri bila mana terasa harga diri bagai dipersenda…sedang tiada siapa yang sedari…
Tewas aku lewat malam hari…
kelopak mata basah lagi…memujuk detik hati agar kembali menyeri…
Andai ini takdirNya, aku redha…
namun Tuhan, berilah aku kekuatan agar ku tidak dibiar sendiri…
Jelas, aku tidak sekuat dia si pohon bakau…
Indah ciptaanMu buat aku terpana pada kelemahan sendiri…




Tuesday, November 12, 2013

Kejamnya kamu...

Jumaat yang lalu... 
tanda-tanda telah diberi...namun tidak jua memberi erti..

Hari kian berlalu...rutin hidup berjalan seperti biasa...
Seperti hari-hari yang lalu...
Memikirkan tugasan yang tak jemu berkunjung...
24/7... memang takkan habis! even if you are not there anymore... 
Kejam kamu biar diri begitu...badan...perlu rehat juga..
gluppp!!! terkesima...ngeee
Tempelak rakan bukan tidak senang...sekadar mengingatkan...
keprihatinanmu teman, sungguh buatku terharu..
Namun, tanggugjawab menuntut untuk terus di situ...

Menjengah lewat petang semalam...
Seakan tidak mampu dikawal lagi..
benar katamu teman, aku seakan kejam pada diri...
sibuk buat kadang terlupa tentang diri..
keperluan sekeliling harus terdahulu dipenuhi..

NAH!!! rasakan...
Seluruh anggota tubuh tak bermaya...
jadi, kipas...fungsimu berhari lama tidak diperlu
Lenaku dipenuhi bantal-bantal dan berhelai selimut...

Sejenak berfikir..
mencari hikmah..
DIA tahu bila rehat itu tersangat perlu buat kamu...
meniti seharian cuti rehat..kesempatan memikirkan tentang diri...
Sabar itu ubat bagi segala ujian...
Redha itu sukar, namun usaha ke arahnya juga jihad...
jadi pujuk hati, muga sentiasa damai dalam setiap rencanaNYA..
Muga diri masih kekal dalam perhatian dan lembayung KasihNYA..
(^___^)

#ingatkanku.sebelum.kuterleka




Saturday, November 9, 2013

Siapa kita bukan pada apa adanya...tapi bagaimana caranya tingkah kita...

Semalam....
Berfikiran negatif bisa buat diri terbuang jauh...
penat bukan hanya di badan, namun bakal merebak ke seluruh anggota tubuh..
kian parah andai ia menyentuh sudut hati...

Imbasan....
Sekitar waktu permulaan mesyuarat yang berlangsung sehari sebelum berhujung minggu...Pegawai atasan diam tidak berbicara saat diaju persoalan bertalu dek pengurusan tertinggi...saya yang cuma watak picisan tidak sepatutnya berbicara dalam kumpulan itu...tidak! memang tidak, bagi menghormati dan mengangkat status pengetahuan pegawai atasan agar mereka tidak dipandang kurang ilmu atas apa yang dibentangkan... seakan usaha untuk sama-sama menutup kelemahan/menjaga aib pegawai atasan kita... tindakan itu juga murni bukan?

Accountability...
Itu buat otak menghantar pesanan mulut untuk berbicara, saat semua hanya terdiam "who did the research?"... mesyuarat adalah sesi musyawarah...diskusi mencapai kata sepakat bagi tindakan selanjutnya untuk penambahbaikan mahupun penyelesaian masalah.. DIAM pasti bukan jawapan bagi suatu persoalan. Lantas jawapan diberi...disambut reaksi kurang berpuashati..pantas masing-masing menekan ipad/tab dan pelbagai macam gadget canggih mencari fakta yang dicabar tadi, namun tidak berhasil...

Sekali lagi...
Saat menghampiri konklusi mesyuarat, situasi tadi terjadi pada fakta berbeza.. dan sekali lagi menjelaskan...kali ini rasa lebih yakin.. atas apa semangat yang datang pun tidak pasti...dan syukur, ianya jelas difahami...

Merungkai keadaan...
Walau dalam situasi bagaimanapun, terkadang seseorang lebih rela diam samada cuba melepaskan diri dari dipersoal lagi atau cuba menyembunyi ilmu yang diketahui atau sememangnya dia tidak jelas tentang sesuatu itu.... tetapi apa pun keadaan, moga rasa tanggungjawab akan buat kita berfikir untuk tidak mengelak diri...tambahan apabila arahan terus kepada kita, bukan kakitangan bawahan kita..

Pemimpin....
Ramai mungkin bercita mahu menjadi ketua...tapi berapa ramai yang tahu maksud dan peranan ketua..mahu diPIMPIN siapa dan untuk apa? Jelas sikap segelintir mereka...acuh, barang tak acuh....

