Terpanggil untuk berbicara...mengutara buah fikiran yang tak seberapa....
Pengalaman kecilku dalam dunia perniaagan korporat yang baru mencecah 5 tahun secara praktikal...yang telah melalui proses teori seawal usia 18 tahun..... (okey3...cukup di situ...sila jangan congak berapa umur saya ye... :p )
Sedikit cerita buat pembuka... mengisi waktu makan tengahariku...mungkin di lain waktu akan kurungkai lagi buat perkongsian semua... (^◡^ )
"kalau tahu macam ini lah jadinya, baik tak yah amek kontraktor Melayu"...
"kerja dengan Cina tentu tak jadi macam ni"..
Bukan seorang yang memberi komen sedemikian rupa..tapi lebih...
saat mendengar terasa betapa kecewa sang teman...duit dilabur bukan seribu dua...tapi hasilnya tidak nampak apa...malah terpaksa menanggung kerugian gara2 sikap kontraktor yang sering mengelak tatkala dihubungi...
Tujuan asalnya mahu menyokong sesama bangsa...memajukan perniagaan sesama kita...bukan tidak punya pilihan kontraktor bangsa lain, tapi semangat juang mahu melihat kemajuan bangsa sendiri...
NAH!!! itu yang diperoleh... bisa mungkinkah akan lagi berhubung dengan kontraktor itu selepas ini?????
Saya sendiri saat mendengar keluhannya...merasa kecewa....ADUHAI BANGSAKU.....
apa sebenarnya yang melanda....kemana hilangnya nilai setia...ruang berniaga yang dicipta untuk dikau jua...tapi balasan itu yang diterima???
Cuba merungkai permasalahannya...mencari jalan penyelesaian agar sekadar sekurangnya beliau mungkin mendapat sedikit ganti rugi...Tapi sayang seribu kali sayang...
ATAS DASAR PERCAYA....tiada kontrak/perjanjian urusniaga...resit jua tidak dikemuka...walau cuma sekeping surat bertulis...buntu...dan akhirnya teman redha dengan kerugian ditanggung...yang termampu adalah terus mendesak kontraktor tersebut menyiapkan kerja...
Alahaiiiiiiiiiiii teman....rakan...sahabat dan taulan.....
Tiada suatu apa dalam dunia ini yang memberi jaminan apa2...
dek kerana itu atas apa jua urusan perniagaan, Pastikan kamu punya sesuatu sebagai bahan bukti...
Tidak kiralah walau urusniaga cuma antara teman setia...mahupun sanak saudara...
Bukan bermakna kamu berkira..
Tetapi itu nilai kerja, kualiti pengurusan urusniaga...
Tidak sedikit merugikan...malah lebih kepada memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat..
Agar wujud komitmen, rasa tanggungjawab...
Apa yang dimaterai melalui lisan, terkota dengan TINDAKAN
Susah!!!! Leceh!!! Tidak tahu sebenarnya....itu punca kejadian di atas berlaku....
Justeru...call me for any assistance...he he... i would appreciate to share my little knowledge to anyone.. sharing is caring (^◡^ )
Thursday, March 7, 2013
Wednesday, March 6, 2013
usia
"what??? are you kidding?? hei!! you make me feel old"...spontaneous comment from my new colleague who is just graduated... which i just can respond with a smile....a BIG smile... (✿◠‿◠)
ha...tu dah mula la feeling2 muda remaja kan...ngeh3...
ate...ada ke sapa2 di sinun yang tak suka bila org kata "eh, awak nampak muda la dari usia"... sape yang melenting memang weng la tu..he he
Seronok...rasa bahagia...siapa pun jua akan merasa begitu...bersyukur atas nikmat pinjamanNYA...
Namun diri ini tidak pernah lupa pada hakikat dunia...semakin hari usia semakin bertambah... namun terkadang dek kesibukan bekerja...mencari nafkah untuk diri dan keluarga...juga buat melunas hutang yang ada...buat diri ini terleka akan pantasnya kitaran masa...
