saya nak minta pulang awal hari ini (pulang awal=balik on time buat saya)...
seawal pagi saya memberi hint pada bos, minta pelepasan untuk tidak ditahan
bekerja lebih masa petang itu...perlu untuk saya memandangkan majlis nikah
teman berlangsung di Semenyih, sepetang Jumaat di Kuala Lumpur pastinya
mengundang tamu memenuhi jalan raya, jadinya haruslah merancang perjalanan kan
kan kan....hihi
Lama tidak bertemu
seisi keluarga, pastinya mengundang tanya pada mereka akan status diri yang
masih single mingle tak bape nak hot gitu...kih kihkih...
Ada yang menyuara “takkan tiada?” “memilih ya?”
Tersenyum tanpa kata itu mungkin yang terbaik kala dan tika itu….
Andai dibetah pasti jua kalah, bukan menang dalam bicara yang
dijangka, terkadang diam lebih baik pada sesetengah perkara (^_^)
Nak salahkan mereka bertanya pun tidak patut. Mengapa harus sensitif
pada perkara yang menjadi norma masyarakat. Dan itu lagi buat kita sukar meluah
yang tersirat, huhu
Anggapan…
Sangka mereka, kita yang punya segulung ijazah tentu mahukan
pasangan yang begitu jua… status mesti diutama…
Dalam hati saya membetah setiap inci pendapat mereka, tapi dalam
hati sahaja lah, malas memanjang bicara..menjaga hati semua itu lebih baik pada
perkiraan saya.. bimbang nanti pandangan saya disangkal…apa yang utama, mak
faham jiwa saya… memerlukan pasangan hidup yang berkekalan bukan dilihat dari
kelayakan akademik mahupun harta yang dimiliki…apa guna kaya dunia, jika nilai
agama disisih tepi.. bukan jua meminta alim ulama’ kerna diri sendiri pun tidak
sempurna.. cukup sekadar dia (siapa la incik jodoh ni kan…verangan :p) memahami
dan menghormati keadaan diri dan keluarga yang hidup serba sederhana…serta faham dan tahu siapa dia Pencipta kita, lantas itu pasti buat kita tunduk tawaduk pada suruhanNYA..
Sekeping kertas dengan logo uni menoktah diploma, ijazah, master,
phd mahupun doktorat hanyalah bukti kamu telah menuntut di situ..
Siapa kamu selepas itu, bahagia kamu, berjaya kamu, bukan dinilai
dari kertas itu pada jalan kehidupan yang nyata…iya saya tidak menafi tatkala
kamu meminta kerja sekian ramai majikan menuntut kelayakan sebegitu..tapi
percaya atau tidak sekeping kertas itu tidak mungkin mampu menolak diri menuju
jaya tanpa peribadi yang jitu…
Tekun!! Itu kunci…Rezeki!!! Itu janji…
yang pasti untuk siapa jua
yang DIA berkehendak selagi ada daya dan usaha, bukan selagi ada ijazah atau
master…
Ramai saudara malah rakan terdekat, tidak punya minat untuk
menyambung pelajaran ke peringkat Uni, atau yang juga tiada kemampuan berkuliah
seperti teman-teman seusia… Berjaya juga mereka bukan kerana sekeping ijazah,
tapi Tekad dan Semangat untuk Berjaya…itu membentuk jaya dan bahagia…
Saya ambil contoh terdekat agar apa yang dikata realistik tidak mengundang kata tanpa apa….Suatu masa, kata dua saya beri pada adik samada mahu
sambung belajar atau bekerja, walau pada mula mengharap ada yang mengikut jejak
ke Uni, bukan untuk membangga..tapi hasrat mengubah nasib keluarga dan
pandangan masyarakat terhadap kami yang dulunya umpama hidup kais pagi makan
pagi, kais petang makan petang…
Dia pilih utk tidak lagi belajar, dan saya tidak boleh memaksa
kerana saya juga tidak tahu rezeki dia bagaimana…ikutkan sahaja tapi saya beri
syarat dia harus mengambil kursus kemahiran bagi memudahkan mendapat kerja.
Kemahiran itu lagi utama dari pendidikan semata yang sering dibangga masyarakat
tatkala berdiri megah menerima segulung ijazah.. Syukur, adik mendengar kata
walau mulanya liat juga, hehe…Kini dia tidak lagi perlu berkerut dahi memikir
hutang pelajaran, tatkala sudah bekerja dengan kemahiran yang diperoleh…syukur
ya Rab, saya tumpang gembira…
Telah ditentukan pada setiap kita jalan kehidupan…jangan pernah
merungut atas liku hidup yang dilalui… Usah dikeluh andai langkah kaki tidak
sama dengan yang lain… Yakin dan Pasti tiap kita ada rezeki masing-masing yang
tersembunyi dan perlu diteliti cermat dengan waras akal dan tenang mata hati…
Yang punya sopan budi dan pekerti, yang tahu nilai hidup pada memberi…
ia tidak dicatat pada mana-mana kertas, namun dikutip dan digarap dalam setiap
gerak dan tingkah, itu ijazah kehidupan
yang sebenar…
Semuga tiap kita akan saling menghormati dan tidak memandang
rendah pada nasib setiap insan lain… muga hati kita akan sentiasa disuburkan
dengan rasa rendah diri untuk mensyukuri nikmat yang diperolehi…
Selamat dalam perjalanan, punya ramai teman bukan lawan..itu juga
nikmat pada yang tahu menghargai (^_^)