Pemerhatian....Pelajaran...
Beri ruang untuk menilai sikap dan kepimpinan...yang baik dijadikan teladan...yang buruk, nauzubillah...muga Allah pelihara sikap kita agar tidak jadi sedemikian rupa... Hari ini kita melihat pantulan wajah peribadi para ketua...
siapa tahu suatu hari kelak kita juga akan berada di suatu tahap yang lebih tinggi, 
HATI muga sentiasa dibersih, kenal siapa Pencipta...
muga fahami makna tanggungjawab dalam menggalas amanah...

#hatiinikurniaNYAjanganbiardicemar

Monday, September 9, 2013

Bicara...sikap sesetengah kita...

Entah bagaimana bermula bicara dia...mengisi waktu senggang rehat tengahari... corat-coret kehidupan sekitar pengalamannya dari kaca mata si adam, sekadar berkongsi pada perkiraan saya buat tauladan bersama...

Sukar bicara dengan saya pada cerita kisah hidup orang lain..paling2 yang lain hanya picisan cerita... senang berbicara dalam liputan kehidupan secara umum, menyentuh aspek hidup...lagi tertarik jika yang berbicara pandai membuka topik ekonomi, sosial, politik atau apa sahaja yang boleh saya ambil inputnya... almaklum diri ini tidak seberapa pengetahuannya..jadi, tatkala bual dengan teman, rakan taulan atau siapa jua...mungkin boleh dicedok segala ilmu milik mereka yang tidak lokek berkongsi... :)

Berkisar sikap...attitude seseorang dalam soal cinta dan pilihan hati... 

Dia tanyakan pada saya, akan masihkah hati pada sidia yang sedia ada atau mahu memilih dia? Iskhh mestilah dengan sidia yang sedia ada...memangla kami ada kala berantakan, tapi itu bukan alasan untuk beralih arah hati. Silap saya sebab pernah mengadu pada dia yang kami pernah selisih faham..pandai dia guna peluang mengambil hati, tambahan sering bersua-muka dan berhubung bicara..masakan tidak tercuit rasa di hati...(senyum2 dia). Saya terangkan pada dia, andai saya pilih dia...belum tentu kami tidak akan berselisih pendapat, pasti akan ada.. tiap kita ada buruk lakunya. Jadi mengapa harus guna itu sebagai ruang untuk menukar haluan hati. Buruk baik antara saya dengan sidia masing2 tahu dan terima..Kalau masa bergaduh, teruk betul. Kalau masa baik tu, haishh indahnya rasa (kelakar pulak tgk reaksi dia bercerita, tapi nampak bunga2 di raut wajahnya).
Namun ada juga teman2 teruna dan dara yang menambah perisa, tinggalkan yang lama..ambil yang baru..itu sogokan mereka (menggeleng kepala dia).
Orang lelaki ada yang begitu..dilayan semua perempuan..beri rasa pada semua..biasanya lelaki begitu tidak suka ada kekosongan di hati (saya pandang dia, untuk cuba memahami apa yang hendak disampaikan)..misalnya kalau dia berselisih dgn di sini, dia akan pergi pada yang di sana dan begitulah putarannya, kerana dia sentiasa ingin ada yang menghiburkan hatinya...tidak sedar dia melukakan hati banyak pihak dalam pada dia hanya fikir keseronokan diri semata..(panjang bicara dia menyambung)
Semua ni..hati kena kuat...hidup kena ada matlamat..

Bicara dia terhenti sekitar itu memandang jam lewat 1.40 petang. Makanan yang sudah dipesan perlu diambil, cik peyot ku nanti riang menyanyi, hihi


Allah ciptakan adam dan hawa dengan karektor yang berbeza untuk dilengkapi dan melengkapi..toleransi, sabar dan saling menghormati akan meletakkan keutuhan sebuah hubungan bila berpaksi pada mencari redhaNYA.. 

Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah (^_^)

~ya Allah,jgn Kau biarkan aku sendiri..tunjuki aku dalam tiap gerak naluri dan langkah kaki...susuri perjalanan penuh onak ranjau berduri~

Tuesday, July 30, 2013

Langkawi.....................aku datang!!!! #4

Sekitar pemandangan pagi di pantai Chenang....pukul 11 pagi macam pukul 3 petang rasa panasnya...