Lantas termenung sendiri....memikirkan diri yang masih sendiri...melihat teman dan rakan satu persatu membina mahligai bahagia
Diri ini kian hari mengadap perbagai kata...sinis, nista manusia...mempertikai keadaan diri yang masih sendiri...
diterjah sangkaan terlalu memilih...sibuk mengejar kerjaya..
tiap kali itu jua, diri akan terus tersenyum tanpa kata....
Tidak kurang jua yang menyangka diri ini tidak pernah serius dan hanya suka sekadar teman suka-suka...lantaran sikapku yang mudah mesra... haishhh macam2 ada kan....huhu
Namun terkadang hati kental ini tewas tatkala bertemuNYA...dalam tiap waktu dan kesempatan, berserah sepenuh hati pdNYA...kerna DIA yang lebih mengetahui atas tiap apa yang terbuku...
Persepsi mereka...belajar tinggi untuk apa...nanti ke dapur jua...berkarier pasti mahukan teman berharta dan berstatus...Bergaji besar, tarah hidup tinggi..."demanding"...
Tapi itu kata mereka....yang tersilap dalam menilai...A.K.U.i.n.s.an.b.i.a.s.a~
(^◡^ )

Thursday, January 3, 2013
Tips sihat dan cantik
Mahu Sihat? Atau mahu Cantik?
Yang sihat pastikah cantik?
Yang cantik pastikah sihat?
Jika ditanya pada kaum hawa…kedua-dua aspek ini memang tidak
boleh dipisahkan.. umpama aur dengan tebing… irama dan lagu… kurang salah satu,
maka pincang lah tunjang nya…chewahh!!! He he
Kebelakangan ini semakin banyak produk2 kecantikan dan
kesihatan di pasaran bak cendawan tumbuh selepas hujan… Ada kalanya produk yang
disebut belum berdaftar di kotak fikiranku. Adakah saya yang ketinggalan atau
sebab timbunan produk yang terlalu banyak untuk diambil tahu? Hu hu…
S&F…Tabita…Miracle Tab adalah antara produk yang sedang
menjadi perhatian… selain dari produk seperti pure marine collagen…
Terbaru produk Gluta 20000.
Percaya atau tidak…. Pertama kali tahu mengenai produk ini daripada
seorang teman…teruna yang gagah. Kelllllllassssss kau bang!!
Beliau ni memang saya kenali seorang yang maskulin, jadi tiadalah daku
terbesarkan bebola mata kala mendengar beliau bercerita kan.. he he
Haaaaaaaaaaaaaa bukan kaum hawa je yg prihatin soal kecantikan…kaum
adam pun sama… Pendek kata, sama2 la mahu cantik…
Kata orang, bila orang tu rasa cantik..keyakinan diri dia pun bertambah
bila nak berhadapan dengan orang ramai…
Cantik sahaja tetapi tak sihat tak boleh juga kan…huhu
Saya sendiri pernah dicadangkan mengambil supplement EPO (Evening Primrose
Oil) oleh seorang teman.. dikabarkan elok untuk awet muda.. dapat melancarkan
peredaran darah, elok untuk melegakan eczema.. Hah!?? Sapa tak suka kan bab2
nak muda sentiasa ni….hihi
Setelah mendapat sedikit maklumat dari En.Google, saya turut mendapat
khidmat nasihat/pandangan dari Puan Doktor.. Well, asking from the expert is
better I think…
Soalan pertama yang diaju oleh Pn.Doc “makan EPO untuk apa?”…. “ada
tindak balas yang positif tak pada diri”…. Akhir sekali, jika tiada keperluan
maka pengambilan EPO itu jatuh pada kategori TIDAK PERLU…. Hu hu
Apapun sebelum makan/amalkan sesuatu produk, pastikan produk tersebut
berdaftar dengan badan2 yang telah diiktiraf bagi memastikan tiada kesan
sampingan pada diri kita, okeh!?? (^^,)
Berikut link2 berkaitan untuk rujukan teman2 bloggers sekalian… check it out!!!
**all pics taken from mr google :)
…Cantik di mata….cantik di hati…
Sunday, December 30, 2012
Hilangnya seorang sahabat
“nt akk blk raub singgahla…Rindu akk”
Bagai terngiang2 ayat2 itu saat menatap wajah yang terbujur
kaku…bagai mimpi ia berlaku…
Sungguh Allah lebih menyayanginya…. Moga dia tenang di sana
dan ditempatkan di kalangan para solihin…
Terdahulu sebelum beliau….
