Thursday, March 7, 2013

aduhai bangsaku

Terpanggil untuk berbicara...mengutara buah fikiran yang tak seberapa....
Pengalaman kecilku dalam dunia perniaagan korporat yang baru mencecah 5 tahun secara praktikal...yang telah melalui proses teori seawal usia 18 tahun..... (okey3...cukup di situ...sila jangan congak berapa umur saya ye... :p )

Sedikit cerita buat pembuka... mengisi waktu makan tengahariku...mungkin di lain waktu akan kurungkai lagi buat perkongsian semua...   (^◡^ )

"kalau tahu macam ini lah jadinya, baik tak yah amek kontraktor Melayu"... 
"kerja dengan Cina tentu tak jadi macam ni"..

Bukan seorang yang memberi komen sedemikian rupa..tapi lebih...
saat mendengar terasa betapa kecewa sang teman...duit dilabur bukan seribu dua...tapi hasilnya tidak nampak apa...malah terpaksa menanggung kerugian gara2 sikap kontraktor yang sering mengelak tatkala dihubungi...

Tujuan asalnya mahu menyokong sesama bangsa...memajukan perniagaan sesama kita...bukan tidak punya pilihan kontraktor bangsa lain, tapi semangat juang mahu melihat kemajuan bangsa sendiri...

NAH!!! itu yang diperoleh... bisa mungkinkah akan lagi berhubung dengan kontraktor itu selepas ini?????

Saya sendiri saat mendengar keluhannya...merasa kecewa....ADUHAI BANGSAKU.....
apa sebenarnya yang melanda....kemana hilangnya nilai setia...ruang berniaga yang dicipta untuk dikau jua...tapi balasan itu yang diterima???

Cuba merungkai permasalahannya...mencari jalan penyelesaian agar sekadar sekurangnya beliau mungkin mendapat sedikit ganti rugi...Tapi sayang seribu kali sayang...
ATAS DASAR PERCAYA....tiada kontrak/perjanjian urusniaga...resit jua tidak dikemuka...walau cuma sekeping surat bertulis...buntu...dan akhirnya teman redha dengan kerugian ditanggung...yang termampu adalah terus mendesak kontraktor tersebut menyiapkan kerja...

Alahaiiiiiiiiiiii teman....rakan...sahabat dan taulan.....
Tiada suatu apa dalam dunia ini yang memberi jaminan apa2...
dek kerana itu atas apa jua urusan perniagaan, Pastikan kamu punya sesuatu sebagai bahan bukti...
Tidak kiralah walau urusniaga cuma antara teman setia...mahupun sanak saudara... 
Bukan bermakna kamu berkira..
Tetapi itu nilai kerja, kualiti pengurusan urusniaga...
Tidak sedikit merugikan...malah lebih kepada memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat..
Agar wujud komitmen, rasa tanggungjawab...
Apa yang dimaterai melalui lisan, terkota dengan TINDAKAN

Susah!!!! Leceh!!! Tidak tahu sebenarnya....itu punca kejadian di atas berlaku....
Justeru...call me for any assistance...he he... i would appreciate to share my little knowledge to anyone.. sharing is caring (^◡^ )


No comments:

Post a Comment