Berbuka puasa

seoul garden... flaming... johnny...
steamboat!! itu misi utama
"bape hengget?" haa... yg ni pun jatuh dalam kategori misi gak nih
"kat mana? jammed tak?"
"kat KL ni ada ke jalan tak jammed?"
"ada, kat umah i" owhhh dari mana dtg keyakinan ituh, hihi

berpuluh...atau ratusan mungkin, conversation through whatsapp (sib bek la free kan, hihi) bg memilih lokasi berbuka puasa..

nak makan je pun, tapi nak buat keputusan punyalah susah..(kurang tepat ni)
emm bukan susah tapi ambil masa untuk kesepakatan bersama...(ni positif kit)

ketiga2 pilihan di atas memerlukan anda untuk membuat tempahan awal ya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku yakni fully booked! heh!
tapi takde la awal sgt pun, on the day itself pun still can make the booking...tapi better before tengahari...

started with seoulgarden...net RM50 per person, followed by flamming RM29.90 per person and then johnny's RM69.90 (for 4 person)..

main concern is to reach the location before the break fasting... if sampai dah berbuka, idak le namanya berbuka..kan kan...hihi

tak tahu macammana, ke penghujung komunikasi kami memilih antara flamming dan johny's....walhal sebenarnya nak ke seoulgarden.. fokus semakin jelas, dan akhirnya tempahan dibuat:

flamming, setapak (03-41423144) - buffet
- waktu makan untuk sesi berbuka puasa bermula pukul 6ptg - 8.30mlm SAHAJA.
- 6ptg: seat in, 6.30ptg: boleh mula ambil makanan, 8.30mlm: finish. (hagak2 korang sempat ke nak pulun makan dlm tempoh sejam je?)
- surau ada
- nak parking senang masuk kat KLFestival city, jalan sikit je keluar nak ke restoran ni..tak rasa pun penat sbb leh leka tgk kedai2, hihi

johnny's, alpha angle wangsamaju (03-41499820) - ala'carte
- 6ptg: kena seat in and make the order (takut tak sempat nanti nak prepare lauk2 kata mereka)..kena buat deposit 50%.
- surau leh guna yg AEON punye..
- parking pun AEON punye..

berfikiran tika itu satu jam adalah sangat terkejar2 untuk menikmati juadah hidangan buffet, makanya tempahan dibatalkan dan beralih ke johnny's....alkesahnya taknak terkejar2 nt nak makan and solat...
saat menunggu waktu berbuka...."nak gi makan kat seoul..." "i pun.." "kenapa tak gi kat situ eh?" "entah..." ---> well3, tiada rezeki mungkin...tak tahu di mana silap...tapi apa2pun, alhamdulillah majlis berbuka puasa group whatsapp "bujang terhot" sukses jua..hihi..siap lagi pas solat mentong mcflurry pulak.. sambil borak2 bertukar cerita..sesekala bertemu teman2, bual bicara berkongsi buah pandangan/nasihat..itu jua tanda kasih dalam bersaudara (^_^)...

~syukur, bila masih ada yang sudi menasihati~









Friday, July 26, 2013

Ramadhan 1434H

Bulan penuh Rahmat....keberkatan...di dalamnya tersembunyi seribu satu kenikmatan bagi yang mencari dan mahu memilikinya..

Dari seawal Ramadhan berpuasa...tak dikira pula dah berapa hari melaksana ibadah wajib rukun Islam ke-4 ni..seingatnya hari pertama berpuasa...puasa dan puasa....tahun ini sedikit berbeza...lantaran peristiswa berpindah rumah, peti ais dah dijual makanya tahun ni juadah berbuka puasa samada beli di bazar Ramadhan ataupun dengan keluarga dan teman2...rotate je la aktiviti tu...huhu
"tahun ni 1st time ayu tak masak kan" spontan bicara teman serumahku..he he.... rezeki si penjual bazar mungkin... (*^,) 
nak tunggu masak, tunggu hari minggu la...beli dan masak terus, tak buleh simpan2 barang basah, huhu

Kesempatan melayari muka buku pagi ni, terpandang foto update dari seorang teman, gambar al-Quran dan tertera tarikh 17 Ramadhan 1434H.. Ya Allah, sebak tiba2 datang menerpa... cepatnya masa berlalu..sedikit waktu lagi yang entah sempat entahkan tidak untuk terus bersama ke akhir 30 Ramadhan...

Ramadhan 1434H....pernah suatu Ramadhan dulu diuji....dan kini juga dalam Ramadhan...satu2nya bulan yang di setiap sudut waktu menjanjikan keberkatan dan ganjaran... 
jadi ayu, guna peluang meminta dari hanya DIA sebaiknya (monologku sendiri)... 
ujian buleh jadi dalam bentuk rezeki... rezeki juga buleh jadi ujian... di situ letaknya kebijaksaan penilaian...

Kesibukan, duniawi...jika tidak diseimbangtara boleh melalaikan jiwa...masa diperuntuk sebaiknya buat memenuhi segala tuntutan yang datang...

Muga dalam sibuk leka dengan bermacam perkara..
tidak sampai lupa padaNYA yang memberi... 
keluarga tidak lepas dihubungi... 
teman2 tidak disisih tepi..