Perkara yang sama menimpa seorang sahabat…izin Allah
menemukan saya dgn sahabat lama…sama2 berada di tingkatan enam rendah sebelum
saya melanjutkan pelajaran ke UiTM Jengka.
Kurang lebih tujuh bulan kami belajar bersama2. Rancak perbualan kami
membawa kepada cerita peribadi yang lebih mendalam. Beliau rupanya dalam proses
pemulihan sepenuhnya (InsyaAllah) dari sakit sekian lama gara2 phd manusia..
mungkin yang tidak mengalami belum tentu mampu percaya melihat apa yang
dilaluinya..luah beliau mengungkap rasa hati.. kembali ke kampung untuk
berubat, berusaha selagi terdaya…
Alhamdulillah kala pertemuan kami, wajah cerianya kembali
terpamer…muga ukhwah yang terbina utuh, walau jarak memisahkan…’
Sekelumit rasa terkilan…
Mungkin saya mengambil kisah sahabat ini yang membolehkan fikiran saya menjangka arwah juga boleh pulih.. dari sehari ke sehari perancangan untuk melawatnya tertangguh dek aktiviti2 bersama keluarga dan lain2.
Gerak hati pagi hari tanggal 27 Disember 2012 menghubunginya melalui komunikasi maya…lantas membawa kepada perkabaran beliau telah kembali menemui DIA yang satu selepas asar hari yang sama…
Kelopak mata basah, berulang kali membaca kiriman whatsapp yang diterima, mencari kekuatan menerima kenyataan yang berkira2 mahu melawatnya kala hujung minggu…
Sebenarnya kami tidaklah serapat mana, cuma kenal dan berhubung kerana pernah sama2 belajar di UiTM, dan ketika itu saya terlibat sebagai committee members semasa program induksi beliau sebagai pelajar baru... Saya senang menerima ukhwah dari sesiapa jua yang ikhlas bersahabat, lantaran itu saya agak mudah tersentuh hati jika sesuatu menimpa insan yang pernah dikenali walau hubungan tidaklah seakrab mana..

Pertemuan kami yang terakhir, beberapa bulan lepas tatkala beliau meminta pertolongan menemani membeli brg2 keperluan utk berubat. Melihat beliau yang tabah menghadapi ujian…derita atas tindakan manusia yang entah kenapa tergamak melakukan… hilang wajah cerianya.. tapi semangatnya kuat, kagum melihat!
Siapa yang mampu menjangka…kala usianya yang masih muda…kecil
molek orangnya…bijak dan petah berkata2…menemui Yang Satu lebih dahulu dari
kita…
Muga saya belajar dan dipermudahkan untuk tidak lagi
mengulangi melewatkan hasrat hati melakukan apa jua perkara yang baik..
Al-Fatihah buat sahabat dan saudara seIslam yang telah
kembali mengadap Ilahi…
Saturday, October 13, 2012
Dari dapur kecil ku...
Kebelakangan ni keinginan makan bertambah tapi terkadang tak berselera untuk makan...eh macam mana tu kan..he he...
Kalau di kampung, penyelesaiannya amat mudah, tumbuk je cili buat sambal tempoyak...pergi belakang rumah petik ulam raja..pasti makan bertambah2, he he
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tengok apa yang berjaya dihasilkan di dapur kecilku.. (>‿◠)✌
~Sambal Tempoyak Ikan Bilis~
~Cream puff with Custard cream~
![]() |
| dah lama teringin nak buat ni sbb mmg suka rasanya yang gebu dan krim kastad yang xmanis sgt...akhirnya dapat juga hasilkan sendiri..hasil pencarian resepi dr en. google..bertemu la mat gebu di alam maya..spesel thanks to him yg sudi berkongsi resepi (✿◠‿◠) |
Trauma VS Fobia...
Lama rasanya tidak menjengah ke blog sendiri...beberapa hari ni singgah membersihkan sesawang yang ada, macam rumah usang la pulak kan...he he...
Bukan tiada cerita yang ingin dikongsi, malah terlalu banyak yg ingin dilukis agar bisa menjadi paparan warna-warna kehidupan sehari-hari...
Hari ini hujan lebat mengiringi sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman...40km/j, 60km/j bersilih ganti....jarang2 dapat menekan pedal ke 80km/j...
Gerakan kereta yang perlahan membawa ingatan kembali pada malam menyambut ketibaan Ramadhan 1433H yang lalu...
Hari itu rata-rata semua orang menanam hasrat menyambut ketibaan Ramadhan bersama keluarga, tambah2 insan bujang sepertiku...Mahu juga merasa kemeriahan berkeluarga..Syukur Ya Allah walau diri ini masih sendiri namun daku punya keluarga yg menyayangi..Alhamdulillah.. (^__^)
Keluar dari "office" menaiki "LRT" terus ke rummah sewa mengambil kereta... "Dengan NamaMU ya Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, lindungilah perjalananku, hanya padaMU aku bertawakal".... vrooommmmmmm perjalanan bermula....
Pandangan mata ditajamkan, memberi tumpuan pada jalan yang agak kabur dek hujan lebat mencurah bumi..kereta dipandu perlahan, langkah berhati-hati.... Hujan sudah agak reda tatkala menuruni kawasan bukit tinggi.. Kereta di hadapan selang beberapa minit menekan brek menunjukkan langkah berwaspada..Saat itu stereng dipegang kian rapi, brek kaki ditekan penuh teliti menuruti rentak pemanduan di hadapanku...Tiba-tiba kereta di depan seakan berhenti, telah ditekan brek kaki namun tayar keretaku tidak selari, sekejap ke laluan kiri...sekejap ke laluan kanan...berulang-ulang beralih arah dalam 3 ke 4 kali.. saat berada di laluan kiri itu sempat jua mataku mengerling beberapa buah kereta berhenti di lereng bukit...mujur di belakang tiada kenderaan yang rapat...
Melepasi keadaan genting, kereta dikekalkan di laluan kiri...beristighfar panjang, dada berdegup kencang, syukur sangat pd Ilahi yang menyelamatkan diriku dari kecelakaan.... Saat cuba menenangkan diri, sebuah kereta di belakang seakan mengikuti...agak lama jua...mungkin pemandunya ingin memberi pertolongan seandainya daku berhenti meminta bantuan..Namun dek cuaca yang kurang baik dan malam semakin menjengah, tiada kekuatan diri untuk berhenti..Akhirnya, kereta itu yang dipandu sepasang suami isteri berlalu melepasi meninggalkan daku yang masih berusaha menenang diri..
Hanya setelah sampai di Genting Sempah barulah perjalanan berhenti seketika, memeriksa tayar sekiranya ada yang tidak kena...Semuanya dalam keadaan baik....
Sampai di rumah bonda selesai menunaikan solat Maghrib, bergegas ke masjid...Alhamdulillah dapat jua mengikuti Tarawikh malam 1 Ramadhan 1433H.. Sesungguhnya masa ini milikMU, ya Rab...
Kuceritakan detik cemas itu pada abangku...dan katanya, mungkin jalan licin/berminyak menyebabkan tayar keretaku berpusing...dan mungkin 4,5 buah kereta yang berhenti di lereng kiri ketika itu adalah mangsa awal sebelumku...
Bila diingat kembali, memang tidak pernah ada kereta yang berhenti di lereng bukit itu, hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Syukur....syukur dan syukur....semoga daku bisa menghargai tiap detik yang dipinjam olehNYA...
Dan kerana kisah inilah..sebelum memasuki tol gombak siang tadi, daku berhenti seketika di kaki jalan...berfikir2 samada mahu meneruskan perjalanan atau berpatah balik, lantaran hujan yang sangat lebat...trauma...atau fobia...bimbang keadaan sama berulang kembali...Alhamdulillah, dalam gerak perlahan...sampai jua di di rumah bonda..
Setiap hari daku belajar sesuatu...Berdoa dan berusahalah untuk melakukan yg terbaik keranaNYA...DIA pasti mempermudahkan urusanmu, InsyaALLAH... (^^,)
Saturday, February 4, 2012
Makan gaji atau kerja sendiri??-Mana Lebih Bagus?
Biasa kan dengar ayat ini...
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH STRESSSSSSSSSSNYEEEEEEEEEEEE" (~_^)
Tetapi jarang2 dengar orang kata...
"arghhhhhhhhhhhh tertekannyaaaaaaaaaaaaaa" (~_^)
Ini adalah kerana nak sebut perkataan TERTEKAN lebih "stress" berbanding sebut perkataan "stress" ;p he he
Alkisah ayat2 ini amat biasa diungkapkan dek para pekerja makan gaji mahupun yang bekerja sendiri.
Salasilah ringkas pekerja makan gaji:
-Waktu bekerja adalah 8/9jam sehari contohnya 9pg-6ptg, 7.30pg-4.30ptg, 3ptg-11mlm;
-Ada peruntukan cuti tahunan dan cuti sakit;
-Ada cuti kecemasan contohnya isteri bersalin awal dari tarikh jangkaan (cuti kerana cemas kucing nak beranak sama sekali terkecuali, hikhik);
-Ada juga waktu pengecualian a.k.a "time-off", kebiasaannya dua jam diperuntukkan contoh mempunyai temujanji dengan doktor pakar ketika dalam waktu bekerja;
-Bayaran gaji pada penghujung bulan;
-Simpanan masa depan secara paksa rela melalui potongan kwsp;
Salasilah ringkas bekerja sendiri:
-Golongan ini agak berprestij kerana sering digelar usahawan;
-Majoriti tidak mempunyai ketetapan waktu bekerja;
-Tiada istilah "time-off";
-Tidak perlu mengemukakan surat cuti sakit atau meminta kebenaran untuk bercuti;
-Boleh dapat gaji tanpa perlu menunggu cukup tarikh kalendar bulanan berakhir;
Senario Makan Gaji vs Kerja Sendiri - Kerja kuat kadang2 "unpaid overtime" atau ada juga yang perlu datang pada hujung minggu bila ada projek baru/wahyu yang mesti disiapkan segera. Kenapa "unpaid" ya? Ini kerana golongan eksekutif sama sekali tiada dalam senarai boleh tuntut untuk kerja lebih masa...hu hu.. Berbeza pula dengan yang Bekerja sendiri..makin banyak masa dan tenaga dikerah, makin banyak la pulangan nya.. Tetapi...org kerja sendiri tiada KPI dan bonus tahunan hokeyyyyy...Eh2!!! cop2!!! Makan gaji tu pastikah ada bonus? haaaaaaaa harusla ada kan...jika tidak, ada la kesatuan2 sekerja yang memberontak. Cuma nilai/jumlah bonus itu sahaja tidak pasti banyak atau sedikit..Sebulan gaji? Dua Bulan? APA?????? Enam bulan? (Wahhhhh syiokkkkknyeeeeeeeeeee) Kebiasaannya para pekerja bank la yang lumayan nilai bonus diorang...almaklum bisnes diorang kan trading duit tiap2 hari...hu hu
Camne lak nak dapat bonus tu? KPI=Key Performance Indicator perlu diisi oleh setiap pekerja dan dinilai oleh bos2 mereka..Biasanya ada dua orang penilai..Bahagian ini agak stress ya kawan2 sekalian...Kan tadi dah cakap org makan gaji ni ada gak kerja lebih masa, arahan bos sudah dituruti, tetapi malangnya target masih juga tidak dicapai.Oleh yang demikian, kurangla markah (╥﹏╥)
Yang bekerja sendiri tidak perlu menempuh sesi penilaian markah sedemikian namun tidak terkecuali sering juga runsing memikirkan modal pulangan perniagaan. Saat memperoleh keuntungan berganda jika tidak dikawal perbelanjaan, silap2 boleh "deficit" pula sebelum projek baru masuk ⊙.☉ Itu tidak dikira lagi jika perniagaan diusahakan bersama ahli keluarga, jika berlaku masalah dalaman keluarga, tambah lagi satu keserabutan..hu hu
Eh2!! so mana yang lebih bagus ni...makan gaji atau kerja sendiri????? Jeng jeng jeng.... Kita sambung lagi di episod akan datang ye...he he (✿◠‿◠)

Subscribe to:
Posts (Atom)